BAB 54

4.1K 274 15
                                        

"Masyaallah. Neraka di hadapan lah pula" kata Haffiy pelahan. "Aku pergi dulu" kata Haffiy pada Sara lalu berlari menyelamatkan diri. "Hei!" jerit Laila sebelum berlari untuk mengejar Haffiy. "Kejar dia Sara!" kata Laila pada Sara. "Kau kejar lah sendiri. Aku nak cari Adam" balas Sara sambil berjalan mencari Adam.

"Ya Allah... Selamatkan lah aku..." kata Haffiy sendiri sambil berlari laju. Secara tiba-tiba Haffiy ditarik masuk ke sebuah ruangan gelap yang agak sempit. "Tidak! Jangan perkosa saya!" jerit Haffiy ketakutan. "Weh lembap ni aku lah, Adam. Kau diam boleh tak?" kata Adam perlahan. Haffiy menutup mulutnya menggunakan tangannya sendiri sambil mengangguk laju.

Adam membuka sedikit pintu dan melihat ke luar. Tiada sesiapa di sekitar. "Macam mana Adam? Diorang ada lagi ke?" soal Haffiy separuh berbisik. "Macam tak ada" jawab Adam perlahan. "Kita tunggu sekejap lah" putus Adam. 5 minit mereka diam tanpa bicara di dalam bilik tersebut.

"Panas lah dekat sini. Dah lah gelap" kata Haffiy sambil mengipas-ngipas mukanya. "Bising lah kau ni. Bersyukur je lah aku dah selamatkan kau" balas Adam geram. Haffiy memandang Adam tajam. "By the way, kita dekat mana ni wei? Tempat ni dah lah sempit. Berbau pulak tu" soal Haffiy pada Adam.

"Entah lah. Tadi masa aku masuk, aku rasa dekat pintu tulis perkataan stor" jawab Adam kurang yakin. "What? Patutlah berbau semacam je" kata Haffiy sedikit kuat akibat terkejut. "Shuu... Perlahan sikit cakap tu" Adam memberi amaran. "Ah, lantak lah. Aku nak keluar sekarang. Tak tahan aku duduk sini" kata Haffiy lalu membuka pintu stor tersebut.

"Haffiy lari laju-laju sampai kelas" kata Adam sebelum Haffiy keluar. Haffiy mengikut kata-kata Adam dan berlari laju ke kelas mereka. Diikiuti Adam di belakangnya. Fuh... Selamat.

_____________________

Tepat jam 7 pagi, Izzati dan Nazira selamat sampai ke Malaysia. Namun mereka merasa pelik apabila tiga lagi rakan mereka iaitu Maira, Irin dan Aqila belum juga tiba di Malaysia. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. "Cuba kau call Maira. Tanya dia dekat mana" kata Izzati pada Nazira. Nazira mengangguk dan menghubungi nombor Maira.

Tut...tut...

"Haa, korang dekat mana? Bila nak balik?" soal Nazira pada Maira sebaik sahaja panggilannya di jawab. "Eh, sorry... Lupa nak cakap dengan korang yang kitorang balik petang. Si Irin ni ha tak puas lagi bercuti dekat sini" jawab Maira dengan rasa bersalah. "Kenapa tak cakap awal-awal?" soal Nazira geram. "Lupa..." jawab Maira perlahan.

"Kau dah bagi tahu Qila kan semalam?" soal Nazira lagi. "Eh, kenapa pula aku yang kena? Kau mana ada suruh aku bagi tahu dia" jawab Maira pelik. "Tak ada eh?" soal Nazira kembali. "Tak" jawab Maira sepatah. "Tak apa lah. Biar aku call dia kejap lagi" putus Nazira.

"Haa ye lah" jawab Maira lalu memutuskan panggilan tanpa kata penutup. "Eh... Dia tutup macam tu je? Tak ada adab langsung" kata Nazira geram. "Izzati, aku lupa nak bagi tahu Aqila lah semalam" kata Nazira pada Izzati sambil tersengih. Izzati memandang Nazira tajam.

"Call lah dia sekarang" balas Izzati mendatar. Nazira mengangguk laju. Nazira menghubungi Aqila pula. Lama tidak berjawab.

Tut...tut...tut...

Tidak lama selepas itu, panggilannya di jawab. "Hello.." jawab Aqila dengan suara yang perlahan. "Aqila, kau dekat mana ni?" soal Nazira pelik. "Dekat rumah lah. Kenapa call aku?" soal Aqila perlahan. "Balik Malaysia hari ni boleh tak?" soal Nazira lembut. "Kau ni dah kenapa? Kau tahu tak sekarang ni dekat tempat aku pukul berapa?" soal Aqila sedikit geram.

"Pukul berapa? Bukan pukul 9.00 pagi ke?" soal Nazira kembali. "Pukul 3.00 pagi. Aku tengah sedap tidur kau boleh kacau pula. Ni yang buat aku rasa nak maki orang ni" jawab Aqila geram. "Weh, sorry... Aku lupa lah. Ya Allah... Sorry tau Qila" balas Nazira terkejut.

Highschool Love [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang