BAB 55

4.2K 294 9
                                        

"Hati saya masih sakit" balas Izzati dingin. Izzati berjalan laju menjauh dari Aiman. Namun Aiman pantas mengejar. Aiman menahan Izzati daripada terus berjalan. "Awak nak apa lagi ni? Boleh tak faham perasaan saya" kata Izzati geram. "Ye. Saya faham perasaan awak. Tapi..." Aiman tidak sempat meneruskan kata-katanya apabila Izzati pantas memotong.

"Awak tak faham. Awak tak pernah rasa apa yang saya dan Ice Girls rasa selama ni. Awak..." Izzati berkata geram dan tidak menyambung kata-katanya. Izzati memejamkan matanya dan menunduk. Nafas ditarik dalam. "Betul. Memang saya tak pernah tahu apa yang awak rasa. Dan saya tak nak rasa benda tu dengan kehilangan awak" kata Aiman sambil memandang Izzati. Izzati diam tidak membalas. "Saya mengaku saya salah. Tapi sampai bila kita nak macam ni?" soal Aiman lembut.

"Sampai... nyawa saya terpisah daripada jasad saya" jawab Izzati sambil memandang Aiman dengan perasaan marah. "Astanghfirullah Halazim. Kenapa awak cakap macam ni? Awak tahu kan saya sayang awak? Saya tak sanggup kehilangan awak" kata Aiman sambil memegang dahinya menggunakan tangan kanan.
"Saya mohon sangat-sangat. Tolonglah beri kami satu lagi peluang untuk kami tebus balik kesilapan kami" kata Aiman meminta simpati Izzati. "Tak mudah untuk saya beri awak peluang kedua. Awak tipu saya! Awak bersubahat dengan pembunuh kawan saya!" balas Izzati geram. Mukanya merah menahan marah.

"Bukan Mikail yang bunuh Hana, Izzati. Hana meninggal disebabkan kemalangan yang tak disengajakan" kata Aiman perlahan. "Awak pun tahu kan yang Mikail sayang sangat dekat Hana. Mana mungkin dia sanggup bunuh Hana. Sebab tu lah dia menghilangkan diri selepas Ice Girls tak terima permohonan maaf dia" sambung Aiman dengan perlahan. Izzati mendiamkan diri mendengar setiap butir bicara Aiman.

"Tapi, Mikail tetap sayangkan Ice Girls. Walaupun dari jauh. Dia sanggup melutut merayu pada Fire Boys untuk tolong dia jaga kan Ice Girls" sambung Aiman lagi. "Tapi... Kalau tak disebabkan kecuaian dia masa tu mesti semua ni tak akan terjadi. Hana tak akan tinggalkan saya" balas Izzati. Nadanya direndahkan sedikit. "Itu semua sebab Hana pun sayangkan Mikail. Kadang-kadang cinta ni perlukan pengorbanan. Demi kepentingan orang lain dan diri sendiri" jawab Aiman lembut.

"Tapi..." Izzati tidak dapat berkata apa-apa lagi. Setiap apa yang Aiman perkatakan ada benarnya. "Awak kena belajar terima kenyataan, Izzati. Awak perlu sentiasa kuat untuk teruskan hidup awak. Dan jangan lupa... Saya sentiasa ada untuk awak" kata Aiman perlahan sambil memandang Izzati. Izzati tersenyum nipis. Melihat reaksi Izzati, Aiman juga turut tersenyum.

"Maafkan saya sebab tak jujur dengan awak dari dulu" kata Aiman perlahan sambil menunduk. "Saya maafkan" jawab Izzati sambil mengangguk. Aiman mengangkat wajahnya memandang Izzati dengan mata yang bersinar. "Tapi, ini peluang terakhir awak" sambung Izzati lagi. Aiman tersenyum lebar dan mengangguk laju. Alhamdulillah... Satu dah selesai.

IKMAL DAN NAZIRA POV

Ikmal merenung mata Nazira lama tanpa mengelipkan matanya. "Kau kenapa pandang aku macam tu?" soal Nazira kasar. "Saja" jawab Ikmal sepatah. Nazira memandang Ikmal pelik. "Aku tengah lepaskan rindu. Dah lama aku tak tengok muka kau" sambung Ikmal lagi.

"Manisnya kata-kata kau eh?" kata Nazira sambil tersenyum memandang Ikmal. Ikmal membalas dengan senyuman lebar. "Tapi, semuanya palsu. Semuanya tipu belaka" sambung Nazira kasar dan senyumannya tadi sudah pun hilang. Senyuman Ikmal mati. "Jangan lah macam ni. Okey... I'm so sorry. Saya minta maaf sangat-sangat. Tolong lah jangan buat saya macam ni" rayu Ikmal pada Nazira.

"Kau tipu aku weh... Apa alasan kau untuk aku maafkan kau? Kau ingat aku ni baik sangat ke untuk senang-senang je lupakan kesalahan orang lain" balas Nazira dengan nada yang sedikit meninggi. "Okey... Aku bersalah. Tapi boleh tak kita bincang dekat pondok tu. Dekat sini panas" kata Ikmal sambil menghalang matahari daripada mengenai wajah Nazira.

Nazira memandang tangan Ikmal sekilas dan berjalan ke arah pondok tempatnya menunggu Izzati sebentar tadi. Ikmal mengikuti Nazira dari belakang. Ikmal duduk berhadapan dengan Nazira.

