"Eh, Qila? Bila kau sampai? Macam mana kau boleh masuk?" soal Maira yang baru sahaja keluar dari dapur. "Aku baru je sampai. Dah pintu tak berkunci, aku masuk je lah" jawab Aqila. "I miss you!" jerit Izzati sambil berlari untuk memeluk Aqila. Izzati memeluk Aqila erat namun Aqila menolak Izzati ke belakang. "Banyak lah kau punya rindu. Kalau rindu, kenapa kau suruh mamat senget tu ambil aku dekat airport" kata Aqila geram pada Izzati.
Izzati tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Bukan aku yang suruh" balas Izzati perlahan. "Habis tu?" soal Aqila pelik. "Dia yang tawarkan diri" jawab Izzati perlahan. "Kenapa kau senang-senang je bagi keizinan dekat dia tanpa tanya aku dulu? Kalau dia ada niat jahat macam mana?" soal Aqila dengan nada yang sedikit meninggi. Izzati terdiam. "Sorry" kata Izzati sambil memegang tangan Aqila.
"Dah lah. Aku penat" kata Aqila kasar lalu berlalu ke biliknya. Semasa menaiki tangga Aqila terserempak dengan Irin. "Bila kau sampai?" soal Irin pada Aqila. Namun pertanyaannya tidak dihiraukan oleh Aqila. Aqila terus berlalu ke biliknya. Irin memandang Izzati dan Maira di bawah. "See.." kata Irin sambil tersenyum sinis ke arah Izzati dan Maira sebelum kambali semula ke biliknya.
"Salah aku ke Maira?" soal Izzati pada Maira. "Tak.. Bukan salah kau. Dia yang belum boleh maafkan diorang" jawab Maira cuba untuk menenangkan Izzati. Izzati terdiam.
____________________
"Morning!" kata Aiman riang sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas bersama-sama Fire Boys. Izzati, Maira dan Nazira tersenyum melihat mereka. Dan sebaliknya pula pada Aqila dan Irin. Mereka tidak berminat terhadap Fire Boys. Fire Boys duduk di tempat mereka masing-masing. Izzati memandang Aiman sejak dari masuk ke kelas lagi.
"Kenapa pandang saya?" soal Aiman pelik pada Izzati yang dari tadi memandangnya. "Saja. Saya tengah lepaskan rindu dekat awak" jawab Izzati sambil tersenyum manis. "Haih... Cair lah saya kalau macam ni" balas Aiman sambil turut memandang Izzati. "Ish, sudah lah. Jealous orang lain tengok kita" kata Izzati sambil memandang Adam dan Irin di sebelahnya.
Irin memandang Izzati pelik. Lalu Izzati mengalihkan pandangannya pada Rizz dan Aqila pula. Namun tidak diendahkan oleh Rizz dan Aqila. "Kau nak apa ni?" soal Irin kasar. Izzati menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Tak ada apa" jawab Izzati perlahan.
Haffiy meletakkan begnya dan terus pergi ke arah Maira di hadapannya. "Err... Nak cakap sikit" kata Haffiy sambil tersenyum pada Maira. Maira membalas senyuman Haffiy. "Cakap lah" jawab Maira lembut. "Dekat luar" kata Haffiy sambil menunjuk ke arah luar kelas. Maira mengangguk perlahan lalu berdiri. "Aku keluar sekejap" kata Maira pada Nazira di sebelahnya. Nazira mengangguk sambil tersenyum.
Haffiy dan Maira berjalan keluar dari kelas mereka. Keadaan senyap seketika. "Bila kau nak cakap?" soal Maira memecah kesunyian. "Eh, lupa pula" balas Haffiy sambil meraup wajahnya dan kemudian berhenti berjalan. Haffiy memusingkan badannya menghadap Maira dan merenung mata Maira.
"Ye?" kata Maira pelik. Haffiy menarik nafas dalam. "I'm so sorry" kata Haffiy perlahan. "It's okay lah. Aku tak pernah marah dekat kau" balas Maira lembut. "Aku yang bersalah Maira. Memang layak pun kau marah aku. Aku yang tak nak jujur dengan kau dari awal lagi. Aku minta maaf sangat-sangat dekat Maira" kata Haffiy lagi.
"Tak apa lah Haffiy. Benda dah lepas. Aku dah lama maafkan kau" balas Maira perlahan. "Senangnya kau maafkan kitorang" kata Haffiy pelik. "Buat apa nak berdendam. Hati kita akan lagi rasa tak tenang kalau terlalu banyak berdendam dekat orang" jawab Maira sambil tersenyum manis. "Ish kau ni. Kau buat aku rasa macam..." kata Haffiy tetapi tidak dihabiskan. "Rasa macam?" soal Maira ingin tahu.
"Rasa macam nak hantar rombongan meminang dekat rumah parents kau" jawab Haffiy selamba lalu berjalan meninggalkan Maira sambil tertawa. "Ya Allah dia ni... Malu aku" kata Maira perlahan dengan muka yang merah menahan malu. "Jangan macam-macam Haffiy!" kata Maira kuat lalu mengejar Haffiy yang kian menjauh.
