Pagi itu Ice Girls datang awal ke sekolah. Begitu juga dengan Fire Boys. Dan sebaik sahaja mereka sampai, Izzati telah menghilangkan diri dengan Aiman. Mereka duduk berdua di taman di sekolah mereka. Manakala Ice Girls tunggu di pondok yang sering mereka duduk apabila datang awal ke sekolah. Fire Boys pula duduk di pondok yang berdekatan dengan mereka.
"Awak tahu tak apa beza awak dengan matahari?" soal Aiman pada Izzati. Izzati menggeleng perlahan tanda tidak tahu. "Matahari menyinari bumi. Tapi, awak menyinari hidup saya. Cia..cia..cia.." jawab Aiman sambil tersenyum manis. Izzati tersipu malu mendengar pickupline Aiman terhadap dirinya. "Ish... Dah lah tu. Cair saya kalau awak terus macam ni. Simpan dulu eh?" Izzati memberhentikan Aiman. Mungkin kerana malu.
"Okey lah, saya berhenti. Saya simpan untuk esok pula ye?" jawab Aiman. Izzati membalas dengan senyuman manis. Dua orang pelajar perempuan berjalan melintasi Aiman dan Izzati sambil berbicara sesuatu. Dan perkara itu didengari dengan jeas oleh Aiman dan Izzati.
"Betul ke yang penolong ketua pengawas kita tu ada hubungan dengan AJKT dia, Adam. Aku baru dengar semalam dari budak kelas kau" kata pelajar 1 kepada rakannya, pelajar 2. "Betul lah tu. Hari tu aku nampak diorang jalan berdua dekat depan kelas kitorang. Mesra semacam je. Geram pula aku" balas pelajar 2 geram.
"Ish, dah lah aku suka dekat Adam tu. Aqila tu kenapa tamak sangat eh? Dengan Rizz dia nak, dengan Adam pun dia nak. Mengada lah perempuan tu" kata pelajar 1 pula geram dengan Aqila. Setelah itu Aiman dan Izzati tidak mendengarkan lagi perbulalan mereka kerana mereka telah pun berlalu pergi. Aiman memandang Izzati dan Izzati memandang semula Aiman. "Awak dengar kan?" soal Izzati pada Aiman. Aiman mengangguk perlahan.
"Masalah lain pula yang datang ni. Dah lah Rizz dengan Qila belum berbaik lagi. Adam dengan Irin pun belum berbaik juga. Makin bertambah teruk lah masalah diorang nampaknya" kata Izzati perlahan. Izzati memandang Aiman simpati. "Saya pergi dulu eh? Saya nak soal siasat Qila" kata Izzati pada Aiman lalu berlari laju menuju ke pondok tempat Ice Girls berkumpul.
"Qila! Cerita dekat aku sekarang!" jerit Izzati sebaik sahaja sampai di hadapan Aqila. "Opocot!" kata Irin akibat terkejut. "Kau ni dah kenapa Zati? Macam kena kejar hantu pulak" kata Maira geram pada Izzati. "Entah kau ni. Datang-datang tiba-tiba menjerit macam orang tak betul" sambung Nazira pula. "Ish, korang diam dulu lah. Bagi aku soal siasat Qila dulu. Betul ke apa yang aku dengar daripada junior kita?" soal Izzati sambil berdiri di hadapan Aqila.
"Apa yang kau dengar?" soal Aqila ingin tahu. Ice Girls menumpukan perhatian mereka pada Izzati. "Aku dengar yang kau ada sesuatu hubungan dengan Adam" jawab Izzati perlahan. Risau pelajar lain terdengar kata-katanya. "What!?" jerit Irin akibat terkejut. Ice Girls memandang Irin dan Irin mengubah semula riak wajah terkejutnya. Seperti tiada apa yang berlaku. "Kau dapat gosip ni daripada siapa?" soal Aqila teruja. "Daripada... Entahlah. Tadi sebenarnya aku terdengar daripada junior kita masa aku tengah lepak dengan Aiman dekat taman" Izzati menjelaskan dengam lebih mendalam.
"Lepak ke dating?" soal Nazira saja mengusik Izzati sambil tersenyum. "Ish... Diamlah" Izzati memarahi Nazira kerana mengganggunya. "Apa yang kau dengar tu semuanya tak betul. Semua tu hanya khabar angin semata-mata. Lagi pun, tak kan lah aku nak bercinta dengan Adam pula kan?" jawab Aqila tenang dan di akhir ayatnya dia memandang Irin. Irin hanya bereaksi seperti tiada apa yang berlaku dan tidak mengendahkan pandangan Aqila. Izzati kelihatan berpuas hati dengan jawapan Aqila.
"Hah, memandangkan tengah bercakap tentang kau dengan Adam ni. Aku nak tanya juga, kenapa hari tu kau masuk kelas berdua dengan Adam? Bukan ke tempat korang bertugas jauh? Kenapa bukan Irin yang dengan Adam? Dan kenapa kau tak dengan Rizz?" soalan bertubi-tubi ditanyakan oleh Maira kepada Aqila. Aqila diam sebentar. Tak mungkin dia nak bagi tahu perkara sebenar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Highschool Love [C]
Roman pour Adolescents[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...
![Highschool Love [C]](https://img.wattpad.com/cover/169162297-64-k391379.jpg)