"Kenapa kau marah sangat dengan Mikail?" soal Ikmal perlahan. Nazira memandang Ikmal kosong. "Kenapa kau perlu tanya lagi? Kau dah tahu kan jawapan dia" balas Nazira dingin. "Memang aku tahu. Tapi, aku tak faham. Kenapa korang perlu salahkan Mikail?" soal Ikmal pelik. "Dia sebab kitorang kehilangan Hana" jawab Nazira ringkas. Nazira menahan amarahnya.

"Itu semua dah takdir Nazira... Setiap apa yang berlaku semuanya ada hikmah. Korang tak boleh macam ni. Korang tak kesian ke dekat Hana? Dia terseksa tahu tak bila tengok orang yang dia sayang semuanya bergaduh. disebabkan dia pula tu" kata Ikmal lembut. Nazira diam memandang lantai. "Kau sayang Hana kan?" soal Ikmak perlahan. Nazira mengangguk perlahan.

"Kau tahu kan yang Hana sayangkan Mikail?" soal Ikmal lagi. Nazira mengangguk lagi. Air matanya cuba ditahan. "Kalau kau nak Hana tenang dekat sana, ikhlaskan pemergian dia. Banyak-banyak doakan dia. Tak benci dengan orang yang dia sayang" kata Ikmal lagi.

Nazira mengluh panjang. "Aku cuba..." jawab Nazira perlahan sambil tetap memandang lantai. Ikmal mengangguk dan tersenyum mendengar jawapan Nazira. "Nazira!" kedengaran dari jauh suara Izzati yang memanggil Nazira. Nazira mengangkat wajahnya mencari Izzati. Izzati melambaikan tangannya menanggil Nazira. "Cepat! Dah nak dekat pukul 5! Nanti lambat!" jerit Izzati lagi.

Nazira berjalan ke arah Izzati dengan laju. Namun Nazira berhenti sebentar dan memusingkan kepalanya memandang Ikmal. "Thanks..." kata Nazira perlahan dan menyambung perjalanannya ke arah Izzati tanpa menunggu balasan Ikmal.

____________________

"Semalam suruh kita balik awal, lepas dah balik diorang jemput lambat pula. Ni yang buat aku naik angin ni" kata Irin geram sambil berjalan ke kiri dan ke kanan. Maira tidak melayani kata-kata Irin dan cuba untuk menghubungi Izzati atau pun Nazira. "Boleh tak kau duduk diam Irin? Aku rimas lah" kata Maira geram pada Irin.

"Mana boleh aku duduk diam. Kau tahu tak 'Masa itu emas', 'Times is gold'. Diorang dah bazirkan masa aku dengan tunggu diorang dekat sini" balas Irin geram. Baru sahaja Maira ingin membalas kata-kata Irin, Izzati dan Nazira telah pun sampai. "Sorry lambat..." kata Izzati dengan rasa bersalah. "Macam mana boleh lambat? Penat tahu tak tunggu dekat sini" soal Irin marah.

"Adalah sesuatu yang terjadi. Nanti kitorang cerita. Sekarang ni jom balik dulu. Korang mesti dah penat sangat kan?" jawab Nazira lalu menarik beg roda kepunyaan Irin. Maira daj Irin memandang Izzati. "Jom" kata Izzati dan mengambil beg Maira pula dari pegangan Maira. "Over lah kau ni. Diorang lambat 15 minit je pun" kata Maira pada Irin di sebelahnya.

"15 minit JE!? JE!!? Kau tahu tak, dengan 15 minit tu aku boleh keluar masuk tandas 10 kali tau!" balas Irin sambil memandang Maira geram. "Lantak kau lah Irin..." kata Maira malas dan berjalan laju meninggalkan Irin.

___________________

"Kalau Fire Boys nak minta maaf korang boleh maafkan diorang tak?" soal Izzati tiba-tiba pada Maira dan Irin. Matanya tetap fokus pada jalan raya. Irin dan Maira memandang sesama mereka sebelum mengalihkan pandangan mereka pada Izzati. "Kenapa kau tanya macam ni? Kau dah maafkan diorang ke?" soal Maira kembali.

"Kalau aku jawab 'ye' korang marah tak?" soal Izzati perlahan. Risau Maira dan Irin akan memarahinya. "Kau gila ke apa? Diorang dah tipu kita. Senangnya kau maafkan diorang" kata Irin sedikit geram. Nazira memandang Izzati yang sedang memandu. Wajah Izzati kosong. "Aku boleh maafkan" kata Maira tiba-tiba. Nazira memandqng Maira terejut.

"Betul ke?" soal Nazira tidak percaya. "Kau dah kenapa, Maira?" soal Irin dengan geram. "Bila aku fikirkan balik... Diorang tak salah pun sebenarnya. Semua yang terjadi ni rancangan Allah. Ada hikmah benda ni terjadi" jelas Maira perlahan sambil melihat ke luar tingkap kereta.

"Ish, korang ni gila lah. Aku tak akan maafkan diorang. Keputusan aku muktamad" kata Irin kasar. Nazira memandang Maira dan Izzati silih berganti. Suasana di dalam kereta mereka sunyi sehinggalah mereka tiba di rumah. Irin terus masuk ke biliknya dan menutup pintu biliknya dengan kasar.

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang