"Masalah korang dah settle. Kitorang ni belum lagi" kata Adam tiba-tiba. "My luck" jawab Ikmal selamba sambil tersenyum. Adam memandang Ikmal geram. "Pergi lah pujuk diorang" cadang Aiman. "Tapi, diorang dah balik Malaysia ke?" soal Haffiy pula. "Mana lah aku tahu. Kau call lah Nazira atau Izzati, tanya diorang" balas Aiman mendatar.
"Kau, call Izzati" Rizz mengarahkan Adam untuk menghubungi Izzati. Adam mengeluarkan telefonnya dan menghubungi nombor Izzati. Pembesar suara di buka.
Tut...tut...tut...
"Asaalamualaikum..." kata Izzati sebaik sahaja mengangkat panggilan Adam. "Waalaikumsalam" jawab Adam perlahan. "Kenapa call aku?" soal Izzati pelik. "Nak tanya sikit" jawab Adam sedikit gementar. "Tanya lah" balas Izzati. "Bila kawan-kawan kau yang lain balik Malaysia?" soal Adam perlahan.
"Hmm... Maira dengan Irin dah balik dah. Qila malam ni baru sampai" jawab Izzati ringkas. "Oh, jadi Irin dah ada dekat rumah lah?" soal Adam meminta kepastian. "Yes" jawab Izzati. "Kenapa tiba-tiba tanya ni? Kau nak try pujuk dia eh?" soal Izzati menduga. "Hehe..." Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aku rasa buat masa sekarang ni jangan dulu lah. Dia tengah berangin tu" kata Izzati dengan suara yang perlahan. "Kenapa?" soal Adam pelik. "Dia marah aku, Nazira dengan Maira sebab senang-senang je maafkan korang" jawab Izzati. "Oh..." suara Adam kedengaran hampa. "Eh, sekejap. Maira dah maafkan kitorang?" soal Haffiy tiba-tiba.
"Ye. Nanti kau jumpa lah dengan dia. Minta maaf face to face dengan dia" jawab Izzati. "Okey. Senang kerja aku" kata Haffiy gembira. "Aqila?" soal Rizz pula. "Hmm... Dia aku tak tahu lagi. Malam ni baru dia sampai. Nanti aku tanya lah dia" jawab Izzati perlahan.
"It's okay. Biar aku yang ambil dia dekat airport. Aku pun ada benda yang nak dibincangkan dengan dia ni. Boleh kan?" kata Rizz meminta kebenaran daripada Izzati. "Err... Ye lah. Tapi kalau dia ada mengadu apa-apa dekat aku siap kau" Izzati memberi kebenaran sebelum mengugut Rizz. "Baik bos" kata Rizz ceria.
"Okey lah. Aku off dulu. Bye. Assalamualaikum" kata Izzati sebelum mematikan panggilannya. Fire Boys menjawab salam Izzati perlahan. "Macam mana aku nak selesaikan ni? Si Irin tu dah lah susah nak bawa berbincang" kata Adam merungut. "Fikir menggunakan otak" balas Ikmal sambil memegang kepala Adam. "Sangat membantu. Berambus kau!" Adam menepis tangan Ikmal yang berada di kepalanya.
___________________
"Malaysia, i'm back!" kata Aqila riang sebaik sahaja keluar dari balai ketibaan. Mata orang sekeliling yang memandangnya tidak dihiraukan. "Eh, mana Zati ni? Semalam cakap nak ambil aku" Aqila mengeluarkan telefonnya dari dalam poket dan mencari nama Izzati.
Hampir sahaja Aqila menekan butang 'call', seseorang memanggil namanya. "Aqila!" suara itu kedengaran dari belakangnya. Aqila memusingkan badannya ke arah belakang. "What are you doing here?" soal Aqila pelik pada Rizz. "Ambil kau lah" jawab Rizz sambil tersenyum. "No need. Aku nak tunggu Izzati" balas Aqila selamba lalu berpaling dari Rizz.
"Izzati dah beri kebenaran pada aku untuk ambil kau dekat airport" kata Rizz sambil mengambil beg dari pegangan Aqila. "Terima kasih je lah. But I can take a taxi or grab car" balas Aqila masih lagi dengan egonya. Begnya dirampas kembali dari tangan Rizz. "Bahaya lah malam-malam macam ni nak naik teksi. Kau tu dah lah perempuan" kata Rizz lembut.
Aqila diam tidak membalas. "Dah jom. Kalau kau tak nak ikut, aku dukung kau" kata Rizz mengugut. "Ish! Ye lah. Aku tahu lah jalan sendiri" balas Aqila geram lalu berjalan laju meninggalkan Rizz. Rizz menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum nipis. Rizz berjalan laju mengejar langkah Aqila.
Namun sebelum sempat Rizz sampai di sebelah Aqila, seseorang secara tidak sengaja terlanggar Aqila. Aqila jatuh terduduk dan orang yang melanggarnya itu tertiarap di hadapan Aqila. "Aduh! Siapa pula yang jalan tak pakai mata ni?" kata Aqila selamba sambil menggosok tangannya yang sakit.
