"Hmm... Nak yang ni ke yang ni?" soal Irin sendirian sambil memegang dua buah komik. "Eh, aku pilih buat apa? Ambil je lah dua-dua. Kan senang" jawab Irin sendiri. Semasa Irin ingin pergi ke Aqila semula, tiba-tiba bahunya dipegang dari arah belakang. "Oh mak kau" latah Irin. Irin memusingkan badan untuk melihat siapa yang telah memeranjatkannya itu. "Ish, kau ni kan tak habis-habis terkejutkan aku" marah Irin pada orang itu.
"Aku sentuh bahu je kot. Tu pun kau terkejut?" soal Adam tanpa rasa bersalah. "Bagi salam sudah lah. Tak payah nak tepuk bahu aku"balas Irin geram. "Ye lah. Sorry" kata Adam terpaksa. "Nasib baik mood aku baik hari ni. Kalau tak dah lama kau makan kasut aku" ugut Irin pula. "Ye lah Irin..." balas Adam panjang. "Dah lah, aku nak pergi dekat Qila. Bye" kata Irin sambil melambaikan tangannya lalu ingin bergerak pergi ke Aqila.
"Eh.. Sekejap" kata Adam lalu menahan Irin daripada pergi. "Apa lagi?" balas Irin geram. "Teman aku?" pinta Adam sambil membuat muka meminta simpati. "Teman pergi mana?" soal Irin lagi. "Cari ice-cream" jawab Adam dengan suara yang dibuat comel. "Boleh. Tapi aku kena bagi tahu Qila dulu" jawab Irin. "Alaa, kau call je lah dia nanti. Aku dah tak sabar nak makan ice-cream ni" balas Adam lagi. Mengada sungguh. "Ish, ye lah. Mengada betul kau ni. Tapi aku kena bayar buku ni dulu. " kata putus dari Irin lalu berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Adam menunggu Irin di luar kedai.
"Mana lah Rizz ni pergi ye? Lantak kau lah Rizz. Siapa suruh kau hilangkan diri" kata Adam sendirian. "Woi, kau bebel apa sorang-sorang? Dah macam orang gila dah" selamba Irin mengutuk Adam. "Tak ada apa" pendek Adam menjawab. "Jom lah" kata Irin lagi. "Ye, aku nak jalan ni" balas Adam.
Adam dan Irin mula berjalan untuk mencari ice-cream. Setelah lama berjalan akhirnya mereka jumpa.
"Kau nak ice-cream apa? Aku pergi belikan" soal Adam pada Irin. "Hmm... Coklat chip" jawab Irin ringkas. Adam pergi membeli ice-cream manakala Irin duduk di tempat duduk mereka.
10 minit berlalu....
"Nah" kata Adam dan memberi Irin ice-cream nya. "Thanks" kata Irin lembut. Adam hanya tersenyum. Mereka berbual dengan rancak sehinggakan Irin terlupa hendak memberitahu Aqila tentang keberadaannya.
_____________________________
"Hah, dekat sini pun korang. Puas kitorang cari" kata Ikmal sebaik sahaja melihat rakannya, Haffiy, Aiman, Maira dan Izzati. "Kitorang pun cari korang juga" balas Aiman. "Mana yang lain?" soal Nazira pula bila dia tidak melihat Irin, Aqila, Rizz dan Adam di situ. "Tengah mencari lah ni" jawab Maira. "Call je lah" cadang Ikmal. "Dah call Irin tadi. Dia cakap dia dengan Adam ada dekat cafe dekat-dekat sini je. Call Qila tak dapat, telefon dia habis bateri rasanya. Call Rizz, dia tak angkat" jawab Izzati satu per satu.
"Kalau macam tu kita cari Irin dengan Adam dulu lah" cadang Haffiy pula. Mereka semua mengangguk tanda setuju. Mereka mula mencari Irin dan Adam di cafe berdekatan.
"Tu Irin dengan adam" kata Haffiy sebaik sahaja melihat Adam dan Irin di sebuah cafe. "Ye lah. Jom pergi dekat diorang" kata Maira pula lalu mereka berjalan ke arah Adam dan Irin.
"Akhirnya, jumpa pun korang" kata Nazira pada mereka berdua. "Laa... Irin baru ingat nak cari korang. Rupanya dah sampai sini dah" balas Irin. "Okey sekarang ni kita kena cari Rizz dengan Aqila pula" kata Ikmal. "Tadi bukan ke Irin pergi dengan Qila?" soal Izzati pelik pada Irin. "Eh, haah lah! Irin lupa nak call Qila tadi!" kata Irin panik. "Kenapa nak call Qila?" soal Maira pelik. "Tadi patutnya Irin call Qila bagi tahu yang Irin keluar dengan Adam. Tapi Irin lupa" jawab Irin. "Kau tinggalkan dia sorang-sorang!?" soal Izzati terkejut. Irin hanya tersengih "Last kau tinggalkan dia dekat mana?" soal Aiman pula. "Kedai buku" jawab Irin ringkas. "Jom lah cuba cari dekat sana. Mana tahu dia ada lagi" kata Nazira. "Jom" jawab semua serentak. Mereka mula mencari Rizz dan Aqila pula di kedai buku.
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...