BAB 63

4K 271 50
                                        

Rizz mengangkat tangan kanannya tinggi bersedia untuk menumbuk Adam. Hampir sahaja Adam ditumbuk, seseorang menahan tangan Rizz. "Woi! Kau dah gila ke apa?" soal Haffiy yang menggengam lengan Rizz. Ikmal pula menarik Adam supaya jauh daripada Rizz. "Apa benda ni geng? Tak kan masalah macam ni pun korang nak gaduh? Macam budak-budak lah" kata Aiman yang berada di tengah-tengah antara Rizz dan Adam.

"Dia memang nak cari gaduh dengan aku!" kata Rizz kuat sambil cuba untuk mendapatkan Adam lagi. Namun ditahan oleh Haffiy. "Siapa yang mulakan dulu game ni? Siapa yang cari pasal dulu?" soal Adam tidak mahu kalah. "Kau..." Rizz menundingkan jarinya pada Adam. "Apa!?" soal Adam kasar. "Sudah... Jangan nak bergaduh. Aku tumbuk sorang-sorang kang" kata Aiman geram. "Dah lah Rizz. Jangan layan dia. Jom lah kita blah" kata Irin menenangkan Rizz.

"Aku dah cakap kan Rizz, kita memang tak boleh bersama. Kalau kita dekat mesti ada je masalah yang timbul" kata Aqila tiba-tiba. "Sebab ni lah aku nak kau jauhkan diri kau daripada aku" sambung Aqila lagi. Rizz memandang Aqila. Perasaan marah dan sayang bercampur. Fikirannya bercelaru. "Jom Adam" kata Aqila perlahan lalu menarik tangan Adam pergi dari situ. Irin pula menarik Rizz ke arah yang bertentangan. "Sial!" marah Rizz sebelum mengikut langkah Irin.

"Plan seterusnya?" soal Nazira tiba-tiba. "Night Dinner" jawab Izzati ringkas. "Kita kena buat sesuatu malam tu. Kalau tak sampai bila-bila pun diorang tak berbaik" sambung Izzati lagi. "Kalau macam tu kita lepak lah mana-mana" cadang Ikmal pula. Semua mengangguk setuju. Mereka berkumpul di sebuah restoran dan merancangkan sesuatu untuk membuat mereka berempat berbaik.

_________________

"Bagi aku kunci kereta kau" kata Irin sambil menghulurkan tangannya pada Rizz. "Nak buat apa? Aku boleh drive lagi lah" balas Rizz menerutkan dahinya. "Memanglah kau boleh drive. Tapi aku tak rasa selamat bila kau drive dalam keadaan emosi kau yang tak berapa stabil ni" jelas Irin pada Rizz. Rizz tidak membantah lalu memberikan kunci keretanya kepada Irin. Irin memandu kereta Rizz ke rumah Ice Girls.

Sebaik sahaja sampai dia hadapan rumah Ice Girls, Adam juga baru sahaja menghantar Aqila pulang. Irin turun daripada kereta dan Rizz juga turun untuk tukar ke tempat duduk pemandu. Kereta Rizz dipandu laju keluar dari kawasan perumahan Ice Girls.

Tin...tin...

Adam membunyikan hon keretanya sebelum turut berlalu pergi. "Irin" Aqila memanggil Irin yang sedang berjalan masuk ke dalam rumah. Irin memalingkan wajahnya memandang Aqila. "Kau marah aku?" soal Aqila perlahan. Irin tersenyum lalu memegang tangan Aqila. "Kenapa aku nak marah kau pula? Kau bukannya ada buat salah dengan aku" jawab Irin lembut. "Kau tak marah ke aku rapat dengan Adam?" soal Aqila lagi. Irin menggeleng perlahan. "Tak. Tu hak kau kan nak kawan dengan sesiapa pun" jawab Irin.

"Kau jangan salah sangka tau. Aku buat macam ni supaya Rizz jauhkan diri dia dari aku" jelas Aqila perlahan. "Kenapa kau kena buat macam tu? Kau tak sayang dengan Rizz ke?" soal Irin pelik. "Haih... Sebab sayang lah aku terpaksa buat macam ni. Kalau aku dengan dia dekat, ada saja masalah. Aku tak nak nanti lama-lama, persahabatan yang dah lama kita bina ni hancur macam tu je" jawab Aqila perlahan. Irin diam mendengarkan penjelasan Aqila.

"Tak apa lah Qila. Kau buat je lah apa yang kau rasa terbaik. Kau nak kahwin dengan Adam tu pun tak apa" kata Irin pada Aqila dengan nada bergurau. "Kau tak jealous ke?" soal Aqila mengusik sambil tersenyum. "Ma..mana ada. Dah lah aku nak masuk. Bye" jawab Irin sedikit gagap lalu berjalan laju masuk ke dalam rumah. Aqila tersenyum melihat reaksi Irin itu.

"Haih lah Irin... Kalau dah suka tu cakap je lah" kata Aqila sendiri sambil tersenyum. Cakap orang, diri sendiri pun sama. Aqila menutup pintu utama rumah Ice Girls sebelum masuk ke dalam biliknya. Namun, ada satu benda yang dirinya terlupa. Apakah itu?

