IZZATI POV"Haih... Bosan lah pulak bertugas sorang-sorang macam ni. Tak ada kawan nak ajak borak" keluh Izzati sendiri. Dah masuk tiga kali dia ronda kawasan yang sama. "Kan best kalau ada Aiman" kata Izzati perlahan. "Eh, apa aku cakap ni?" soal Izzati sendiri setelah kembali tersedar. "Izzati, set dalam kepala kau yang kau benci dia. Ingat apa yang dia buat dekat kau masa dalam hutan hari tu" kata Izzati yakin sambil memegang kepalanya.
Izzati mengangkat kepalanya dan dan hanya melihat Aiman berjalan melepasinya dengan muka yang dingin. "So, what!?" bentak hati Izzati. "Kalau kau benci aku, aku beribu kali lagi benci kau" Izzati berkata geram di dalam hati. Badannya di tahan dari berpaling ke belakang. Dia tahu Aiman masih ada tidak jauh di belakangnya. Izzati meneruskan perjalanannya tetapi fikirkannya melayang entah ke mana. Dia sering teringat akan Aiman.
"No, Izzati! Jangan ingatkan dia" Izzati memarahi dirinya sendiri. Air mata ditahan daripada mengalir keluar. "I hate you Aiman. Aku benci Fire Boys" kata Izzati perlahan. "Sebab kau sekarang ni aku rasa pening kepala. Aku nak balik" kata Izzati sambil memegang kepalanya dan berjalan pulang ke kelas.
Dari jauh seseorang memerhatikan Izzati dengan pandangan yang sukar ditafsir.
AIMAN POV
"Dah kenapa perempuan ni? Gila ke apa?" bisik Aiman perlahan, pelik melihat Izzati yang tiba-tiba memegang kepalanya dan berkata sendirian. "Suka hati dia lah. Bukan urusan aku" kata Aiman selamba. "Tapi kalau dia sakit macam mana?" soal Aiman risau. "Ish, biar lah dia nak sakit ke apa. Aku bukannya suka dia pun" Aiman menjawab sendiri pertanyaannya. Aiman berjalan dengan selambanya di sebelah Izzati.
Dup...dap...dup...dap...
"Eh, kenapa dengan jantung kau ni Man? Kenapa aku rasa berdebar bila lalu sebelah dia?" Aiman berhenti dan memegang dadanya untuk merasa degupan jantungnya. "Aku tak boleh. Aku..." kata Aiman di dalam hati. "Aku rindu dia" bisik Aiman perlahan dan menunduk.
AQILA POV
"Swimming pool dah, gelanggang dah, padang dah. Tinggal apa je ye yang aku belum ronda?" kata Aqila sendirian. "Haa, tempat puaka tu" Aqila menggelarkan bengkel sebagai 'tempat puak' tersebut. "Aduh, malas lah nak ronda dekat sana. Si Rizz ni entah ke mana entah, dari tadi tak nampak" rungut Aqila. Setelah itu Aqila berjalan dengan malasnya ke bengkel. Baru sahaja Aqila ingin masuk ke dalam kawasan bengkel, dia terlihat Rizz dan seseorang berjalan berduaan tidak jauh darinya.
"Siapa sebelah Rizz tu?" soal Aqila pelik. "Misya kan?" Aqila merasakan orang yang berada di sebelah Rizz itu Misya. "Dia berdua-duaan boleh, aku tak boleh. Kata berdosa bagai. Habis dia tu dapat pahala ke kalau dengan perempuan tu?" kata Aqila geram. "Lantak kau lah" kata Aqila lalu berjalan laju masuk ke dalam kawasan bengkel. "Kenapa aku masuk sini?" kata Aqila sedikit takut sambil memandang-mandang sekelilingnya.
Krek...kerkk
"Eh, bunyi apa tu?" soal Aqila pelik. Bunyi tersebut datang dari bilik stor yang terletak di sebelah bengkel. "Nak pergi tengok ke tak nak?" Aqila bersoal sendirian. "Tengok je lah. Mana tahu ada kucing terkurung ke dalam tu" putus Aqila. Aqila berjalan dengan berhati-hati ke stor tersebut. Perlahan-lahan dia menolak pintu stor tersebut yang memang sedia terbuka sedikit. "Meow... Mana awak?" soal Aqila perlahan.
Ktik...ktikk
"Meow... Sini lah" Aqila memanggil 'kucing' tersebut. Sesuatu keluar dari timbunan buku-buku di dalam stor tersebut. "Ni bukan kucing" kata Aqila perlahan sambil melihat tikus yang berjalan perlahan ke arahnya. Secara tiba-tiba tikus tersebut berjalan laju ke arahnya. "Mummy!?" jerit Aqila akibat terkejut dengan gerakan drastik tikus tersebut. Pantas Aqila memusingkan badannya dan berlari sekuat hati tanpa memandang ke hadapan.
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...