Rizz berlari membantu Aqila untuk berdiri. "Kau tak apa-apa?" soal Rizz risau. Aqila berdiri dengan bantuan Rizz. "Tak. Sikit je" jawab Aqila perlahan. "Bro, are you okay?" soal Rizz pada orang yang melanggar Aqila pula. "Okey. Sorry cik, saya betul-betul tak sengaja tadi" pemuda itu meminta maaf pada Aqila. "Tak apa. Tapi lain kali jalan tu gunalah mata" balas Aqila selamba sambil membersihkan bajunya yang kotor sedikit.
"Eh, wait... kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" soal lelaki itu pada Aqila. Aqila mengangkat wajahnya ke atas. "Macam ada. Tapi saya lupa dekat mana" jawab Aqila kurang pasti. "Kalau tak silap kita pernah jumpa sekali masa dekat France" kata jejaka itu lagi. "Oh ya... nama awak Imran kan?" soal Aqila. "Yes, I am. Awak Aqila kan?" soal Imran kembali. Aqila mengangguk laju sambil tersenyum.
"Tak sangka kita boleh jumpa dekat sini. Mungkin jodoh kita kuat kot?" kata Imran sekadar gurauan. Aqila tertawa kecil mendengar gurauan Imran. Rizz memandang Imran tajam. "Ehem.." deheman Rizz menghentikan perbualan mereka. "Eh, lupa pula ada orang lain dekat sini" kata Aqila selamba sambil memandang Rizz. Rizz memandang Aqila geram.
"Rizz" kata Rizz sambil menghulurkan tangannya kepada Imran. "Imran" kata Imran sambil menyambut huluran tangan Rizz. "Apa hubungan korang berdua?" soal Imran ingin tahu. "Just friend" jawab Rizz laju. "Abang saya" jawab Aqila hampir serentak dengan Rizz. Imran memandang Aqila dan Rizz silih berganti. "Mana satu yang betul?" soal Imran pelik.
"Err... Dia abang kepada kawan saya..." jawab Aqila kurang yakin sambil tersengih. Imran memandang Aqila curiga. "Dah, jom balik. Bro, aku pergi dulu" kata Rizz tiba-tiba dan berlalu pergi selepas mengambil beg dari pegangan Aqila. "Err... Saya balik dulu... Bye" kata Aqila kepada Imran sebelum berlari anak mengejar Rizz yang semakin menjauh. Imran mengangguk sambil tersenyum dan melambaikan tangannya.
Sepanjang perjalanan pulang Rizz mengekalkan wajah dinginnya dan Aqila pula mendiamkan diri kerana masih terasa penat. Keadaan mereka begitu sehinggalah sampai ke rumah Ice Girls.
Rizz memberhentikan keretanya di hadapan rumah Ice Girls. Namun Aqila masih lagi tidak bergerak dari kedudukannya. Rizz memandang ke sebelah dan melihat Aqila yang tertidur. "Haih... Tidur pula dia" kata Rizz sendiri. Rizz memusingkan badannya menghadap Aqila. Wajah Aqila yang sedang tidur dipandang. "Kenapa kau suka seksa aku macam ni eh? Kau tahu tak hati aku sakit sangat bila kau rapat dengan mamat tadi tu" kata Rizz perlahan.
"Masa kau hilang pun aku rasa macam dah nak gila" sambung Rizz lagi. Rizz diam sebentar dan mendekatkan lagi dirinya dengan Aqila. "I love you..." bisik Rizz perlahan. Rizz tersenyum nipis dengan kata-katanya.
"Yahhh..." Aqila tersedar dari tidurnya dan mengeliat. Dan tanpa sengaja menolak Rizz kuat sehingga Rizz terdorong ke belakang. "Eh, dah sampai ke?" soal Aqila pelik. Aqila memandang Rizz di sebelahnya. Rizz menggosok perlahan pipinya yang ditolak oleh Aqila. "Sorry..." kata Aqila sambil tersengih. "Keluar lah. Penat aku kejut kau. Susah betul nak bangun. Tidur mati ke?" kata Rizz kasar pada Aqila. "Ish, ye lah. Nak keluar lah ni" balas Aqila geram.
Aqila membuka pintu kereta Rizz dan mengambil begnya di tempat duduk belakang dan menutup pintu kereta Rizz kasar. Dengan pantas Aqila berlari masuk ke dalam rumah tanpa berterima kasih kepada Rizz.
Di dalam kereta Rizz menggelengkan kepalanya perlahan melihat kelakuan Aqila. Pelik. Segar semacam. "Betul ke dia baru bangun tidur ni?" soal Rizz sendiri. Rizz tersenyum kembali lalu menjalankan keretanya pergi dari kawasan perumahan Ice Girls. Setelah lama berdiam diri, tiba-tiba Rizz terfikirkan sesuatu. "Ke dia tak tidur?" soal Rizz lagi. "Kalau dia tak tidur, maknanya dia dengar lah apa yang aku cakap tadi?" soal Rizz dalam keadaan panik. "Matilah aku..." kata Rizz perlahan.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Novela Juvenil[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)