BAB 30

4.9K 324 4
                                    

"Oh no..." kata Rizz sambil memandang ke arah sesuatu. Aqila memandang ke arah pandangan mata Rizz. "What?" soal Aqila juga terkejut. "Macam mana?" soal Aqila pada Rizz. "Kenapa woi?" soal Aiman pada Aqila dan Rizz. "Kenapa tak cakap yang dalam ni ada guard jugak?" soal Rizz geram. "Macam mana boleh ada?" soal Izzati pelik.

"Mana lah aku tahu" jawab Rizz geram. "Guard tu tidur lah" kata Aqila pada Rizz. "Yakin ke boleh?" soal Rizz kurang yakin. "Kita boleh" jawab Aqila lalu menggenggam erat lengan Rizz. "Aku cover, kau cari" arah Aqila. Rizz mengangguk setuju.

Aqila berjalan perlahan dan memastikan guard tersebut benar-benar tidur. Aqila memandang Rizz dan mengangguk perlahan. Rizz berjalan perlahan dan terus mencari rakaman pada hari dan tempat kejadian. Pantas rakam tersebut dipindahkan ke pendrive milik mereka.

Loading...

Krek..

Guard tersebut bergerak sedikit. Rizz menunduk ke bawah meja dan Aqila menyorok di belakang kerusi itu.

Masih lagi Loading...

"Cepat lah sikit" kata Rizz yang hampir hilang sabar.

Done

Pemindahan selesai. Pantas Rizz mencabut pendrive itu dan menetapkan semula kepada yang asal. Sebelum beredar dia sempat memadam mana-mana rakaman yang menampakkan kelibat mereka sepanjang operasi mereka ini. Aqila dan Rizz berjalan laju keluar dan berlari ke bilik security. Irin memulangkan semula kunci tersebut ke tempat yang asal.

Semua kembali semua ke kereta mereka dengan pantas. Aiman dan Izzati memandu kereta laju pulang semula ke rumah Ice Girls.

"Apa yang korang dapat?" soal Adam pada Rizz dan Aqila. "Sebelum aku jawab, aku nak tanya kenapa dekat dalam bilik tu ada guard?" soal Rizz geram. "Nasib baik guard tu tidur. Kalau tak habis kita kena tangkap" sambung Aqila pula. "Aku pun pelik. Setahu aku dekat dalam bilik kawalan tu tak ada guard" jawab Izzati pelik. "Tu lah pasal, aku pun dah check dah jadual bertugas guard sekolah kita tu, memang tak pernah ada guard jaga dekat dalam tu" kata Aiman pula.

"Yang paling aku pelik, bilik tu berkunci. Macam mana dia boleh masuk" kata Aqila curiga. "Betul tu. Kalau dah ada guard dekat dalam, kenapa perlu kunci pintu lagi?" sambung Rizz pula. "Hmm... pelik" kata Ikmal sambil memegang dagunya. "Tak apa lah. Esok je kita sambung bincang. Sekarang ni dah tengah malam, baik korang balik. Korang mesti penat kan?" kata Maira prihatin. Semua mengangguk setuju.

___________________

"Okey cun. So, aku nak kita tunjuk rakaman ni dekat cikgu Hamzar sekarang jugak" kata Izzati sebaik sahaja habis melihat rakaman itu. "Tapi mana cikgu ni?" soal Adam sambil melihat ke luar bilik disiplin. "Dekat bilik guru rasanya. Sorang pergi cari" jawab Maira dan menyuruh seseorang pergi mencarinya.

"Aku pergi" jawab Irin sukarela. "Nak ikut" kata Adam sambil mengangkat tangannya. Irin dan Adam keluar dari bilik itu dan pantas menuju ke bilik guru.

10 minit,

"Lamanya diorang ni" rungut Ikmal perlahan. "Penat lah. Nak tidur sekejap boleh tak?" kata Aqila tiba-tiba lalu membaringkan badannya ke sofa yang memang didudukinya. "Izzati nah kunci" Aqila menyerahkan kunci bilik disiplin miliknya kepada Izzati. Izzati mengambil kunci tersebut dari tangan Aqila. "Kalau kes ni selesai kita nak bercuti dekat mana ye?" soal Izzati tiba-tiba.

"Maldives!" kata Rizz teruja. "Cuti kita seminggu je lah mangkuk. Mana sempat" balas Nazira selamba. "Dekat dalam Malaysia je lah. Tapi pastikan tempat tu ada pantai!" jawab Maira perlahan.

"Why not pulau?" cadang Haffiy pula. "Hmm... okey jugak. Tapi pulau apa yang best dekat Malaysia ni?" balas Ikmal teruja. "Pulau Tioman? Pulau perhentian? Pulau Langkawi? Pulau Pinang?" soal Nazira memberi cadangan.