___________________
"Arr... Laparnya..." kata Aqila sambil menggosok perutnya. Ice Girls duduk di meja kantin. "Siapa nak pergi beli makanan?" soal Maira. "Kau dengan Izzati" jawab Irin selamba. "Eh, kenapa aku pula?" soal Izzati geram. Irin hanya tersengih membalas. "Haih... Ye lah. Korang jaga meja ni tau. Jangan sampai ada orang lain ambil tempat aku" kata Izzati pada Irin, Nazira dan Aqila. Irin mengangguk laju.
Sebelum Izzati dan Maira melangkah pergi, mereka ditegur oleh Fire Boys yang baru tiba di kantin. "Hai girls. Nak join sekali boleh?" soal Aiman ceria. Aqila dan Irin berpandangan sesama sendiri. Muka mereka yang tidak suka dengan kehadiran Fire Boys di kawal rapi. "Boleh... Apa salahnya" jawab Maira lembut. Mendengar jawapan Maira, lantas Fire Boys duduk semeja dengan Ice Girls.
"Err... Aku rasa macam nak pergi library lah pula. Dah lama tak baca buku. Jom Irin teman aku" kata Aqila tiba-tiba sambil berdiri dan menarik Irin bersamanya. "Eh, jom lah. Aku pun teringin juga nak tengok glob dekat library tu. Dah lama tak tengok. Mana lah tahu bentuk dia dah berubah ke" jawab Irin bersetuju.
"Ish korang ni... Tadi cakap lapar" kata Nazira pelik. "Entah lah. Tiba-tiba kenyang pula perut aku ni" jawab Aqila sambil memegang perutnya. "Hmm.. Sama lah dengan aku. Aku dah kenyang makan angin tadi" sambung Irin pula. "Okey lah. Kitorang pergi dulu. Bye" kata Aqila lalu berlari sambil menarik Irin bersama sebelum mendengar kata-kata dari Ice Girls lagi.
"Eh, diorang ni. Ada-ada je lah. Macam lah aku tak tahu yang korang nak larikan diri sebenarnya" kata Izzati sendiri namun didengari oleh Ice Girls dan Fire Boys. "Larikan diri daripada siapa?" soal Ikmal pelik. "Siapa lagi? Adam dengan Rizz lah. Diorangkan tak berbaik lagi" jawab Nazira. Ikmal mengangguk mengerti.
"Dah tu tunggu apa lagi? Pergilah kejar" kata Haffiy pada Rizz dan Adam. "Malas lah aku" jawab Rizz selamba. "Kau tak payah nak mengada-ngada lah. Jom" kata Adam lalu menarik Rizz bangun. "Kau tak nak berbaik dengan dia ke Rizz?" soal Ikmal pada Rizz. "Bukan tak nak berbaik. Kalau ikut kan hari dia balik tu pun hubungan kitorang dah elok dah. Tapi dia yang cetuskan balik perperang ni. So, suka hati dia lah" jelas Rizz tenang.
"Kenapa..." kata-kata Maira dipintas oleh Adam. "Dah jangan banyak cakap lagi. Jom kejar diorang" kata Adam geram sambil menarik Rizz pergi dari kantin.
____________________
Aqila dan Irin tiba di hadapan pintu perpustakaan. Aqila berdiri sambil memandang pintu masuk. "Pandang apa lagi? Masuk lah" soal Irin pada Aqila. "Kau nak buat apa dekat dalam library ni?" soal Aqila. "Bukan ke tadi kau cakap nak baca buku?" soal Irin pelik. "Aku tipu je. Aku nak lari dari Rizz sebenarnya" kata Aqila sambil tersengih. "Habis tu kenapa kau tak cakap awal-awal? Kalau tak boleh kita pergi tempat lain" soal Irin sedikit geram dengan Aqila.
"Aku ingat kau memang nak tengok glob tu" jawab Aqila sambil tersengih. "Buat apa aku nak tengok glob tu? Bukan ada perubahan pun. Makan bertambah habuk ada lah" jawab Irin selamba. "Kalau macam tu kita nak pergi mana ni? Aku tak ada mood nak baca buku. Lagi pun aku rasa mesti nanti diorang cari kita dekat sini" soal Aqila. "Eh, betul juga cakap kau ni. Kadang-kadang otak kau ni boleh guna juga ye" balas Irin selamba.
"Kau baru tahu ke kawan kau ni memang bijak" kata Aqila dengan bangganya. Irin memandang Aqila geram. Orang puji melebih pula dia. "Kita bertugas je lah. Nak pergi mana lagi kan? Tak kan nak merayau pula" cadang Irin. "Hmm... Ye lah" jawab Aqila bersetuju. Aqila dan Irin berjalan pergi dari hadapan pintu perpustakaan dan berpisah untuk ke tempat bertugas masing-masing.
BERSAMBUNG...
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Fiksi Remaja[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)