AIMAN DAN IZZATI POV
"Emm... Awak?" panggil Izzati pada Aiman. "Ye, kenapa?" jawab Aiman lalu memandang Izzati. "Tak, saya cuma nak cakap terima kasih je sebab hantarkan saya balik. Kalau Fire Boys tak ada tak tahu lah sampai bila Ice Girls kena tunggu kat situ" kata Izzati lembut sambil memandang ke arah Aiman.
"Kasih diterima, sayang" jawab Aiman ringkas lalu tersenyum pada Izzati. Dengar sahaja apa yang Aiman katakan Izzati terus sahaja memusingkan badan ke arah tingkap lalu tersenyum bahagia. "Ya Allah, aku dah cair dah ni" bisik Izzati pada diri sendiri.
"Apa dia? Awak ada cakap sesuatu ke?" kata Aiman pada Izzati. Dia macam ada terdengar Izzati cakap sesuatu tapi kurang jelas. "Hah, tak...tak...tak ada apa-apa" sampai tergagap-gagap Izzati menjawab. Risau jika Aiman terdengar apa yang diperkatakannya. 'Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi' kata Izzati hanya di dalam hati.
Setelah itu, suasana di dalam kereta Aimam agak meriah dengan gelak tawa mereka berdua. Haih... Aman je.
Tak lama selepas itu...
"Awak, kalau kita singgah mana-mana kedai boleh tak?" kata Izzati pada Aiman. "Nak buat apa?" soal Aiman pula. "Nak beli kredit" jawab Izzati ringkas. "Boleh, untuk awak semua boleh" kata Aiman ringkas lalu tersenyum. Izzati tersenyum gembira mendengar jawapan Aiman itu.
Setelah itu kereta Aiman berhenti di sebuah kedai lalu Izzati turun untuk membeli kreditnya.
ADAM DAN IRIN POV
"Irin" panggil Adam tiba-tiba. "Apa" jawab Irin malas. "Lembut sikit tak boleh ke?" kata Adam sambil memandang Irin seketika. "Huh... Ye apa dia cik abang sayang" jawab Irin lembut sambil memandang Adam disertakan sekali dengan wajah yang di buat comel.
"Huu!! Gugur jantung" kata Adam sambil satu tangan memegang dadanya dan satu lagi tangan memegang stereng kereta. Irin tersenyum melihat Adam berkelakuan seperti itu.
"Bongok lah. Hah, asal kau panggil aku?" soal Irin bersama senyuman yang masih terukir di bibir. "Huh lega. Haa ni, aku nak mintak nombor telefon kau boleh?" kata Adam sebaik sahaja ditanya Irin. "Nak buat apa!?" soal Irin panik.
"Simpan lah. Mana lah tahu kalau bila-bila mass aku perlukan pertolongan kau ke. Tak pun kau perlukan pertolongan aku ke?" jawab Adam. Irin befikir sejenak. "Hmm... Bak sini telefon kau" kata Irin sambil menghulurkan tangannya.
Adam mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar dan diberikan kepada Irin. Irin mengambil telefon itu dan menulis nombor telefonnya. "Kau jangan bagi dekat siapa-siapa tau kecuali Fire Boys lah" pesan Irin sebelum menyerahkan kembali telefon Adam padanya.
Adam membalas kata-kata Irin dengan isyarat tangan tanda OK sahaja. Setelah itu Adam meneruskan pemanduannya dengan tenang dan fokus. Irin juga kelihatan seperti mahu tertidur.
RIZZ DAN AQILA POV
Suasana senyap antara mereka, sehinggalah... "Woi Rizz, kau kalau nak mati jangan ajak aku sekali. Kau pergi lah mati lah sorang-sorang!!" jerit Aqila tiba-tiba. Rizz yang fokus memandu nyata terkejut dan hampir sahaja terlepas pegangannya pada stereng kereta.
"Woi! Kau ni dah kenapa tiba-tiba menjerit. Kalau aku terlepas stereng ni tadi dah arwah dah kita!" jerit Rizz pula lalu memandang Aqila geram namun tidak lama. Tengah bawak kereta kan. "Kau tu bawak laju sangat. Slow lah sikit" kata Aqila namun tidak lah menjerit seperti tadi.
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...