BAB 33

4.9K 339 8
                                        

"Yey! Esok cuti!" jerit Irin riang. "Esok pergi Terengganu! Yey!" sambung Nazira pula. "Tak sabar pulak nak pergi esok pagi. Nak main dekat pantai" kata Izzati teruja. "Kerja sekolah melambai wei" kata Maira tiba-tiba. "Kerja sekolah? Apa tu? Tak kenal... Tak kenal..." balas Aqila selamba.

"Nak aku tunjuk ke kerja sekolah tu apa?" soal Maira geram. Aqila menggeleng laju. "Tapi kita pergi naik apa esok?" soal Irin tiba-tiba. "Haah lah, aku pun lupa pasal transport kita" kata Maira pula. "Aiman kata Fire Boys drive kereta sendiri. Diorang bawak kita lah agaknya" jawab Izzati kurang yakin.

"Boleh jugak. Kalau kita drive sendiri mesti penat kan? Aku tak sanggup nak drive sampai Terengganu tu" kata Nazira setuju. "Tapi tak sure lagi boleh ke tak" kata Izzati mengingatkan. "Tanya lah diorang" kata Aqila tiba-tiba. "Masalahnya mana diorang" jawab Izzati sambil mencari-cari kelibat Fire Boys.

"Tu dekat sana" jawab Irin sambil menunjuk Fire Boys yang dalam perjalanan ke kereta mereka. "Sekejap aku pergi tanya" kata Izzati lalu berjalan laju ke arah Fire Boys.

"Guys?" panggil Izzati pada Fire Boys. Fire Boys memusingkan badan mereka ke belakang dan memandang Izzati. "Kenapa ye Izzati?" soal Aiman perlahan. "Emm... Nak tanya?" jawab Izzati. "Tanya apa?" soal Adam pula. "Esok kitorang pergi drive sendiri ke?" soal Izzati sambil tersengih. "Eh, kenapa nak drive sendiri pulak. Bahaya lah. Naik kitorang je lah" jawab Aiman laju. "Boleh kan Boys?" soal Aiman pada Fire Boys. "Boleh" jawab Fire Boys serentak.

"Oh, kalau macam tu senang lah. Tak payah bawak kereta banyak-banyak" balas Izzati lalu tersenyum ceria. Aiman tersenyum lalu mengangguk. "Saya balik dulu lah ye? Bye. Assalamualaikum" kata Izzati lembut lalu meninggalkan Fire Boys. Fire Boys melambaikan tangan mereka ke arah Izzati.

"Macam mana? Boleh tak?" soal Maira sebaik sahaja Izzati tiba. "Boleh" jawab Izzati gembira. "So, kita tumpang siapa?" soal Irin tiba-tiba. "Tumpang je lah siapa-siapa yang korang nak" jawab Izzati. "Yang pasti aku dengan Aiman satu kereta" sambung Izzati lagi. Senyuman lebar dibibir Izzati.

"Aku nak naik Ikmal" kata Nazira. "Aku dengan Haffiy" kata Maira pula. "Aku naik Adam lah kalau macam tu" kata Irin perlahan. "Aku terpaksa naik Rizz" kata Aqila mendatar. "Bagus. Semua memberi kerjasama" kata Izzati ceria.

"Dah jom balik, kemas baju. Esok pagi-pagi kita kena bertolak dari sini. Pastikan bangun awal ye?" kata Izzati mengugut. "Baik bos!" jawab Ice Girls serentak. Ice Girls masuk ke dalam kereta dan pulang ke rumah mereka.

____________________

"Bangun!" jerit Izzati kuat dari tingkat bawah. "Dah pukul berapa ni? Aku cakap semalam bangun awal kan? Kenapa tak turun lagi?" sambung Izzati membebel. "Tak apa lah, biar aku je pergi kejutkan diorang. Kau sambung lah buat breakfast tu" kata Maira lembut pada Izzati. Izzati memandang Maira lalu mengangguk.

Maira menaiki tangga menuju ke bilik Nazira dahulu. Pintu bilik Nazira diketuk.

Tok...tok...tok...

"Nazira, kau dah bangun ke belum?" soal Maira selepas mengetuk pintu bilik Nazira. Pintu bilik Nazira terbuka dari dalam. "Aku dah lama bangun. Cuma aku tak turun bawah je. Aku tahu mesti Izzati tengah membebel dekat bawah tu" kata Nazira selamba sebaik sahaja membuka pintu. "Err...ya" balas Maira perlahan.

"Kejap lagi aku turun. Kau pergi lah kejutkan yang lain dulu" kata Nazira menghalau Maira pergi. "Okey, cepat sikit tau" jawab Maira lalu pergi ke bilik Irin yang berada di hadapan bilik Nazira.

Tok...tok...tok...

"Irin, kau dah bangun ke belum?" soal Maira menggunakan ayat yang sama semasa dia mengetuk pintu bilik Nazira. Senyap. "Irin.." panggil Maira lagi. "Hmm...pelik. Aku masuk je lah" kata Maira sendiri. Pintu bilik Irin dibuka oleh Maira. "Lailahaillallah, Irin kau tak bangun lagi? Dah pukul berapa ni? Kau nak kena tinggal ke?" kata Maira sebaik sahaja dia melihat Irin yang masih tidur.

