BAB 58

3.9K 265 5
                                        

Pintu perpustakaan dibuka oleh Adam dari luar. Adam melangkah masuk ke dalam perpustakaan dan diikuti oleh Rizz di belakangnya. Tidak ramai pelajar yang berada di dalam perpustakaan. Adam dan Rizz mengelilingi perpustakaan untuk mencari Irin dan Aqila. Namun, bayang mereka pun tidak kelihatan.

"Mana diorang ni Rizz?" soal Adam tanpa merendahkan suaranya. "Shuu..." suara seseorang menyuruh Adam senyap. "Sorry.. Sorry.." Adam memohon maaf dan merendahkan nada suaranya. "Mana?" soal Adam lagi. "Mana lah aku tahu. Kita keluar je lah. Aku rasa diorang tak ada dekat sini. Diorang kan cuma nak larikan diri daripada kita je" jawab Rizz mendatar. "Betul juga cakap kau ni. Kalau macam tu, jom lah kita pergi dari sini. Kau bukannya suka pun baca buku" blas Adam selamba.

Rizz memandang Adam geram. "Macam lah kau rajin sangat" balas Rizz sinis. "Rajin sikit daripada kau" jawab Adam selamba. Rizz malas mahu bergaduh dengan Adam dan berjalan meninggalkannya. Adam mengejar Rizz sehingga mereka keluar dari perpustakaan.

"Eh, kau nak pergi mana?" soal Adam pada Rizz. "Pergi mana lagi? Pergi bertugas lah" jawab Rizz kasar. "Tak nak cari Irin dengan Aqila ke?" soal Adam lagi. "Malas lah aku. Kalau kau nak sangat, kau pergi lah cari diorang seorang diri" balas Rizz selamba. "Kau ni tak sporting langsung lah" rungut Adam. Namun Rizz tidak peduli dan terus melangkah pergi meninggalkan Adam.

"Susah betul lah nak kawal mamat sorang ni. Ego menggunung" kata Adam seorang diri. Tidak lama kemudian Adam juga berlalu dari perpustakaan dan menuju ke tempatnya bertugas.

"Eh, tu macam Irin je" kata Adam sendiri. Adam mengamati susuk tubuh seorang gadis yang berada agak jauh darinya. Berjalan sendirian di koridor kelas tingkatan 4. Tiba-tiba angin bertiup lembut. Pintu kelas yang berada di sebelah Adam tertutup sehingga menghasilkan bunyi yang kuat dan menyebabkan Adam terkejut. "Aduh, kenapa seram sejuk pula ni?" Adam berpeluk tubuh dalam keadaan sedikit takut.

Dia memandang semula ke arah Irin, namun Irin telah tiada. "Mana pula si Irin ni pergi?" soal Adam sendiri. Adam berjalan ke hadapan dan melihat ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Irin. "Pelik. Sekejapnya dia hilang" kata Adam pelik.

Kreek...

Adam terdengar bunyi pintu yang dibuka dengan perlahan di belakangnya. Perlahan-lahan Adam memusingkan badannya ke belakang sambil menutup mukanya dengan tangan. Sebaik sahaja Adam melepaskan tangannya, Irin berada tepat di hadapan Adam.

"Mummy! Tolong Adam! Ada hantu! Arghhh!!" jerit Adam ketakutan. Terkeluar suara kewanitaannya. "Woi! Apa masalah kau ni?" soal Irin menyedarkan Adam yang menjerit ketakutan. Adam berhenti menjerit dan memandang ke arah Irin. "Kau Irin kan?" soal Adam dalam keadaan takut. "Aku Irin lah. Kalau aku bukan Irin dah lama aku cekik-cekik kau sampai mampus" jawab Irin kasar.

"Janganlah" Adam menepis perlahan lengan Irin. Geli Irin dengan keadaan Adam sekarang. Lembut semacam. "Kau kenapa ikut aku? Tak ada kerja lain ke?" soal Irin kasar sambil bercekak pinggang. "Oh ya, err..." entah kenapa otak Adam tiba-tiba tidak berfungsi. "Aku lupa lah" jawab Adam polos. "Membazir masa aku je lah bercakap dengan kau ni" kata Irin geram lalu berjalan meninggalkan Adam.

Adam diam tidak berganjak dari tempatnya. Masih lagi berfikir tentang tujuannya mencari Irin. Setelah hampir 5 minit, Adam akhirnya menemui jawapan kepada persoalannya.

"Haa..." Adam cuba untuk bercakap kepada Irin, namun dirinya lupa bahawa Irin telah lama meninggalkannya seorang diri di situ. "Eh, mana dia pergi?" soal Adam pelik. Dan barulah dia teringat yang Irin telah berlalu pergi tidak lama tadi. "Bengap lah kau ni Adam" Adam memarahi dirinya sendiri dan berlalu dari situ. Terlepas peluangnya untuk memohon maaf kepada Irin.

____________________

"Lantak lah kau nak pergi mana pun perempuan. Aku dah malas nak ambil peduli tentang kau" kata Rizz sendiri sambil memetik ranting kecil dari pokok bunga yang berada di tepinya. "Tapi, kenapa aku nak marah dia eh? Bukan ke patutnya dia yang marah aku?" soal Rizz pelik dengan dirinya. "Ah, ni semua salah lelaki yang dia jumpa dekat airport tu" kata Rizz geram sambil membaling ranting yang dipegangnya tadi ke hadapan.

