"I rasa I nak jumpa Rizz lah" kata Misya pada Iskandar. "Kau nak buat apa jumpa dia?" soal Iskandar ingin tahu. "I nak minta maaf dengan dia dan I nak selesaikan semua masalah I dengan dia. I dah penat asyik bergaduh je dengan Ice Girls sebab dia" Misya berkata jujur pada Iskandar. "Pergilah Misya. Aku rasa aku pun dah penat gaduh dengan Fire Boys sebab nak dapatkan Ice Girls. Sekarang aku sedar, mustahil aku boleh dapatkan Aqila. Persahabatan diorang terlalu kuat" kata Iskandar pula jujur.
"Apa kata kalau kita berkawan? Nak?" soal Iskandar tiba-tiba. Iskandar tersenyum dan menaikkan keningnya. "Boleh. Lagi pun I macam tak percaya sangat dekat kawan-kawan I sekarang. Diorang selalu tinggalkan I bila I susah" balas Misya bersetuju. "Kalau macam tu mulai hari ni kita Best Friend" kata Iskandar yakin. "Hahaha... Boleh ke lelaki dengan perempuan jadi best friend?" soal Misya pelik.
"Boleh lah. Apa salahnya?" jawab Iskandar yakin. "Kita best friend je kan? Jangan sampai kau jadi boyriend aku pula" kata Misya selamba. "Kalau jadi boyfriend pun kenapa?" soal Iskandar sengaja mengenakan Misya. Misya memandang Iskandar terkejut dan membesarkan matanya.
___________________
Fire Boys dan Ice Girls berkumpul di dalam kelas mereka. Dari tadi mereka berbual di selangi dengan gelak tawa. "Tak sangka kan yang SPM dah nak dekat" kata Aiman tiba-tiba. "Haih... Cepatnya masa berlalu. Aku tak ready lagi" balas Nazira sedih. "Nak buat macam mana. Benda tu lah yang akan tentukan masa depan kita. Kita tetap juga kena hadap" kata Rizz tenang. "Habis sekolah nanti korang nak buat apa?" soal Irin teruja.
"Mestilah semua nak sambung belajar. Ke dah ada yang gatal nak kahwin?" jawab Aqila sambil memandang Izzati sinis. "Eh, kenapa tengok aku pula? Lagi pun apa salahnya belajar kalau dah kahwin?" balas Izzati membela dirinya. "Tak salah Izzati. Tapi, bukan ke kau akan lebih fokus belajar kalau kau tak fikirkan pasal kahwin dulu. Nanti kau juga yang susah nak uruskan masa. Kalau kau dah kahwin mesti nanti kau nak ada anak. Masa tu lagi susah nak bahagikan masa layan suami, layan anak-anak dan masa kau belajar. Nanti kau yang penat" kata Rizz lembut.
"Aww... Melting lah aku dengar kau cakap macam tu" kata Maira sambil memandang Rizz dan tangannya dibawa ke pipi. "Eh, kau jangan nak mengada. Dia aku punya" kata Aqila selamba lalu pantas berlari ke hadapan Rizz dan mendepakan tangannya menghalang orang lain dekat dengan Rizz. "Kau tak payah peduli lah ramai mana pun perempuan yang suka dekat aku. Sebab kau je satu-satunya wanita yang aku sayang" kata Rizz lalu berdiri dan merendahkan dirinya separa dengan Aqila untuk berkata-kata.
"Aaa...." kata Ice Girls serentak. "Sweetnya kau Rizz... Kenapa dulu kau tak mengurat aku eh?" soal Irin selamba. "Tak puas lagi ke hari tu keluar dengan Rizz? Hah?" soal Adam yang berada di sebelah Irin geram. Irin tersengih memanng Adam. Adam menyilangkan tangannya dan memuncungkan bibir tanda merajuk. "Alolo... Merajuk ke? Kalau kau merajuk aku tak nak layan kau balik ni" kata Irin memujuk tambah sekali mengugut.
"Eh dia ni, main ugut-ugut pula. Ye lah... Nasib lah aku sayang kau" balas Adam dan tidak merajuk lagi. "Gedik lah kau ni Adam" kata Aiman geram pada Adam. "Aku gedik pun dengan girlfriend aku je" balas Adam selamba sambil mendekatkan kedudukannya dengan Irin. "Siapa girlfriend kau? Lagi pun memang betul pun kata Aiman tu. Gedik lah kau ni" marah Irin sambil menolak Adam jauh darinya. "Aku merajuk lagi..." kata Adam sambil memuncungkan bibirnya. "Pergi lah sana. Kau merajuk lagi senang hidup aku!" balas Irin malas melayan Adam.
