Rizz mencepatkan langkahnya mendapatkan Aqila yang tidak jauh darinya lalu menghalang laluan Aqila. "I'm so sorry sayang" kata Rizz lembut pada Aqila. Rizz menghulurkan sekuntum bunga kecil berwarna putih kepada Aqila. Aqila memandang Rizz dingin. "Please..." Rizz membuat muka comel merayu pada Aqila. Aqila mengawal riak muka wajahnya dariada tersenyum. Namun gagal dan Aqila terus tersenyum lebar.
"Kau dah tak marah aku lagi kan?" soal Rizz sambil tersenyum. "Tak. Tapi kau jangan buat macam tu dekat aku lagi" jawab Aqila sambil mengambil bunga yang dihulurkan oleh Rizz tadi. "Kenapa warna putih?" soal Aqila pelik. "Sebab putih melambangkan cinta kita yang suci" jawab Rizz lembut. Rizz dan Aqila bersama-sama berjalan pulang ke kelas mereka. Tetapi ketika dalam perjalanan Aqila menyoal Rizz. "Apa sebenarnya yang terjadi masa kau dengan Misya dulu?" soal Aqila tiba-tiba. Aqila tahu cerita sebenar tapi, dia mahu lihat kejujuran Rizz.
Rizz berhenti berjalan dan memusingkan badannya ke arah Aqila. "Kalau aku cakap ni kau janji kau tak akan marah" kata Rizz sambil mengeluarkan jari kelengkengnya. "Haih, ye lah" jawab Aqila malas. "Dulu masa aku bercinta dengan Misya dia curang dengan aku. Tapi, sebelum aku masuk sekolah sini lagi kitorang dah putus" cerita Rizz perlahan. "Aqila hanya mengangguk perlahan dan berjalan meninggalkan Rizz. "Kau tak marah kan?" soal Rizz takut-takut. "Buat apa aku nak marah kau? Semua tu cerita lama kan?" jawab Aqila sambil tersenyum manis. Rizz menarik nafas lega.
_________________
Beberapa jam sebelum mereka masuk ke dalam dewan peperiksaan. Fire Boys dan Ice Girls berkumpul di pondok yang terdapat di taman sekolah mereka. "Good luck guys!" kata Haffiy memberi semangat kepada rakan-rakannya. "Sebelum buka kertas soalan tu banyakkan baca doa ye kawan-kawan. Minta petunjuk dari Allah" Ikmal menasihatkan Fire Boys dan Ice Girls. "Baik ustaz Ikmal!" jawab Fire Boys dan Ice Girls serentak.
"Semua pelajar sila beratur!" satu suara yang bercakap menggunakan pembesar suara menyuruh semua pelajar beratur. "Jom wei!" kata Irin riang. Tak ada rasa takut ke dia ni? Fire Boys dan Ice Girls bersama-sama berjalan ke arah dewan peperiksaan.
Hari pertama mereka menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
__________________
Setiap helaian kertas soalan itu di semak buat kali terakhir. Hari ini merupakan hari terakhir mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Semua pelajar yang berada di dalam dewan itu menjawab dengan penuh tekun. Tiada lagi sifat kebudak-budakan yang boleh ditunjukkan oleh mereka. Semua itu demi masa depan yang cerah untuk mereka juga.
'Tidak sedar sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik hari ini hari terakhir aku bersekolah di SMARK Highschool. Sekolah yang banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit' - Nur Izzati Syazira. Air matanya ditahan daripada mengalir keluar.
'Kenangan yang kami cipta di sini, akan sentiasa aku ingat dan aku simpan kemas di dalam hati dan fikiran aku. Tak ada siapa yang boleh menghapusnya kecuali Allah yang satu' - Syarifah Nazira Diana. Nazira tersenyum sendiri.
'Lepas ni kami akan berpisah ke? Boleh ke kami selalu berjumpa bila semua dah ada kerjaya dan keluarga masing-masing? Boleh tak aku nak hentikan masa dari terus berjalan' - Syamaira Adawiyah. Maira menggengam tangannya kuat. Perasaan sebak menyelubungi dirinya.
'Aku tahu aku tak sempurna. Aku banyak sakitkan hati kawan aku. Tapi, aku sayang sangat dekat diorang. Aku tak sanggup nak bepisah lepas ni. Aku nak kami sentiasa bersama selamanya. Tapi... semua tu mustahil' - Maiz Irin Batrisya. Irin mengetap bibirnya. Perasaan sedihnya dibuang jauh-jauh.
'Ice Girls. Nama yang kami cipta bersama. Terlalu banyak cerita yang boleh diungkap disebalik nama itu. Nama itu telah yang terukir di hati aku. Nama yang akan mengingatkan semua yang kami tinggalkan di SMARK Highschool pada kami. Fire Boys. Pertemuan kami tak indah, tapi pengakhiran kami meninggalkan seribu satu makna. Walaupun kami selalu bergaduh, tapi kami bahagia dengan cara kami untuk merapatkan lagi hubungan' - Nur Syamin Aqila. Aqila memandang rakannya di dalam dewan itu. Diperhatikan seorang demi seorang wajah yang bakal dirindukan itu. Senyuman terukir di bibirnya.
"Baiklah. Masa menjawab sudah pun tamat. Sila letakkan pen anda masing-masing" kata pengawas peperiksaan yang berada di hadapan. Kertas soalan dikutip satu per satu.
__________________
"Geng, lepas ni kita masih boleh berkumpul sama-sama kan?" soal Ikmal tiba-tiba. Saat itu Fire Boys dan Ice Girls duduk di pondok yang berada di taman sekolah mereka. "Mestilah boleh. Kita bukannya mati pun" jawab Adam sambil tertawa kecil.
"Aku nak korang semua tumpukan perhatian kejar cita-cita korang. Dalam masa 5 tahun lagi kita berkumpul semula di tempat yang sama, masa yang sama dan tarikh yang sama. Boleh?" kata Izzati bersemangat. "Ni perjanjian ke apa?" soal Irin pelik. Izzati mengangguk laju. Pantas Izzati mengeluarkan satu kotak besi yang tidak besar dan tidak kecil. "Ambil satu batu yang sesuai. Lepas tu korang tulis nama korang. Letak dalam ni. Dan korang letak lah apa pun yang korang nak. Surat pun boleh" jelas Izzati pada mereka semua.
Fire Boys dan Ice Girls masing-mading mengambil satu batu yang bersaiz sederhana. "Ni boleh tak Zati?" soal Irin sambil menunjukkan satu batu yang sangat lah besar. "Kecil lah sikit sayang oi..." kata Izzati pada Irin. Irin hanya tersengih dan meletakkan batu tersebut sebelum ditukarkan dengan batu yang lebih kecil. Semua meletakkan batu masing-masing ke dalam kotak itu dan meletakkan lagi surat masing-masing.
Setelah semua selesai meletakkan barang masing-masing. Izzati menutup kotak tersebut dan mengluarkan sebatang pen marker berdakwat kekal. Izzati menulis sesuatu di atas kotak itu
KOTAK MEMORI FIRE BOYS DAN ICE GIRLS.
DILARANG MEMBUKANYA SEHINNGGA CUKUP MASA SELAMA 5 TAHUN!!
Kemudian Fire Boys menggali sebuah lubang di taman itu untuk mereka tanam kotak tersebut. Sebuah pokok besar dijadikan sebagai tanda di mana kotak itu di tanam. Setelah meletakkan kotak itu mereka menimbuskan kembali tanah. "Ni kalau pak cik guard nampak kita gali lubang dekat sini ni, mesti kita dah kena kejar" kata Nazira berseloroh sambil tergelak kecil. Fire Boys dan Ice Girls turut tergelak sama. "Hei, kamu semua buat apa tu!?" jerit seorang pengawal keselamatan yang tiba-tiba datang sambil membawa kayu. Pantas Fire Boys dan Ice Girls melarikan diri dari dikejar pengawal keselamatan itu. Dan di situ lah pengakhiran kisah mereka di SMARK Highschool.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
TAMAT
Akhirnya tamatlah sudah novel Highschool Love ini. Setelah sekian lama sis buat cerita ni, akhirnya sampai juga di penghujung kisah mereka. Sis tahu mesti ramai yang tak puas hati dengan ending ni. Tapi, nak buat macam mana. Ini lah kehidupan. Tibe.
Yang penting Fire Boys dan Ice Girls hidup bahagia selepas ini.
Sekian daripada saya. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan yang setia menunggu sehingga cerita ni tamat. Sis minta undur diri dulu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)