"Aduh!" ranting yang dibaling Rizz itu tepat-tepat jatuh di atas kepala Aqila. Aqila memandang ke arah Rizz geram. "Woi! Gila ke!?" jerit Aqila geram pada Rizz. Rizz memandang Aqila dengan riak muka tidak bersalah. "Siapa suruh kau duduk situ masa aku tengah baling. So, salah kau" jawab Rizz tidak mengaku kesalahannya. "Wah..wah..wah.. Sedap mulut kau je cakap macam tu. Kalau ranting ni tak kena aku pun, kau tetap buat kesalahan. Kau membuang sampah merata-rata" balas Aqila geram. Rasa macam nak picit-picit je mamat ni sorang.

"Okey" jawab Rizz selamba lalu berjalan dan melanggar bahu Aqila kasar. Aqila bengang dan mengejar Rizz semula. "Apa masalah kau ni eh?" soal Aqila geram. "Masalah aku? Kau tanya apa masalah aku?" soal Rizz kembali pada Aqila. "Yes, i'm asking you!" balas Aqila yakin. "Masalah aku ialah kau!" jawab Rizz kuat di hadapan wajah Aqila. "Apa kaitan masalah kau dengan aku!?" soal Aqila geram. Suka-suka dia je nak tengking-tengking orang.

"Aku tak suka tengok kau mesra dengan lelaki lain depan aku! Aku marah bila kau layan lelaki lain berbeza dengan layanan kau dekat aku!" balas Rizz sambil memegang bahu Aqila kuat. "Aww... Sakit Rizz" kata Aqila sambil cuba melepaskan pegangan Rizz. Rizz yang melihat Aqila kesakitan melepaskan pegangannya dan meraup wajahnya beberapa kali.

"Kenapa kau mesti marah?" soal Aqila lembut. Rizz diam tidak menjawab. "Aku tanya kau ni Rizz, kenapa kau mesti marah bila aku buat macam tu? Sebab kau jealous? Hah? Sebab tu ke?" soal Aqila cuba untuk memaksa Rizz menjawab pertanyaannya. "Yes, memang aku jealous! Aku camburu bila tengok kau rapat dengan lelaki dekat airport hari tu! Aku tak suka tengok kau mesra dengan dia! Puas hati kau!?" jawab Rizz kasar.

"Sudah lah Rizz. Lalaki tu tak ada kaitan dengan masalah kita sekarang. Dan sepatutnya aku yang marah dengan kau" kata Aqila cuba untuk menahan daripada pergaduhan mereka terus berlarutan. Rizz diam dan mengelak untuk memandang Aqila. "Kalau kau rasa aku ni mendatangkan masalah pada kau... Aku rasa lebih baik kita jauhkan diri kita. Aku tak nak masalah peribadi kita ni boleh menjejaskan pelajaran kita nanti. Dan aku harap kau terima cadangan aku ni. Aku pergi dulu. Assalamualaikum" kata Aqila sebelum berlalu pergi meninggalkan Rizz sendirian.

Rizz membiarkan Aqila pergi dan hanya memandang dengan pandangan yang sayu. "Apa yang kau dah buat ni Rizz?" marah Rizz pada dirinya sendiri dan menumbuk dinding di tepinya. Rizz menahan air matanya daripada jatuh. Hati lelakinya hancur.

____________________

Aqila berjalan laju membawa dirinya pergi jauh dari Rizz. Air mata yang cuba ditahannya dari tadi akhirnya gugur jua. Aqila bersandar pada dinding belakang bangunan tingkatan 5. Kakinya lemah dan membuatnya terduduk di lantai. Kedua tangannya menekup mulut daripada menghasilkan bunyi esakan yang membolehkan orang lain mendengarkannya.

'Aku benci kau Rizz' kata Aqila di dalam hatinya. Hujung lengan bajunya dibawa untuk mengelap air matanya. Namun, belum sempat dia berbuat demikian seseorang menghulurkan sapu tangan kecil kepadanya. Aqila mengangkat wajahnya untuk melihat orang yang memberinya sapu tangan itu. Sapu tangan itu di ambil dan digunakan untuk mengelap air matanya.

"Apa kau buat dekat sini?" soal Aqila pada Adam yang berada di sebelahnya. "Ni kawasan aku kan? So, memang patut pun aku ada dekat sini. Kau buat apa pula dekat sini?" soal Adam semula. Aqila diam tidak menjawab. Adam faham akan keadaan Aqila dan membiarkannya. "Dah lah. Jangan menangis lagi. Muka kau buruk gila kalau menangis. Tak comel langsung" kata Adam selamba.

"Memang patut pun Irin tak nak maafkan kau kan. Tak pandai langsung nak pujuk perempuan" balas Aqila geram. Adam tersengih memandang Aqila. "Jom lah masuk kelas. Dah nak habis masa rehat dah ni" kata Adam lagi. Aqila mengangguk setuju. "Sapu tangan kau ni aku pinjam dulu eh? Nanti aku basuhkan" pinta Aqila pada Adam. "Ye lah. Tapi tetap kena pulangkan tau. Bukan apa, sapu tangan tu ada nama aku. Nanti orang lain fikir apa pula kan?" jawab Adam membenarkan.

Aqila melihat sapu tangan itu dan memang benar ada tertulis nama 'Khairul Adam' di atasnya. Adam dan Aqila berjalan pulang ke kelas mereka bersama. Ada yang melihat mereka sambil berbisik-bisik dengan rakan sebelah dan ada yang tersenyum melihat mereka. Sebaik sahaja sampai di kelas mereka, semua pelajar sudah pun ada termasuk Fire Boys dan Ice Girls. Mereka memandang Adam dan Aqila pelik. Macam mana boleh masuk berdua?

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang