"Kenapa ni? Dah jumpa ke?" soal Abang Baim yang baru tiba di situ. "Abang, saya nak balik khemah boleh? " pinta Izzati pada Abang Baim. "Oh, okey. Jom" balas Abang Baim. "Kaki kamu kenapa?" soal Abang Baim pada Aqila. "Luka sikit je. Tak sakit pun, hati saya lagi sakit" jawab Aqila sambil mengesat air matanya. "Nak abang dukung ke?" soal Abang Baim prihatin. "Tak apa lah bang. Haram. Nanti ada yang buka dakwah pula dekat sini" jawab Aqila lagi dan lagi sekali kedengaran sinis di telinga Fire Boys. "Kalau macam tu, kamu tolong pegangkan kawan kamu ye?" pinta Abang Baim pada Izzati. Izzati mengangguk sebelum memapah Aqila kemudian berjalan perlahan mengikuti langkah Abang Baim di hadapan mereka. Fire Boys pula terdiam dan berpandangan antara satu sama lain.
"Kita tak salah kan?" soal Adam perlahan. "Mestilah tak. Kita dah buat keputusan yang betul" jawab Haffiy tanpa rasa bersalah kemudian berjalan meninggalkan rakannya yang lain untuk kembali ke dewan dan diikuti Ikmal dan Adam. Aiman dan Rizz yang masih terdiam berpandangan sesama mereka. "Aku ke yang buat dia menangis?" soal Rizz pada Aiman. "Tak lah. Lagi pun memang salah dia, bukan kau" jawab Aiman selamba. "Lantak dia lah nak benci kita ke apa" sambung Aiman lagi kemudian berlalu pergi. Ego menguasai diri. Rizz juga mengikuti jejak Aiman.
____________________
Semasa Abang Baim dan Izzati serta Aqila sampai di dewan, semua pelajar sudah masuk ke dalam khemah masing-masing. "Kamu berdua boleh lah balik ke khemah kamu. Rehatkan diri" kata Abang Baim pada mereka berdua. Izzati mengangguk dan mereka berjalan ke khemah mereka dengan perlahan.
____________________
"Aku nak balik lah" kata Aqila tiba-tiba. "Sama lah" balas Maira perlahan. "Jom lari" cadang Irin. "Jom" jawab Nazira bersemangat. "Daddy aku dah balik France, so tak boleh ambil aku" kata Aqila perlahan. "Tak payah minta parents kita yang ambil, nanti diorang banyak tanya" kata Izzati selamba. "Irin, kau call driver kau suruh ambil kita. Tapi cakap dengan dia jangan bagi tahu parents kau. Abang Az kan masuk sikit dengan kita?" cadang Nazira teruja. Irin mengangguk kemudian mengambil telefonnya untuk menelefon drivernya.
5 minit kemudian...
"Okey cun, tapi lagi 2 jam lah dia sampai" kata Irin sebaik sahaja mematikan panggilannya dengan Azham si driver. Ice Girls hanya mengangguk. "Apa kita nak buat dalam masa 2 jam ni?" Nazira mengeluh. "Kita kacau minah munafik tu nak?" cadang Irin teruja. Semua memandang Irin dan tersenyum. "On..." jawab Nazira teruja. "Tapi kita nak buat apa?" Soal Izzati. "Kita guna 'mr. frogy' nak?" Cadang Aqila. Semua tersenyum lalu menganggukkan kepala. "Kau dengan Nazira pergi cari" kata Maira pada Irin. Irin dan Nazira keluar dari khemah mereka untuk mencari mr. frogy.
15 minit kemudian...
"Huh, penatnya" kata Irin sebaik sahaja masuk ke dalam khemah. "Macam mana? Ada tak?" Soal Izzati teruja. "Mestilah ada. Tu dekat Nazira" jawab Irin sambil menunjuk ke arah plastik yang dipegang oleh Nazira. "Banyak ke?" Soal Aqila pula. "Adalah dalam 5 ekor" jawab Nazira sambil mengangkat plastik tersebut. "Apa tunggu lagi? Jom lah jalankan misi kita" kata Maira bersemangat. "Tak sabar nampak nak balas dendam" kata Izzati pada Maira. Maira hanya tersengih. "Aku tak ikut tau. Kaki aku kan cedera. Nanti aku susah nak bergerak" kata Aqila tiba-tiba. "Oh, okey. Hati-hati tau. Kitorang gerak dulu. Bye" balas Izzati sebelum mereka semua meninggalkan khemah.
____________________
"Mana satu khemah diorang wei?" soal Maira perlahan. "Yang tu rasanya, sebab pagi tadi aku nampak Adriana keluar dari khemah tu" jawab Izzati sambil menunjuk sebuah khemah. "Kalau macam tu jom lah kita pastikan dulu" balas Nazira. "Jom" kata Irin sebelum mereka pergi ke khemah tersebut dengan perlahan tanpa meninggalkan bunyi. Namun sebelum Ice Girls memulakan rancangan mereka, mereka terdengar perbualan Lovely Girls dari dalam khemah tersebut.
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...