Sejak peristiwa di dalam hutan tempoh hari, Ice Girls dan Fire Boys langsung tidak bertegur sapa. Kalau jumpa pun buat tak kenal je. Sekarang ni bukan Fire Boys je yang marah dengan Ice Girls. Ice Girls juga turut benci dengan Fire Boys. Sebab sesuatu telah berlaku pada malam hari peristiwa di sungai tersebut. Malam yang menyebabkan bertambahnya konflik antara Ice Girls dan Fire Boys.
Flashback...
"Dah lah Maira, kau jangan lah nangis lagi. Kau nangis aku pun rasa nak nangis tau" kata Nazira memujuk Maira. "Kau rasa je, belum nangis lagi" kata Irin selamba. Nazira memandang Irin geram. Satu pukulan yang agak kuat hinggap di bahu Irin. "Diam syaitan" kata Nazira geram. "Dah wei, tukar baju. Lepas ni kita ada aktiviti lagi" kata Izzati pada Ice Girls. "Aktiviti apa lagi? Aku malas lah" rungut Nazira. "Entah lah, katanya sampai masuk dalam hutan" balas Izzati. Ice Girls mengganti pakaian mereka dan keluar dari khemah.
"Mana Qila?" soal Maira. "Tu.." jawab Irin sambil menunjuk ke arah Aqila yang masih berada di dalam khemah. "Aqila, jom lah. Kau buat apa dari tadi dengan kamera kau tu" Izzati memarahi Aqila yang senyap dari tadi kerana leka dengan kameranya. "Hah? Nak pergi mana?" soal Aqila pelik. "Pergi dewan lah ngek. Ada aktiviti lagi lepas ni" kata Nazira pula. "Oh, okey" jawab Aqila lalu keluar dari khemah dan mengikuti rakannya.
____________________
"Sekarang ni korang dah duduk dalam kumpulan masing-masing kan?" soal Abang Baim bersemangat. Semua pelajar menjawab 'ya'. "Dalam kumpulan korang tu pulak, abang nak korang bahagikan jadi group yang lebih kecil. Satu group ada 4 orang dan akan ada satu group yang 3 orang. And abang nak satu grup mesti ada lelaki dan perempuan. Sebab aktiviti kali ni bahaya sikit" terang Abang Baim panjang lebar.
"Jadi kita tak boleh satu group lah?" soal Irin pada Izzati dan Aqila. "Aku nak dengan Izzati" kata Aqila lalu memegang lengan Izzati. "Alaa, habis aku nak dengan siapa?" soal Irin dengan nada sedih. "Dengan sesiapa kecuali Izzati" jawab Aqila selamba. "Ehem" seseorang menegur mereka bertiga. "I nak satu group dengan korang boleh?" soal Iskandar cukup sopan. "Err... Boleh kot. Tapi aku nak 2 orang je" jawab Aqila sambil memandang Iskandar pelik. "Oh, okey. Kalau macam tu I dengan Irfan akan satu group dengan you" balas Iskandar lalu menarik Irfan ke sebelahnya.
"Wei, aku macam mana?" Irin meminta simpati Izzati. "You boleh dengan I Irin. I pun tak ada group lagi ni" kata Firdaus tiba-tiba. "Dengan you? Err... Boleh lah" putus Irin pasrah. "Lagi dua orang siapa?" soal Irin pada Firdaus. "Jom lah cari" jawab Firdaus lalu tersenyum. Irin dan Firdaus berlalu mencari orang lain untuk melengkapkan kumpulan mereka.
___________________
"Kita nak tarik siapa satu group dengan kita ni Maira?" soal Nazira pada Maira. "Kau tarik je lah sesiapa pun. Aku penat lah" jawab Maira malas. "Hmm... Kalau macam tu aku tarik Iman dengan Naim je lah ye?" cadang Nazira. "Suka hati lah" balas Maira.
"Iman!" Nazira memanggil Iman yang berada tidak jauh darinya. "Ye, kenapa?" soal Iman sambil berjalan ke arah Nazira dan Maira. "Satu group dengan aku jom?" ajak Nazira padanya. "Oh, I okey je. Tapi dengan Naim sekali boleh?" jawab Iman sambil tersenyum. Nazira mengangguk memberi kebenaran.
"Baby... You dengan I okey? I takut lah. Nanti ada orang yang tolak I lagi macam mana?" kata Laila dengan penuh menggoda dan gedik pada Haffiy sambil tangannya memegang lengan Haffiy. "Hmm, ikut you lah" balas Haffiy acuh tak acuh. "Ikmal, boleh tak you dekat dengan I. I takut gelap sebenarnya" Adriana berkata sambil memeluk lengan Ikmal. "Err, okey. Tapi jangan pegang-pegang please? Haram" jawab Ikmal selamba. Terletus tawa Nazira melihat Adriana dipermalukan oleh Ikmal.
"Kau dah kenapa Naira?" soal Maira pelik melihat Nazira secara tiba-tiba ketawa sendirian. Apa yang kelakar? "Tak ada apa-apa" jawab Nazira dengan sisa tawanya.
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...