BAB 41

4.7K 307 4
                                        

"Selamat tinggal pulau yang indah!" jerit Irin riang sambil melambaikan tangannya. Fire Boys dan Ice Girls sudah berada di atas bot untuk pulang ke Negeri Terengganu. Masa yang terluang Fire Boys gunakan untuk merehatkan diri. Nanti mereka perlu memandu kereta, jadi perlu rehat yang cukup.

Dalam jam 2 petang Fire Boys dan Ice Girls selamat sampai ke rumah Ice Girls.

"Terima kasih sebab hantarkan kitorang sampai depan rumah" kata Izzati pada Fire Boys. "No hal lah. Dah memang tanggungjawab kitorang pastikan korang selamat sampai rumah" jawab Aiman lembut. "Kalau macam tu korang pergi lah balik. Mesti dah penat kan? Rehat dekat rumah" kata Maira pula risau.

"Haa ye lah. Kitorang balik dulu. Assalamualaikum" ucap Adam sebelum Fire Boys masuk ke kereta masing-masing dan berlalu pergi. Hon dibunyikan sebelum mereka bergerak.

______________________

Di rumah Ice Girls pada waktu malam. Mereka duduk beristirehat di ruang tamu. Izzati di sofa single, Aqila di sofa double, Maira dan Nazira di sofa triple dan Irin hanya baring di permaidani.

"Kita masih ada cuti lagi 4 hari. Apa kita nak buat ye?" soal Irin tiba-tiba. "Tak kan nak duduk rumah je. Bosan tu" sambung Nazira pula. "Kita beli barang dapur jom esok" cadang Aqila. "Nanti yang pergi belinya aku dengan Maira je. Korang semua berterabur entah ke mana" kata Izzati sambil memandang Aqila geram. Aqila tersengih menampakkan giginya.

"Hmm... Boleh lah. Lagipun banyak barang dapur dah habis tu. Nanti Izzati nak masak apa pulak kan?" kata Maira bersetuju dengan cadangan Aqila. "Aku jugak yang masak" kata Izzati geram. "Dah kau sorang je yang masak paling sedap di antara kitorang semua. Nak buat macam mana?" kata Irin sambil tersengih.

"Sebenarnya korang yang malas" balas Izzati geram. Ice Girls hanya tersengih.

_______________________

"Aku nak pergi beli barang dapur ni siapa yang nak tolong?" soal Izzati pada Ice Girls sambil matanya fokus memandang jalan. Hanya Maira seorang yang mengangkat tangannya. "Aku" jawab Maira. "Kalau macam tu Maira ikut aku. Yang lain suka hati korang lah nak pergi mana ye" kata Izzati lagi. Kereta yang dipandu Izzati diparkir elok. Ice Girls keluar dari kereta mereka dan berjalan ke arah shopping mall.

Izzati melulu melintas jalan tanpa melihat ke kiri dan ke kanan. Tanpa Izzati sedari, sebuah kereta yang dipandu laju tiba-tiba bergerak ke arahnya. Aqila sempat menarik Izzati ke belakang semula sebelum Izzati dilanggar. Mujur sahaja Izzati selamat.

"Nak melintas tu lain kali guna mata lah. Sayang nyawa ke tak?" kata Aqila dingin kepada Izzati. "Sorry, tak sengaja. Aku tak perasan tadi" kata Izzati perlahan. Aqila memandang Izzati dingin. "Siapa owner kereta tu eh? Aku macam kenal lah" kata Maira tiba-tiba. "Lantak lah. Kalau aku jumpa siapa yang bawak kereta siap dia aku kerjakan" kata Irin geram.

"Dah lah. Jom masuk dalam. Panas dekat luar ni" kata Nazira tiba-tiba. Langkah dibawa ke dalam shopping mall itu.

"Eh, Irin minggu depan sekolah kita ada buat sukan tahunan kan?" soal Aqila sambil memandang Irin di sebelahnya. "Ye. Kenapa kau tanya?" jawab Irin. "Jom beli barang untuk sukan" kata Aqila bersemangat. "Kau ajak aku? Sukan yang aku reti main hoki je wei. Kau ajak lah Maira. Dia kan sama macam kau" Irin menolak perlahan dan mencadangkan nama Maira.

"Ye tak ye jugak kan. Kau bukannya reti berlari pun" balas Aqila selamba. Irin memandangnya geram. "Maira jom cari barang sukan" Aqila cuba mengajak Maira. "Err... Aku bukan tak nak. Tapi tadi aku dah janji nak cari barang dapur dengan Izzati kan" Maira menolak perlahan. "Sorry" kata Maira dengan muka bersalah.

"Hmm... Tak apa lah. Aku pergi sorang je. Bye" kata Aqila dan berlalu pergi seorang diri. "Jaga diri. Jangan buat hal pulak sorang-sorang. Kalau ada masalah call je" pesan Izzati kepada Aqila. Macam lah Aqila dengar.

Highschool Love [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang