"Wei, aku dengar cerita ketua dengan penolong pengawas sekolah kita ni sebenarnya dah bertunang" soal pelajar pertama.
"Betul lah kot. Aku pun ada dengar juga" jawab pelajar ke dua.
"Tapi diorang nampak macam tak rapat pun dekat sekolah kan" kata pelajar ketiga.
"Mungkin dia tak nak orang tahu tentang hubungan diorang" jawab pelajar ke empat.Antara bualan pelajar yang dapat didengari oleh Ice Girls pagi ini.
"Weh, macam mana cerita tentang aku dengan Rizz ni boleh tersebar cepat ni" kata Aqila pelik dan panik. Sambil mereka berjalan menuju ke kelas itu ada juga pelajar perempuan yang memandang mereka geram serta menjeling dan ada juga yang tersenyum. "Menyesal tak?" soal Nazira setelah mereka sampai di kelas. "Menyesal ada malu pun ada" jawab Aqila pasrah. "Kalau Rizz marah aku macam mana wei?" soal Aqila panik sambil menggoncang bahu Izzati di sebelahnya.
"Tak payah lah tarik-tarik aku. Nak aku tendang kau ke?" marah Izzati lalu membetulkan sedikit bajunya. "He.. he.. Sorry" balas Aqila sambil tersengih. "Macam mana ni korang?" kata Aqila seperti mahu menangis. "Salah kau" balas Nazira ringkas. Aqila hanya menunduk dengan wajah yang penuh penyesalan.
FIRE BOYS POV
"Wei Rizz, kau ada dengar apa-apa berita tak tentang kau?" soal Adam sebaik sahaja berhenti berlari untuk mendapatkan rakannya. "Tak ada. Kenapa?" jawab Rizz pelik. "Sekejap, bagi aku ambil nafas dulu. Penat ni" tercungap-cungap Adam membalas. "Siapa suruh kau lari?" kata Ikmal tanpa rasa kasihan. Adam memandang Ikmal geram. "Cerita apa Adam?" soal Haffiy pula. "Tadi masa aku dalam perjalanan cari korang, aku ada lah terdengar beberapa budak borak pasal hubungan kau dengan Aqila" jawab Adam sambil menunjuk ke arah Rizz. "Hubungan apa?" soal Ikmal pula. "Alah, hubungan pertunangan Rizz dengan Qila lah. Tak kan lah hubungan Mak dengan Anak pulak" jawab Adam berseloroh.
"Kau dah bertunang ke Rizz?" soal Aiman lembap. Fire boys menepuk kepala mereka. "Aduh, kau ni lembap betul lah. Kan semalam masa Qila tengah marah gila tu dia ada cakap yang Rizz dengan dia dah bertunang. Sebenarnya tak pun" jawab Haffiy geram. Aiman mengangguk faham. Lega. "Kenapa kau tak bertunang?" soal Aiman lagi. "Aduh!!" jerit Fire Boys geram. "Ish, kau diam je lah!" kata Haffiy geram.
"So, apa kau nak buat Rizz?" soal Adam pada Rizz. "Nak buat apa? Diam je lah" jawab Rizz tenang. "Biar betul kau ni?" soal Ikmal terkejut. "Habis tu kau nak biar je orang anggap kau dengan Aqila dah bertunang?" soal Haffiy pula. Rizz mengangguk. "Bagus jugak apa yang Qila buat tu. Tak ada lah Misya nak kacau aku lagi" jawab Rizz. "Oh, jadi memang kau dah rancang dengan Qila lah semua benda ni?" soal Aiman. "Tak ada lah. Semua ni terjadi secara spontan. Aku tahu yang Qila pun sebenarnya tak sengaja nak cakap macam tu. Dia kan kelam-kabut" jawab Rizz dengan tenang.
Tergelak Fire Boys mendengar kata-kata rakannya itu. Setelah itu Fire Boys bergerak masuk ke kelas mereka. Bermacam jenis pandangan dan bisikan yang mereka nampak sepanjang perjalanan.
_____________________________
Kring....kring....
"Weh jom rehat, aku dah lapar ni" kata Irin bersemangat. "Ye, nak gerak lah ni kan" balas Izzati. Ice Girls berjalan ke kantin untuk makan sebelum menjalankan tugas.
Semasa dalam perjalanan, seseorang menegur mereka. "Hai, boleh kitorang jalan sekali" ujar lelaki itu. "Ehh Aiman, boleh" jawab Maira ceria. Pagi itu, Fire Boys dan Ice Girls makan bersama-sama di kantin.
Kedengaran banyak bisikan-bisikan syaitan yang dituju kepada mereka. Fire Boys dan Ice Girls hanya membiarkan sahaja dan terus berbual sesama mereka dengan rancak. Selang beberapa minit mereka mula bergerak ke tempat bertugas masing-masing.
AIMAN DAN IZZATI POV
"Awak" panggil Izzati pada Aiman. "Ye, kenapa?" jawab Aiman tersenyum. "Err... Awak ada dengar kan gosip tentang kawan-kawan kita tu?" soal Izzati perlahan. "Ada. Tentang Rizz dengan Aqila kan?" jawab Aiman. Izzati mengangguk. "Kenapa, ada masalah ke?" soal Aiman pula. "Rizz tak marah ke?" soal Izzati risau.
![](https://img.wattpad.com/cover/169162297-288-k391379.jpg)
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...