____________________

"Kenapa diorang macam okey je?" soal Ikmal pelik. Ketika itu mereka berenam sedang di dalam kereta yang dipandu oleh Haffiy melihat segala yang dilakukan oleh Aqila dan Irin. "Pelik lah diorang ni. Sebenarnya diorang bergaduh ke tak?" soal Nazira pula. "Yang bergaduh tu Rizz dengan Adam, bukannya Qila dengan Irin. Betul tak?" kata Izzati tiba-tiba. "Mungkin juga. Sebab tadi yang nak bertumbuk pun Rizz dengan Adam" balas Haffiy bersetuju.

"Kalau Qila dengan Irin dah balik, maksudnya Rizz dengan Adam dah on the way balik rumah korang lah. Kalau diorang bergaduh lagi macam mana?" soal Maira tiba-tiba. "Eh, betul juga cakap kau tu. Jom lah kita turun. Biar Fire Boys pergi tengok-tengokkan diorang berdua" kata Izzati lalu membuka pintu kereta untuk keluar. Diikuti Maira dan Nazira. "Dah pergi cepat balik. Hati-hati memandu" kata Izzati ada Fire Boys.

"Macam halau je?" soal Aiman sambil tersengih. "Ye, memang pun. Berambus sana" jawab Nazira selamba. Fire Boys memandang Nazira geram. Setelah itu kereta Fire Boys semakin menjauh dan perlahan-lahan hilang dari pandangan Ice Girls.

___________________

Beberapa jam sebelum Night Dinner di SMARK Highschool.

"Girls! Dah siap ke belum!? Kita kena ada dekat sana awal tau!" jerit Izzati dari tingkat bawah. Dari tadi hanya dirinya sahaja yang baru siap. Izzati mengenakan dress berwarna rose pink.

Tin...tin...tin...

Bunyi hon kereta kedengaran dari luar rumah Ice Girls. Izzati bangun dari duduknya dan menyelak langsir yang menutupi tingkap. "Hah!? Awalnya diorang sampai!" kata Izzati sendiri panik. "Ice Girls! Turun sekarang! Fire Boys dah sampai!" jerit Izzati lebih kuat. Seorang demi seorang mulai turun. Dimulakan dengan Maira yang mengenakan dress labuh berwarna purple eggplant. "Dah sampai ke?" soal Maira ada Izzati. "Ye... Mana yang lain?" soal Izzati pada Maira.

Nazira pula turun ke bawah dengan dress yang berwarna red crimson. "Cantiknya korang!" kata Nazira teruja pada Izzati dan Maira. "Kau pun tak kalah. Macam nak kahwin pula" balas Maira sambil menepis perlahan lengan Nazira.

Tin...tin...

Sekali lagi hon kereta Fire Boys kedengaran. Izzati membuka sedikit pintu rumahnya dan hanya mengeluarkan kepalanya. "Tunggu sekejap ye. Lagi dua orang belum siap. Kesabaran korang amat dihargai" kata Izzati lembut pada Ice Girls. "Tak apa. Memang kitorang ni dilahirkan untuk tunggu korang pun" jawab Ikmal selamba sambil tersenyum. Pantas Aiman mengetuk belakang kepala Ikmal. "Apa?" soal Ikmal pada Aiman sambil menggosok belakang kepalanya yang dipukul.

Tidak lama selepas itu Irin pula turun dengan mengangkat dress labuhnya yang berwarna emerald green. "Ish, susah lah pakai baju ni" rungut Irin sambil mengerutkan mukannya. "Kalau nak cantik, kena lah berkorban sikit" balas Nazira selamba. "Sorry lambat!" kata Aqila yang tiba-tiba muncul sambil berlari menuruni tangga. "Jangan lari. Jatuh nanti" Izzati menegur Aqila. Aqila hanya membalas dengan senyuman yang manis. Aqila seperti biasa. Tetap dengan warna hitam.

"Tak sangka lah kawan-kawan aku boleh jadi cantik macam ni" kata Izzati sambil tersenyum. "Lama lagi ke!?" suara Aiman kedengaran dari luar rumah. "Eh, lupa pula. Haa jom lah" kata Izzati lalu Ice Girls seorang demi seorang keluar. Pintu rumah dikunci oleh Izzati. Izzati terus pergi ke kereta Aiman. Maira pula terus ke kereta Haffiy dan Nazira ke kereta Ikmal. Manakala, Irin dan Aqila berdiri statik di tempat mereka. "Aku naik Adam ye Irin" kata Aqila sambil memandang Irin di sebelahnya.

Irin tersenyum paksa dan mengangguk perlahan. "Please get in the car, my beautiful princess" kata Adam lembut sambil menghulurkan tangannya pada Aqila. Adam tersenyum manis. Tidak sedikit pun dia memandang Irin di sebelah Aqila. Aqila tersenyum dan mengikuti Adam. Irin pula berjalan ke kereta Rizz. 'Tak sweet langsung lah Rizz ni. Dia boleh tunggu je dalam kereta' bisik hati Irin geram sambil masuk ke dalam kereta Rizz. Rizz memandang Irin dari atas ke bawah. "Kenapa pandang aku macam tu? Ada yang pelik ke?" soal Irin pada Rizz.

Rizz menggeleng perlahan. "Tak ada apa-apa" jawab Rizz lalu menggerakkan keretanya keluar dari kawasan rumah Ice Girls. "Kau cantik" kata Rizz perlahan ada Irin. Irin hanya tersenyum dan memandang Rizz sekilas. 'Kenapa bukan Adam yang cakap macam tu?' kata Irin di dalam hati. Senyumnya tadi hilang. Wajahnya dihadapkan ke tingkap.

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang