BAB 45

4.4K 333 15
                                        

Fire Boys turun ke dapur tanpa Rizz. "Kita nak masak apa ni?" soal Adam perlahan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Semua salah kau lah ni Adam. Kalau tak kita tak payah masak" Haffiy memarahi Adam. "Alaa... Sorry lah. Setiap manusia membuat kesilapan kan?" balas Adam dengan rasa bersalah. "Kau ada idea tak nak masak apa Aiman?" soal Ikmal pada Aiman. Aiman menggeleng perlahan.

"Rizz suka makan apa eh?" soal Haffiy pula. "Semua benda dia makan. Sampai kita pun tak boleh tahu makanan favorite dia apa" jawab Adam. "Cuba tangok apa je yang ada dekat dapur ni" cadang Aiman. Ikmal membuka peti sejuk dan mendapati hanya ada udang sahaja. "Ada udang je wei dalam ni" kata Ikmal ada Aiman. Haffiy membuka kabinet di bawah. "Dekat dalam ni ada cili sikit, bawang dengan apa ni?" soal Haffiy pelik. Haffiy mengeluarkan sebiji bawang putih dan ditunjukkan ke Aiman.

"Itu bawang putih, bongok" kata Aiman geram. "Habis tu ni apa?" soal Haffiy pelik sambil menunjukkan bawang merah pula. "Yang itu bawang merah. Ish.. Tak kan lah itu pun kau tak tahu?" jawab Aiman geram. "Ni mesti tak pernah masuk dapur ni" kata Aiman sinis. "Laa... Aku baru tahu bawang ada dua jenis. Aku ingat yang besar ni je bawang" kata Haffiy sambil tersengih.

"Ni namanya bawang ke?" soal Adam teruja lalu mengambil bawang putih dan merah dari tangan Haffiy. "Cantiknya..." kata Ikmal pula sambil berlari melihat bawang di pegangan Adam. Aiman memandang rakannya terkejut. Haih.. Macam mana lah diorang nak masak kalau perangai semua macam ni. "Ibu... Tolong Izzul..." kata Aiman sendirian dengan nada sedih.

"Kau tahu masak sambal udang tak Aiman?" soal Haffiy tiba-tiba. Aiman memandangnya kemudian menggeleng perlahan. "Hmm... Cuba kau tanya Izzati. Dia kan pandai masak" cadang Ikmal sambil fokus memandang bawang putih di tangannya. "Betul jugak kan. Sekejap, aku call dia" jawab Aiman.

Aiman mengambil telefonnya di ruang tamu dan kembali semula ke dapur. Nama Izzati dicari. Butang panggil ditekan.

Tut...tut...tut...

"Hello? Assalamualaikum?" soal Izzati sebaik sahaja panggilan diangkat. "Waalaikumsalam. Awak tengah buat apa tu?" soal Aiman sekadar permulaan. "Tak buat apa-apa. Study sikit je ni" jawab Izzati lembut. "Kenapa call? Tak kan dah rindu?" soal Izzati saja mengusik. "Eh, mana ada. Sikit tu ada lah. Tapi sikit je. Tak boleh banyak-banyak nanti sakit" jawab Aiman sambil tersenyum suka.

Ikmal, Adam dan Haffiy yang melihat kelakuan Aiman cuba menahan sabar. Berdiri bulu roma.

"Udang ni dah nak beranak cucu dah. Bila nak habis kalau macam ni" kata Haffiy geram. "Keluar kau syaitan!" kata Ikmal pula sambil memegang kepala Aiman. Aiman memandang Ikmal geram. "Kau nak tanya ke aku nak tanya? Bukan sekarang kalau nak menggatal pun. Jangan sampai Rizz turun. Dia mengamuk nanti" bebel Ikmal geram. Aiman tersengih lalu mengangguk laju. Aiman kembali bercakap dengan Izzati.

"Emm... Awak. Saya sebenarnya nak tanya sesuatu ni. Saya harap awak dapat tolong lah ye" kata Aiman lembut. "Tanya apa? Kalau saya tahu saya jawab lah" balas Izzati. "Saya nak tanya, macam mana nak masak sambal udang?" soal Aiman perlahan kerana sedikit malu. Kedengaran Izzati tergelak mendengar persoalan Aiman itu. Makin lah Aiman malu. "Janganlah gelak. Saya serius ni" kata Aiman sedikit bengang. "Okey...okey... Saya tak gelak. Tapi kenapa awak tiba-tiba tanya ni? Awak nak masak ke?" soal Izzati setelah kembali serius.

"Ye saya nak masak. Rizz denda kitorang sebab petang tadi kitorang tinggalkan dia" jawab Aiman jujur. "Oh, apa awak nak masak tadi? Sambal udang?" soal Izzati meminta kepastian. "Haa, ye" jawab Aiman. "Kalau macam tu bahan-bahan yang awak kena ada cili kering, bawang merah, bawang putih..." Izzati menerangkan kepada Aiman segala bahan yang perlu dia sediakan dan disertakan cara memasak sekali. Aiman mengambil sehelai kertas dan pen lalu mencatat apa yang Izzati perkatakan.

Highschool Love [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang