"Esok kau bawak tau rakaman tu Irin. Aku tak sabar nak tengok muka terkejut diorang semua. Biar diorang rasa apa yang kita rasa" kata Nazira geram. "Okey" jawab Irin sepatah. "Tapi, kes aku ni mana ada apa-apa bukti yang menunjukkan aku tak bersalah" kata Maira dengan nada sedih.
"Siapa kata tak ada?" soal Aqila tiba-tiba. Ice Girls memandang Aqila dengan pandangan yang pelik. "Kau cakap apa ni? Sekarang bukan masa untuk main-main Aqila" balas Izzati mendatar. "Betul lah. Mana ada aku main-main" balas Aqila laju. "Kalau betul mana buktinya?" soal Irin pula. "Kau jangan bagi harapan palsu dekat aku boleh tak?" kata Maira geram. "Nanti dekat rumah aku tunjuk lah. Sebab bukti tu ada dalam kamera aku. Sabar lah sikit" jawab Aqila perlahan. "Okey aku tunggu. Tapi kalau tak ada siap kau aku belasah" balas Maira mengugut.
"Okey...okey... relax boleh tak?" kata Aqila sedikit takut. Maira tersenyum melihat reaksi Aqila. Ice Girls berjalan ke arah kereta mereka sendiri dan pulang ke rumah mereka.
Disebalik perbualan Ice Girls itu, ada yang terdengar segala apa yang diperbincangkan oleh Ice Girls.
"Tak boleh jadi ni wei. Habis lah aku kalau semua orang tahu yang aku sengaja jatuhkan diri aku dekat sungai hari tu" kata Laila dengan hati yang penuh resah. "So, apa kita nak buat ni beb?" soal Adriana pada Misya.
"Well... ni Misya lah. Korang jangan risau lah. Aku akan hapuskan bukti tu dengan tangan aku sendiri" kata Misya dengan senyuman sinis dibibirnya. "Thanks Misya. Sebab ni lah I sayang sangat dekat You. Muah" kata Laila dengan gembira lalu mencium pipi Misya. "Euww... jauhkan mulut you yang kotor tu dari pipi I" kata Misya sambil menolak kuat muka Laila. Laila hanya tersenyum nipis, walaupun di dalam hatinya sudah menyampah dan mengutuk Misya.
____________________
"Cepat, mana buktinya?" soal Maira sebaik sahaja Aqila melangkah masuk ke rumah mereka. "Ish... sabar lah sikit. Aku nak letak beg pun tak sempat tau. Sekurang-kurangnya bagi lah aku tukar baju dulu" rungut Aqila geram. "Alaa nanti-nanti je lah tukar baju tu. Aku nak tengok bukti tu sekarang jugak" kata Maira tidak sabar.
"Huh, ye lah. Sekejap aku ambil kamera aku dekat atas" kata Aqila pasrah lalu berjalan ke biliknya untuk mengambil kameranya.
"Nah.." Aqila menghulurkan kameranya pada Maira. Laju Maira mengambilnya. "Yang mana satu? tunjukkan lah" kata Nazira geram apabila mereka tidak menjumpai rakaman yang sebetulnya. Aqila mengambil kameranya dan membuka satu video. Ice Girls melihat rakaman itu dengan sepenuh perhatian.
"Memang nice lah kau. Nasib baik kau ada rakam kan?" kata Irin lalu menepuk bahu Aqila. "Aku malas je nak riak" kata Aqila dengan penuh bangganya. "Tapi aku tak perasan pulak kau rakam ni. Setahu aku, masa tragedi tu terjadi kau dah tak pegang kamera kau lagi" kata Izzati pelik. "Aku cuma tak pegang je. Rakam tetap rakam" jawab Aqila. "Ye ke..." kata Izzati kurang percaya. "Huh... Ye lah. Sebenarnya aku lupa nak matikan masa aku rakam sebelum tu" jawab Aqila jujur.
"Haa kan senang kalau kau jujur" kata Nazira. "Bukan selalu" jawab Aqila selamba lalu tersengih. "So, maknanya dengan adanya video ni, terbukti lah yang aku tak bersalah" kata Maira dengan gembiranya. Ice Girls mengangguk dan tersenyum.
___________________
"Wei Irin, kita jumpa cikgu lepas habis rehat ni kan?" soal Aqila pada Irin. "Yes. Lepas rehat ni masa kimia, so tak belajar lah. Yes kuasa dua" jawab Irin bersemangat. Aqila memandang Irin geram.
"Kau tahu tak, pagi tadi aku hampir je tertinggal kamera aku" kata Aqila sambil membelek-belek kameranya yang tergantung di lehernya. "Nasib baik kau ingat balik. Kalau tak habis lah kita" balas Irin. Aqila mengangguk setuju.
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...