"Assalamualaikum'' perbualan mereka terhenti apabila suara Irin kedengaran dari luar. Ice Girls dan Fire Boys menjawab perlahan. Pintu dibuka perlahan dari luar. "Ye, ada apa nak jumpa saya ni?" soal Cikgu Hamzar sebaik sahaja melangkah masuk.

"Kami nak buat aduan ni. Lovely Girls dengan Hot Guys dah melampau sangat. Cikgu tengok ni, habis kamera Aqila diorang hancurkan" kata Izzati sambil menunjukkan rakaman tadi. "Apa motif diorang?" soal Cikgu Hamzar pelik. "Entah lah. Tapi saya rasa diorang nak hapuskan bukti kesalahan mereka hari tu" jawab Maira tiba-tiba.

"Mana diorang tahu yang kita ada bukti tu?" soal Nazira pelik. "Mungkin diorang terdengar masa kita berbincang hari tu" jawab Maira meneka. "Kesian Qila. Memang hancur terus kamera dia. Tak boleh guna langsung" kata Irin perlahan. "So, sekarang ni kita nak buat apa cikgu?" soal Aiman. Cikgu Hamzar diam memikirkan sebentar.

"Nanti saya akan panggil mereka untuk berjumpa saya. Sekarang ni kamu nak tambah denda apa lagi dekat diorang?" balas Cikgu Hamzar setelah berfikir. "Hmm... kalau kali ni cikgu yang tentukan boleh tak? Sebab kitorang Tak tahu sangat denda apa yang sesuai" jawab Maira perlahan.

"Hmm... okey. Tak kesah ye denda apa yang saya letak, semua setuju?" soal Cikgu Hamzar memberi kepastian. Semua mengangguk laju tanda setuju. "Kalau macam tu saya balik bilik guru dulu lah ye?" kata Cikgu Hamzar meminta diri. Ice Girls dan Fire Boys menghantar pemergian Cikgu Hamzar sehingga ke luar bilik disiplin.

"Jom lah masuk kelas?" ajak Irin perlahan. "Jom" jawab Izzati dan mengunci bilik itu. Ice Girls dan Fire Boys berjalan ke kelas mereka dengan senyuman dibibir.

"Macam lupa sesuatu lah" kata Rizz sebaik sahaja duduk di tempatnya. "Aku pun rasa jugak" balas Izzati pula. "Eh, Aqila mana?" soal Irin pelik. "Wei! Qila masih dalam bilik disiplin lagi!" kata Ikmal setelah kembali teringat. "Ye lah! Tadi dia tidur" kata Nazira pula. "Aqila sorry!" kata Izzati sebelum berlari keluar dari kelas menuju ke bilik disiplin semula. Semua berlari mengikuti Izzati.

Pantas Izzati membuka pintu bilik tersebut dan menolak laju pintu itu. Aqila terus menerpa dan memeluk Izzati yang berada di hadapannya. "Sorry Qila?" kata Izzati perlahan pada Aqila. Aqila hanya diam dan terus memeluk Izzati. Wajahnya kelihatan seperti takutkan sesuatu. "Kau okey tak ni?" soal Maira prihatin pada Aqila.

"Kau kenapa wei?" soal Rizz risau. "Jom balik kelas dulu. Sambung cerita dalam kelas" kata Ikmal tiba-tiba. Izzati menutup pintu itu perlahan dan dia perasan sesuatu yang pelik di dalam bilik itu. Perasaan buruknya itu dibuang jauh dan terus mengunci bilik disiplin itu.

Fire Boys dan Ice Girls berjalan perlahan menuju ke kelas mereka semula.

"Kenapa kau macam takutkan sesuatu je tadi?" soal Adam risau. Aqila diam membisu. "Aku nampak" bisik Izzati pada Aqila. Aqila memandang Izzati terkejut. "Apa tu?" soal Aqila perlahan pada Izzati. "Aku tak tahu. Tapi aku macam kenal" jawab Izzati perlahan. Ice Girls dan Fire Boys memandang Izzati dan Aqila pelik.

"Korang cakap pasal apa ni? Kenapa perlu berbisik?" soal Aiman curiga. Izzati memandang Aiman. "Ada kaitan ke dengan apa yang kau takutkan sangat tadi?" soal Izzati pada Aqila. Aqila mengangguk perlahan. "Balik nanti kau cerita dekat aku tau?" kata Izzati lagi.

"Kenapa sebenarnya?" soal Maira ingin tahu. "Dia takut tempat gelap. Tu je" jawab Izzati ringkas. "Sejak bila kau takut tempat gelap?" soal Irin pelik. "Manusia berubah" jawab Izzati selamba. Semua berlalu ke tempat duduk masing-masing setelah guru mereka masuk ke kelas.

BERSAMBUNG...

Highschool Love [C]Where stories live. Discover now