"Hai guys! Buat apa tu?" sapa Irin riang pada Aiman, Haffiy, Izzati dan Maira. "Tengah main masak-masak. Nak join ke?" jawab Maira selamba. Irin tersengih mendengar jawapan Maira. "Cuba lah keluarkan soalan yang bijak sikit" marah Mazira di sebelah Irin. "Habis tu nak tanya apa? Tak kan nak tanya berapa banyak peluh yang diorang keluarkan hari ni? Macam tu?" soal Irin geram. Nazira malas mahu membalas. "Qila dengan Rizz mana?" soal Adam pula.
"Tu. Baru habis 200 Meter" jawab Aiman sambil menunjuk ke arah peserta yang pulang ke khemah setelah habis acara. "Hui, korang ni dari tadi aku tengok duduk sini. Tak ada apa-apa acara ke?" soal Rizz sebaik sahaja sampai. Rizz duduk di sebelah Aiman. Bajunya habis basah dengan peluh. "Baru habis lompat jauh dengan Maira tadi" jawab Haffiy. "Aku kan lepas ni 100 Meter dengan kau dengan Aiman" jawab Adam pula.
"Assalamualaikum" kata Aqila sebaik sahaja tiba di kumpulan rakannya. Aqila terus sahaja duduk di sisi Izzati dan bersandar di bahu Izzati. "Waalaikumsalam" jawab Fire Boys dan Ice Girls serentak. "Lambat betul sampai" kata Izzati pada Aqila. "Penat lah. Lepas ni dah lah ada acara lagi" kata Aqila merungut. "Macam lah kau sorang je yang ada. Aku pun ada jugak. Tapi tak ada lah nak mengeluh macam kau" balas Rizz selamba. Saja ingin menyakitkan hati Aqila.
"Diam lah kau. Aku tak cakap dengan kau pun" balas Aqila sambil memandang Rizz geram. Aqila membetulkan topi yang dipakainya supaya menutupi muka. "Ni cap mana Qila? Aku tak pernah nampak pun" soal Irin pelik. Irin mengambil topi yang dipakai Aqila dan melihatnya. Berwarna hitam dan ada huruf 'R' di tengah-tengah. "Apa maksud huruf R ni?" soal Nazira pula. "Kau tanya lah dia" jawab Aqila sambil menunjuk Rizz.
"Aku tak paksa kau eh? Aku bagi cadangan je" jawab Rizz sambil mengusutkan rambutmya. "Wei Rizz jangan lah buat macam tu. Aku tergoda lah" kata Nazira tiba-tiba. Rizz memandangnya pelik. "Kenapa?" soal Ikmal di sebelah Rizz. "Kau nampak handsome lah kalau rambut kau serabai lepastu basah pulak tu" jawab Irin sambil tersengih. "Aku tak handsome ke?" soal Ikmal geram. Ikmal cuba menyerabaikan rambutnya.
"Tak payah lah Mal. Tak berubah pun" Haffiy memberhentikn perbuatan Ikmal itu. "Apa salah aku?" kata Ikmal dengan nada sedih sambil memeluk Rizz di sebelahnya. "Baju aku basah lah" kata Rizz sambil menolak Ikmal. "Aku lapar lah. Jom Zati beli makanan" kata Aqila tiba-tiba. "Jom" jawab Izzati lantas berdiri kemudian menarik Aqila berdiri. "Eh, Rizz kau kena belanja aku" kata Aqila pada Rizz.
"Okey" jawab Rizz tenang. Rizz berdiri untuk mengikuti Aqila dan Izzati. "Nak ikut!" jerit Irin lalu mengejar mareka bertiga. "Aku pun nak beli makanan jugak lah. Nak kumpul tenaga" kata Aiman dan berlalu pergi.
______________________
"Nah, aku belanja semua" kata Aqila sambil meletakkan banyak bungkusan makanan di atas meja tempat mereka berkumpul. "Wah! Jarang kau baik dengan kitorang. Ni mesti ada sesuatu ni" balas Maira curiga. "Kau belanja tapi guna duit aku ye?" kata Rizz sambil memandang Aqila geram. "Berani cakap berani tanggung lah. Lagi pun sharing is caring kan?" balas Aqila selamba. "Maksudnya?" soal Haffiy pelik. "Qila pilih makanan, Rizz yang bayar" jawab Irin bersemangat sambil tangannya penuh dengan makanan.
"What? Jarang kau belanja perempuan Rizz" soal Adam sambil tersenyum. "Ada cerita di sebaliknya" balas Rizz malas. "Aku kau tak pernah belanja pun. Selama ni kita tak pernah ada cerita ke?" soal Ikmal selamba. "Mengada lah kau. Makan je lah semua ni. Habis duit aku beli makanan ni semua je" rungut Rizz. "Tak ikhlas ke?" soal Izzati perlahan. Rizz hanya tersenyum.
"Rizz jangan lah tutup rambut kau dengan cap. Hilang handsome kau tadi" kata Nazira pada Rizz. "Sorry baby, tapi I terpaksa tutup. I risau ada orang pengsan tengok kekacakan I" jawab Rizz tenang sambil bereaksi macho. "Aaa!!! Saya fangirl awak!" jerit Irin seolah-oleh peminat setia Rizz.
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)