"Maira" panggil Nazira lalu menarik Maira dekat dengannya. "Apa kau ni? jangan lah tarik-tarik. Sakit tahu tak?" marah Maira kerana Nazira menariknya kuat sehingga menyebabkan pergelangan tangannya sakit. "Sorry" permohonan maaf daripada Nazira. "Ni bukan ke kamera Qila?" soal Nazira sambil memandang ke dalam longkang yang berada di bawahnya.
"Eh, ye lah. Macam mana boleh ada dekat sini?" soal Maira pelik. "Kejam betul siapa yang campak kamera ni dalam longkang" kata Nazira perlahan. "Ambil lah?" arah Maira pada Nazira. "Tak kan nak pegang?" soal Nazira tidak percaya. "Pegang je lah. Tu tali dia kan tak kena air longkang" jawab Maira.
Nazira menarik tali kamera itu dengan perlahan dan akhirnya kameranya juga turut sama terangkat. "Boleh tahan bau dia" kata Nazira selepas mencium sedikit kamera tersebut. "Selekeh lah kau ni. Dah, jom masuk kelas" marah Maira lalu mengajaknya pulang ke kelas.
____________________
"Weh Qila, aku dah jumpa kamera kau. Nah" kata Nazira lalu menghulurkan kamera yang dijumpainya itu kepada Aqila. "Wah! My lovely camera" kata Aqila gembira lalu berlari mendapatkan kamera pada tangan Nazira. "Wait, bau apa ni?" soal Aqila pelik. Hidungnya dibawa dekat dengan kameranya. "Yakk, kenapa kamera aku bau macam ni?" soal Aqila pelik pada Nazira.
"Kau pegang sendiri boleh tak?" marah Nazira. Aqila mengambil kameranya dengan berhati-hati. Tali kameranya dipegang dengan hujung jari. "Dekat mana korang jumpa ni?" soal Izzati pula. "Dekat dalam longkang sebelah blok tingkatan 1" jawab Maira jujur. "What!? Dalam longkang!" jerit Aqila tidak percaya. "Euww..." kata Irin selamba sambil menutup hidungnya. Aqila memandangnya geram.
"Siapa yang sanggup buat macam ni ye?" soal Izzati perlahan. "Kejam sangat kan?" sambung Maira pula. "Irin, tolong carikan plastik" pinta Aqila pada Irin. Irin menurut dan keluar dari kelas mereka. Tak lama selepas itu Irin pulang semula dengan plastik di tangannya. "Nah" Irin menyerahkan plastik tersebut pada Aqila. Aqila mengambil plastik tersebut dan memasukkan kameranya dengan perlahan.
"Memang cari pasal betullah budak yang buat ni" kata Nazira geram. "Kalau aku jumpa siapa yang buat semua ni, aku bunuh dia" kata Aqila cuba menahan sabar. Ice Girls kembali ke tempat duduk mereka masing-masing. Aqila meletakkan kameranya di belakang kelas mereka.
_____________________
"Assalamualaikum, maaf kami lambat cikgu" Izzati meminta maaf mewakili Ice Girls sebaik sahaja masuk ke dalam bilik disiplin. "It's okey. Kamu boleh duduk di sana" jawab Cikgu Hamzar lalu mempersilakan Ice Girls duduk di kerusi yang memang tersedia di dalam bilik disiplin.
"Saya dah terangkan kepada Lovely Girls dan Hot Guys apa kesalahan mereka. So, sekarang keputusan di tangan kamu Ice Girls untuk menentukan denda apa yang mereka akan hadapi" kata Cikgu Hamzar tegas pada Ice Girls. Ice Girls memandang Cikgu Hamzar lalu tersenyum.
"Bincang lah dulu denda apa yang kamu akan beri pada mereka" kata Cikgu Hamzar memberi ruang. Ice Girls mengangguk.
"Kita nak bagi denda apa ni wei?" soal Irin tidak sabar. "Kita suruh diorang cuci tandas nak?" cadang Maira. "Macam sikit sangat je. Tak seronok lah macam tu" perlahan Nazira menolak. "Aku rasa kita bagi diorang lari dekat padang je lah" cadang Irin pula."Berapa pusingan?" soal Izzati. "50?" jawab Aqila sepatah. "Tak rasa macam kejam sangat ke?" soal Maira perlahan.
"Diorang pun kejam dengan kita kan? Kita balas dendam puas-puas lah" kata Aqila selamba. "Haih, apa kata kita buat sesuatu yang boleh memalukan diorang? Macam diorang malukan kita" cadang Izzati pula. "Contohnya?" soal Irin. "Contohnya, macam suruh diorang jalan itik keliling sekolah ke?" soal Nazira. "Okey jugak tu" jawab Maira bersetuju.
"Macam budak-budak je. Lain lah" tolak Izzati. "Kita gunakan cara yang paling smooth sekali" kata Aqila perlahan. "Kita suruh diorang pakai baju yang ada tulis ayat nak?" cadang Irin. "Boleh jugak tu. Suruh diorang pakai selama seminggu" sambung Nazira pula. "Nak tulis apa?" soal Izzati.
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...