Masuk sahaja Aqila dan Irin ke dalam kelas, Ice Girls serta pelajar yang lain sudah ada namun tidak ada guru yang mengajar di depan.
"Cikgu tak masuk lagi ke?" soal Irin kepada Ice Girls lalu duduk di tempatnya. "Cikgu tak masuk harini sebab anak dia demam pagi tadi. Cikgu yang patutnya ganti pun entah ke mana" Izzati menjawab pertanyaan Irin.
"Ohhh..." Irin mengangguk.
"Haih.." Aqila mengeluh di tempat duduknya iaitu di tepi tingkap lalu meletakkan kepalanya di atas meja beralaskan tangan.
"Kenapa tu?" soal Nazira kepada Irin apabila melihat Aqila mengeluh. "Aku rasa sikap pelajar sekolah kita ni makin biadap lah" Irin tidak menjawab soalan Nazira tetapi mengetengahkan pendapatnya pula. Kesemua ahli Ice Girls mengiyakan kata-kata Irin itu.
"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Maira. Pelik jugak tiba-tiba je si Irin yang senget ni cakap macam tu "Cerita dia macam ni... tadi masa aku dengan Qila ronda belakang bengkel sekolah, kitorang ternampak geng Hot Guys tengah buli budak. Lepastu kitorang pun marah lah diorang. Lepas dah marah tu si Is pulak nak pegang tangan Qila tapi Qila tepis lah. Aku pun marah lah si Is tu. Garang tau tak aku time tu. Lepastu bunyi loceng habis waktu rehat. Dia cakap nak ponteng kelas and blah dari situ. Dah habis" Irin menceritakan kepada ahli Ice Girls yang lain tentang apa yang berlaku semasa dia dan Aqila bertugas.
"Ohh...aku pun sama wei. Korang tahu tak budak form 1 tahun ni kurang ajar gila. Diorang main kejar-kejar dalam kelas macam kat padang tau tak. Bila aku dengan Ellena tegur diorang menjawab. Biadap sangat. Geram aku dengan diorang. Rasa macam nak cubit-cubit je" Izzati juga menceritakan kepada Ice Girls apa yang terjadi semasa dia bertugas dengan Ellena.
"Kesian korang..." kata Nazira bersimpati. "Kitorang tak ada lah sampai macam korang. Tapi tadi aku dengan Zira nampak ada budak hisap rokok kat belakang bangunan makmal tu. Kitorang cadang nak bagi tahu cikgu disiplin balik ni" Maira menceritaka apa yang dia dan Nazira nampak waktu rehat tadi.
"Kalau macam tu aku nak ikut lah kau jumpa cikgu" pinta Izzati. "Aku pun nak ikut jugak" pinta Irin pula untuk ikut serta bersama rakannya. "Okey" kata Nazira sambil menunjukkan isyarat jari tanda 'OK'. "Qila kau nak ikut tak?" Maira memandang ke arah Aqila lalu menanya kepadanya. Aqila menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
Tidak lama selepas itu cikgu yang mengganti guru mereka pun masuk ke dalam kelas dan mereka memulakan pelajaran seperti biasa.
_______________________
Ice girls mengemaskan alat tulis dan buku-buku mereka lalu dimasukkan ke dalam beg.
"Cepat sikit kemas barang tu. Kita nak jumpa cikgu lagi kan lepas ni. Nanti lambat pulak kita balik" kata Maira yang sudah berdiri di luar kelas sambil bercekak pinggang. Ice Girls yang lain selesai mengemas barangan mereka dan berjalan ke arah Maira.
"Okey jom" kata Irin. Ice Girls berjalan beriringan menuju ke bilik disiplin. Maira,Izzati dan Nazira berjalan bersama di depan. Aqila dan Irin pula berjalan berdua di belakang
____________________
Tok...tok...tok...
Izzati mengetuk pintu bilik itu. "Siapa tu?" suara orang di dalam bertanya. "Kami Ice Girls" jawab Nazira mewakili Ice Girls. "Ohh.. masuklah" suara itu menggamit Ice Girls masuk.
Izzati membuka pintu bilik tersebut. "Assalamualaikum" salam diberikan Ice Girls sebelum melangkah masuk ke dalam. "Waalaikumsalam, duduk lah. Ada apa ye jumpa saya ni?" kata cikgu Hamzar sambil mempersilakan Ice Girls duduk di sofa yang memang tersedia di dalam bilik itu lalu menayakan tujuan mereka.
"Macam ni cikgu cerita dia...."
Ice Girls menceritakan kepada cikgu Hamzar tentang apa yang berlaku semasa mereka bertugas waktu rehat tadi dari A sampai Z.
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...