"Irin bangun...bangun..." kata Maira sambil menggegarkan katil Irin kuat. Bantal yang berada di berdekatannya diambil dan dipukul ke badan Irin. "Kau tak bangun aku cakap dengan Izzati kau tak nak ikut pergi Terengganu" kata Maira mengugut.

Pantas Irin mencelikkan matanya dan duduk lalu memandang Maira tajam. "Apa pandang-pandang?" soal Maira selamba. "Pergi mandi cepat" arah Maira tegas. Irin memandang Maira geram lalu berdiri mengambil tualanya dan masuk ke dalam tandas. Pintu tandas ditutup kuat. "Bagus. Lain kali kuat lagi tutup tu" kata Maira selamba. Langkah diatur pula ke bilik Aqila yang bersebelahan dengan bilik Irin

Tok...tok...tok...

"Aqila, kau dah bangun ke belum?" masih ayat yang sama digunakan Maira. Juga senyap. "Aqila, kalau kau tak bukak pintu ni aku bukak sendiri" kata Maira mengugut. Senyap. "Oo.. degil. Tunggu kau" kata Maira lalu membuka pintu bilik Aqila. "Kenapa tak..." soalan Maira tergantung. "Aqila? Mana kau?" kata Maira pelik dan mencari Aqila. Maira mendekatkan dirinya dengan katil Aqila.

"Lailahaillallah yang ini lagi sorang" kata Maira terkejut melihat Aqila yang terbaring di lantai. "Woi, bangun!" jerit Maira sambil menyepak perlahan badan Aqila. Aqila menggerakkan sedikit badannya. "Macam mana kau tidur boleh sampai ke bawah ni? Anjing tidur pun lebih elok dari kau tau" bebel Maira pada Aqila.

"Bangun Aqila. Kalau tak aku bakar semua novel kau" Maira mengugut Aqila. Terus segar mata Aqila. Aqila duduk sebentar sebelum membawa diri ke tandas. "Reti pun nak bangun" kata Maira perlahan.

Maira keluar dari bilik Aqila dan menuju semula ke dapur mencari Izzati. "Haa, macam mana misi kau? Dah selesai?" soal Izzati sebaik sahaja melihat Maira masuk ke dapur. "Settle. Macam-macam perangai ada" jawab Maira pasrah. "Ada feel macam kejut anak sendiri tak?" soal Izzati sambil menyapu jem pada roti. "Hmm... Boleh lah. Tapi kalau anak aku perangai macam diorang memang habis anak aku tu aku kerjakan" kata Maira geram. Izzati tergelak kecil mendengar kata-kata Maira.

Tak lama selepas itu Nazira turun ke bawah dan duduk di meja makan. "Kenapa lambat?" soal Izzati pada Nazira. "Saja" jawab Nazira selamba lalu mengambil roti yang berada di meja makan.

"Maira nak towel!" jerit Aqila dari tingkat atas. "Ya Allah, budak ni. Tak siap lagi rupanya dia mandi" kata Maira lalu berlari ke tingkat atas menaiki tangga. "Kenapa Maira berlari tu?" soal Irin yang baru tiba di dapur.

"Ni lagi sorang, bangun lambat. Korang tahu tak lagi setengah jam je Fire Boys nak datang sini? Kalau diorang dah sampai lepas tu korang tak siap lagi macam mana? Kan susahkan diorang je. Dah lah kita ni menumpang je. Bersyukur lah sikit" Izzati tidak menjawab persoalan Irin malah membebel kepada Irin dan Nazira pula. "Bye, nak turunkan beg" kata Nazira lalu berlari ke biliknya. "Aku ikut!" jerit Irin kemudian mengikuti Nazira.

"Bila aku cakap lari! Tak nak dengar! Degil!" jerit Izzati dari dapur. Maira masuk semula ke dapur dengan muka yang pelik. "Why?" soal Maira pelik. "Serabut betullah pagi ni" Izzati mengeluh.

"Maira, mana telefon aku ni!" jerit Aqila dari atas.

"Maira, kau nampak tak jam aku!" jerit Irin pula dari biliknya.

"Maira, brush aku hilang!" jerit Nazira kuat dari biliknya.

"Yah! Korang ingat aku ni mak korang ke! Cari lah sendiri!" jerit Maira geram. "Lagi 15 minit aku tahu semua dah ada dekat bawah berkumpul! Kalau tak ada aku tinggal!" jerit Maira mengugut.

"Aku faham perasaan kau. Macam ni lah apa yang aku rasa pagi tadi dan hari-hari yang lepas" kata Izzati lembut pada Maira. "Boleh stress aku kalau macam ni lah setiap hari. Huh..." kata Maira mengeluh.

Izzati tersenyum dan menggeleng perlahan mendengar kata-kata Maira. "Tabah ye sis" kata Izzati pada Maira sebelum beredar ke biliknya. Tinggallah Maira sendirian. Maira mencapai roti dari dalam pjnggan di atas meja. Baru sahaja Maira membuka mulut untuk makan, seseorang memanggil namanya.

"Maira, mana pin tudung aku ni!?" jerit Izzati dari biliknya di tingkat atas.

"Yah!!" jerit Maira geram.

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang