Flashback...
Ice Girls duduk merehatkan diri mereka di ruang tamu. Hujung minggu adalah hari yang paling bahagia bagi mereka. Tiba-tiba Hana turun dari tingkat atas dan menuju ke pintu utama.
"Eh, Hana kau nak pergi mana?" soal Nazira apabila dia melihat Hana turun ke bawah. "Oh, aku nak keluar dengan Mikail. Boleh kan?" kata Hana lembut. "Hmm... Kau keluar nak but apa? Drive sendiri ke dia jemput?" soal Izzati tegas. "Tak pergi jauh pun. Aku nak pergi tengok movie je dengan dia. Dia ada tunggu dekat luar tu" jawab Maira sambil tersenyum.
"Aku nak jumpa dia" kata Aqila tiba-tiba lalu berjalan ke luar untuk bertemu Mikail. Ice Girls mengikuti langkah Aqila ke luar rumah. "Woi, kau nak bawak Hana pergi mana?" soal Aqila kasar pada Mikail. "Err... Aqila. Aku nak bawak Hana keluar boleh tak?" Mikail meminta izin dengan penuh sopan. "Aku tahu lah kau nak bawak dia keluar tapi pergi mana dan pukul berapa kau akan balik?" soal Irin pula.
"Kitorang nak pergi tengok movie je. Dalam pukul 5 petang aku hantar Hana balik okey?" jawab Mikail sedikit takut. "Okey aku benarkan. Tapi kalau sebelum pukul 5 kau tak hantar dia lagi, siap kau aku kerjakan" ugut Maira pula. Mikail mengangguk laju. "Aku amanahkan kau untuk jaga Hana baik-baik. Kalau apa-apa terjadi pada Hana atau ada luka sikit pun pada tubuh dia, aku tak nak tengok muka kau muncul lagi depan aku sampai bila-bila. Dan jangan harap kau dapat jumpa Hana lagi" Aqila pula mengugut Mikail.
Mikail terdiam mendengar ugutan tersebut. Perasaan bimbang mula menguasai diri. "O..okey, aku akan pastikan dia sentiasa selamat" jawab Mikail takut-takut.
"Kalau dia buat apa-apa dekat kau cepat-cepat bagi tahu kitorang tau Hana. Biar aku belasah dia" kata Izzati pada Hana di sebelahnya. Tangan Hana digengam erat. Entah kenapa Izzati seakan takut untuk melepaskan Hana pergi. "Ye, aku tahu. Aku bukan pergi jauh pun, lagi pun sekejap je" balas Hana lembut. Izzati mengangguk perlahan.
"Aku pergi dulu. Bye" ucap Hana pada Ice Girls. Ucapan terakhirnya untuk Ice Girls. Hana ialah ahli Ice Girls yang paling disayangi dan yang paling lemah lembut. Sebab itu pemergiannya memberikan impak yang sangat besar pada Ice Girls.
Sebaik sahaja kereta Mikail hilang dari pandangan mata mereka, Ice Girls masuk ke dalam rumah mereka semula. Kali pertama Hana keluar tanpa Ice Girls disisi. Dan juga merupakan kali terakhirnya.
Ice Girls duduk semula di ruang tamu rumah mereka. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi telefon seseorang di atas meja di ruang tamu tersebut. "Telefon siapa tu? Tolong jawab. Bisinglah" kata Nazira geram. "Bukan aku punya" jawab Irin. "Aku pun bukan" kata Izzati pula. "Aku punya ada dekat aku" jawab Aqila. "Aku punya dalam bilik" jawab Maira pula.
Maira bangun dan pergi mengambil telefon yang sudah pun tidak berbunyi itu. "Hana punya lah" kata Maira perlahan. "Ish... Macam mana lah dia ni boleh tinggalkan telefon dia. Cuai betul lah" kata Izzati geram. "Aku hantar dekat dia lah" kata Aqila lalu berdiri dan mengambil kunci keretanya. "Aku ikut kau" balas Maira. Aqila mengangguk perlahan.
Aqila menghidupkan enjin kereta Audi miliknya dan memecut laju keluar dari perkarangan rumah Ice Girls. Dalam 10 minit kemudian Aqila dan Maira sampai ke lokasi Hana. Hujan renyai mula turun. "Dalam kereta kau ada payung ke tak ni?" soal Maira pada Aqila. Aqila menggeleng perlahan. "Aduh... Macam mana kita nak turun ni?" soal Maira lagi. "Macam mana lagi, redah je lah" putus Aqila lalu mematikan enjin keretanya.
Maira membuka pintu kereta lalu berlari anak ke pintu masuk shopping mall. Sebelum keluar dari kereta, Aqila menutup kepalanya dengan hoodie. Aqila berjalan laju ke arah Maira. Kereta tidak lupa untuk dikunci.
Semasa dalam perjalanan ke arah Maira, Aqila terlihat Hana yang berdiri tidak jauh dari Maira. Seperti menunggu seseorang. Aqila berhenti berjalan. Tidak jauh darinya pula Aqila melihat Mikail berjalan laju dari tempat parkir kenderaan.Mikail berjalan ke arah Hana dengan senyuman terhias di wajahnya. Maira memandang ke arah pandangan mata Aqila dan melihat Mikail sedang melintas jalan.
