BAB 16

5.4K 365 26
                                    

"Yahh... Sampai pun akhirnya!" kata Irin bersemangat sebaik sahaja keluar dari bas. "Sakit pinggang aku duduk lama-lama dalam bas" rungut Aqila pula. "Siapa punya sweater ni?" soal Nazira sambil menunjukkan sweater entah siapa punya di tangannya. Ice Girls berpaling pada Nazira yang berada di belakang mereka. Mereka menggeleng perlahan. "Aku pun pelik jugak tadi masa kau tidur kau pakai sweater ni. Setahu aku kau tak ada sweater macam ni" balas Maira pelik. "So maksudnya sebelum kita masuk bas tadi memang dah ada lah sweater ni?" soal Izzati meminta kepastian. Maira mengangguk. "Kalau bukan korang, siapa yang bagi dekat aku?" soal Nazira pelik.

"Mungkin ada Prince Charming yang bagi dekat kau kot. Aww... So sweet" kata Aqila teruja. "Tak pun secret admire kau? Oh, indahnya jadi seorang yang bernama Nazira" balas Irin pula, juga cukup teruja. "Sebelum aku cubit korang, baik korang diam!" kata Nazira mengugut sambil memandang Aqila dan Irin geram.

"Aku lari dulu!" kata Aqila sebelum melarikan diri dari Nazira. "Aku malas nak lari. So, aku serah diri je lah" kata Irin lalu pergi ke sebelah Nazira dengan muka pasrah. Nazira membuat muka berpuas hati. Ice Girls yang lain pula hanya tersenyum dan menggelengkan kepala mereka. Setelah itu mereka diminta berkumpul di dewan yang terletak tidak jauh dari mereka. Ice Girls dan Fire Boys berjalan bersama-sama ke dewan itu.

"Lambat lah korang ni. Aku dah lama sampai. Sempat lah jugak aku mintak nombor telefon abang tu" kata Aqila sambil menunjuk ke arah seorang lelaki. Mungkin abang fasi kot. Rizz memandang 'abang' tersebut geram. Aiman memandang Rizz lalu tersenyum. "I can smell a... jealousy" bisik Aiman mengusik Rizz yang berada di sebelahnya. Kalut Rizz berpura-pura tenang. "Mana ada" jawab Rizz ringkas cuba mengawal perasaannya.

"Kau ingat kitorang macam kau, kesana sini berlari. Macam orang cacat je" balas Nazira sinis. "Oh, sungguh tajam kata-kata mu itu. Sakit sungguh hati ku" jawab Aqila. "Dah, jom lah duduk. Berdiri dekat sini buat apa?" kata Izzati geram.

"Err Nazira... Boleh pulangkan sweater aku?" soal Ikmal tiba-tiba. "Ni sweater kau ke?" soal Nazira pula sambil menunjukkan sweater di tangannya. Ikmal mengangguk. "Kenapa boleh ada dekat aku?" soal Nazira lagi. "Aku yang bagi masa kau tidur tadi" jawab Ikmal tenang. "So sweet... Aku jelous lah pulak" kata Adam tiba-tiba. "Kau normal ke tak? Cacat jugak ke macam Qila?" Irin berkata sinis. "Nama aku jugak yang naik" omel Aqila pasrah.

"Jom lah wei, abang tu dah panggil dah tu" Maira memotong percakapan rakan-rakannya. Ice Girls dan Fire Boys bergerak ke arah pelajar lain dengan malasnya.

Di dewan itu lah mereka membuat sesi kenal-kenalan dan kumpulan dibahagikan. Satu kumpulan 15 orang. Izzati, Aqila dan Irin satu kumpulan bersama dengan Aiman, Rizz dan Adam. Maira dan Nazira satu kumpulan dengan Haffiy dan Ikmal.

"Kenapa lah kita satu grup dengan mamat-mamat sewel ni?" rungut Irin tidak berpuas hati. "Biarlah" balas Izzati ringkas lalu tersenyum. "Haih... Satu grup dengan mamat tu tak apa lagi. Sekarang ni kita satu grup dengan minah gedik tu sekali tahu tak?" kata Aqila geram dan minah gedik tu ditujukan kepada Misya, Fatiya dan Sara. "Lebih sewel lagi kita satu grup jugak dengan dengan mamat-mamat munafik tu!" balas Izzati sambil memandang ke arah Irfan, Iskandar dan Firdaus.

"Hai girls?" sapa Aiman pada Izzati, Aqila dan Irin. "Hai" jawab Izzati mesra. "Satu grup dengan kitorang kan?" soal Rizz. "Yes" jawab Izzati lagi. "Kalau macam tu, jom lah kita duduk sama-sama dekat situ?" Aiman mengajak mereka duduk bersama ahli kumpulan mereka yang lain. "Jom" jawab Irin pula.

___________________

"Yes, kita satu grup! Jodoh kita kuat Maira!" kata Nazira teruja. "Nasib baik aku satu grup dengan kau. Takut juga aku tadi lepas Izzati, Irin dengan Qila dah pergi" balas Maira lega. "Tapi, mana grup kita ye?" soal Nazira. "Tu kot, kita kan satu grup dengan Haffiy dengan Ikmal" jawab Maira sambil menunjuk ke arah Ikmal dan Haffiy. "Jom lah pergi dekat diorang?" Maira mengajak Nazira. "Jom lah" balas Nazira.

Highschool Love [C]Where stories live. Discover now