Tok...tok...tok...
Tiba-tiba seseorang mengetuk pintu kelas mereka. Semua pelajar memandang ke arah pintu itu. "Rizz, can i talk with you?" soal Misya perlahan. "If I said no?" balas Rizz dingin. "Please Rizz" rayu Misya pada Rizz. Rizz memandang Aqila di sebelahnya. "Pergilah" kata Aqila sambil mengangguk perlahan. Rizz menghela nafasnya dan berjalan ke luar kelas. Selepas itu kelas kembali bising dengan suara para pelajar. "Agak-agak kenapa dia nak jumpa Rizz?" soal Nazira curiga. "Bincang hal lama lah tu" jawab Adam selamba. "Hal lama apa?" soal Aqila pelik. "Nanti kau tanya lah Rizz sendiri" jawab Haffiy. Aqila mengangguk perlahan sambil memandang Rizz dan Misya yang berada di luar kelas. Entah apa lah yang dibincangkannya itu.
"Kau nak cakap apa lagi ni?" soal Rizz kasar. "Boleh tak you maafkan I?" soal Misya lembut. "Huh, berani you minta maaf dengan I lagi? Masa you curang dengan I dulu tak ada pula you nak marayu macam ni. Apa sebenarnya yang you nak dari I?" balas Rizz dingin. "I... I tahu I salah. Dan sekarang ni I betul-betul menyesal. I cuma nak you maafkan I je. Please Rizz..." kata Misya lalu memegang lengan Rizz. Rizz menarik tangannya kuat dan mengangkatnya tinggi seperti mahu menampar Misya. Misya hanya menunduk bersedia jika di tampar.
"Rizz stop! Apa ni? Tak kan kau nak pukul perempuan?" kata Aqila yang tiba-tiba muncul. Aqila berjalan ke sebelah Misya. "Kau okey Misya?" soal Aqila prihatin sambil memegang belakang badan Misya. Misya mengangguk perlahan lalu tersenyum. "Rizz... Aku tak suka lah bila kau berkasar dengan perempuan. Kau buatkan aku bertambah benci dengan lelaki. Tolonglah jangan hancurkan kepercayaan aku pada kau" kata Aqila sambil memandang Rizz geram.
"Aqila, jangan marah Rizz. Dia tak salah. I yang bersalah" kata Misya pada Aqila. "Boleh tak kau jangan masuk campur urusan aku?" soal Rizz kasar ada Aqila. "Okey! Lepas ni aku dah tak nak ambil tahu pasal kau dah" balas Aqila geram lalu berjalan laju masuk ke kelas semula. Rizz hanya memandang Aqila yang berlalu pergi. "Haih... Merajuk lagi" kata Rizz sendiri sambil memicit-micit kepalanya.
"Rizz, I janji yang I tak akan ganggu you lagi kalau you maafkan I. Tolonglah percaya cakap I kali ni" Misya masih merayu pada Rizz. Rizz menatap mata Misya mencari kebenaran di sebalik kata-katanya. "Betul you janji yang you tak akan ganggu I kalau I maafkan you?" soal Rizz perlahan. Misya mengangguk pantas. "Kalau macam tu I maafkan you" kata Rizz lalu tersenyum manis pada Misya.
"You serious kan Rizz!?" soal Misya tidak percaya. "Ye. Dan I harap sangat you boleh jumpa lelaki yang betul-betul sayang dan hargai you. Tapi, jangan you curang lagi pula" kata Rizz lembut sambil tersenyum. Misya tersenyum gembira mendengar Rizz berkata begitu. "I masuk dalam dulu" kata Rizz sebelum kembali masuk ke dalam kelas. Misya mengangguk laju. Selesai masalahnya. Misya sudah penat mengejar cinta Rizz. Dan dia baru sedar yang Rizz tak akan pernah kembali lagi pada dirinya.
Rizz masuk ke kelas dan duduk di tempatnya. Aqila yang berada di hadapannya dipandang. Tiada secalit senyuman pun di wajah gadis itu. Rizz meletakkan kepalanya di atas meja beralaskan lengan sambil memandang Aqila. "Kenapa lagi ni Rizz?" Aiman yang berada di meja seberang. "Aku termarah dia tadi" jawab Rizz sambil tersengih. "Kau ni memang suka cari pasal lah Rizz" marah Izzati pada Rizz.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)