Tanpa memandang ke kiri atau ke kanan terlebih dahulu, Mikail terus sahaja melintas jalan. Tanpa diduga tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu laju menuju ke arah Mikail. Aqila agak terkejut dan terus berlari untuk cuba menyelematkan Mikail. Namun Hana bertindak dengan lebih pantas. Hana berlari dan menolak kuat Mikail ke belakang sehingga Mikail terjatuh di sisi jalan. Akibatnya, Hana yang menjadi mangsa pelanggaran tersebut.
Langkah Maira untuk pergi ke arah Hana terpaku. Larian Aqila untuk menyelamatkan Mikail terhenti. Semuanya berlaku dengan terlalu cepat. "Hana!" jerit Maira lalu berlari meredah hujan ke arah Hana. Tubuh Hana sudah tidak bermaya. Darah terus mengalir keluar dari mulut dan hidungnya. Maira meletakkan kepala Hana di pehanya.
Aqila terduduk di tempatnya berhenti berlari tadi. Mikail pula sudah tidak menyedarkan diri kerana kepalanya terhentak pada jalan tar.
"Hana, bangun Hana... Bukak mata kau" kata Maira sambil menggoncangkan sedikit tubuh Hana. Hana membuka matanya perlahan. Tangannya diangkat untuk memegang Maira. "A..aku.. sayang korang.. s..semua..." kata Hana tersekat-sekat. "Ye, aku sayang kau juga. Jangan tutup mata please. Ambulans dah on the way" balas Maira. Air matanya sudah tidak dapat ditahan.
Saat itu Aqila datang ke tempat Hana dan mencapai tangan kiri Hana. "Aku tahu kau kuat Hana. Tahan sikit ye?" kata Aqila. "Ma..maafkan aku..." kata Hana sebelum dia menutup rapat matanya. "Tak.. tak.. Kau tak boleh macam ni. Bangun Hana.." kata Maira kuat sambil mengoncangkan tubuh Hana. Aqila terdiam melihatnya. Darah penuh di baju dan tangan Maira. Hujan seakan faham perasaan mereka. Semakin lebat ia turun.
End Flashback...
"Kenapa kita tak selamatkan Hana dulu?" soal Maira perlahan. "Kita dah cuba kan? Tapi tak sempat" jawab Aqila. "Kenapa tak aku je yang kena langgar masa tu?" soal Izzati pula. Ice Girls memandang Izzati tajam. "Mana boleh. Aku sayang kau jugak" kata Aqila laju. "Entah kau ni. Aku pun sayang kau jugak" kata Nazira sambil memandang Izzati tajam.
"Tapi kalau diberi pilihan..." kata-kata Izzati dipotong oleh Nazira. "Aku tak nak pilih" potong Nazira laju. Suasana senyap seketika sebelum Maira menyoal. "Apa kita nak buat dengan Fire Boys lepas ni?" soal Maira perlahan. "Abaikan diorang?" cadang Irin. "Kita mampu ke?" balas Nazira.
"Belasah diorang?" cadang Aqila pula. "Nak rekod disiplin kita tercemar buat lah" balas Izzati sinis. Aqila menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Larikan diri dari diorang nak tak?" cadang Maira sambil tersenyum. "Maksud kau?" soal Izzati tidak mengerti. "Maksudnya kita jauhkan diri dari diorang. Kita pergi lah mana-mana yang kita nak" jelas Maira.
"Hmm... Aku setuju" putus Nazira bersemangat. "Sekurang-kurangnya kita dapat tenangkan fikiran kita" sambung Nazira perlahan. "Macam pergi bercuti ke?" soal Irin. Maira mengangguk laju. "Nak... Tapi, boleh tak tempat bebas? Maksudnya, suka hati kita lah nak pergi mana. Asing-asing pun tak apa" kata Izzati perlahan. "Boleh je" jawab Aqila.
"Kalau macam tu aku nak pergi Korea" kata Nazira sambil mengangkat tangannya. "Alaa... Aku baru ingat nak pergi sana" balas Izzati pada Nazira. "Kita pergi sama-sama lah. Aku tak takut sangat nanti" kata Nazira lembut. "Hmm... Ye lah" putus Izzati malas.
"Aku nak pergi Jepun boleh tak?" soal Irin perlahan. "Ada siapa-siapa yang kau kenal ke dekat sana? Kalau tak ada tak boleh sebab nanti kau tak ada siapa nak kawal" kata Izzati tegas. Irin menggelengkan kepalanya perlahan sambil memuncungkan bibirnya. "So, tak boleh" putus Izzati. "Tapi aku nak sangat pergi sana. Please..." kata Irin cuba memujuk.
"No" kata Izzati tegas. Irin menundukkan wajahnya memandang lantai. "Biar aku je lah teman dia pergi sana" kata Maira tiba-tiba. Bersinar-sinar mata Irin memandang Maira. Izzati diam seketika. Memikirkan cadangan Maira. "Okey, boleh. Tapi kau kena dengar cakap Maira. Jangan degil" putus Izzati. Irin tersenyum gembira mendengar jawapan Izzati.
"Kau nak pergi mana pula Qila?" soal Maira pada Aqila yang dari tadi mendiamkan diri. "Entah lah. Tak pasti lagi" jawab Aqila perlahan. Senyap sebentar. "Aku rasa aku balik France je kot. Jumpa family aku" sambung Aqila lagi. Ice Girls hanya mengangguk. Tidak membantah keputusannya.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)