BAB 32

5.1K 323 1
                                        

"Mana Aiman dengan Izzati ni? Tadikan diorang dah pergi dulu sebelum kita" rungut Irin geram. "Sabar je lah ada member macam ni" kata Adam memujuk. "Aku nak pergi jalan-jalan dulu boleh tak?" soal Aqila tiba-tiba. "Boleh. Tapi, jangan jauh-jauh sangat tau. Kau tu bukan sihat sangat" jawab Nazira lembut. Aqila mengangguk perlahan.

"Aku teman kau" kata Rizz tiba-tiba. Aqila hanya diam dan berlalu pergi.

"Aku pun nak pergi jalan-jalan jugak lah kalau macam ni. Bosan duduk sini je" rungut Irin pula. "Jom. Aku pun bosan jugak" balas Adam teruja. "Siapa ajak kau?" soal Irin selamba. "Tak ada siapa" jawab Adam tenang. "Kita lumba lari jom" ajak Irin pada Adam. "Okey. Kita pusing satu round. Siapa sampai sini dulu dia menang dan yang kalah kena belanja ice cream" cadang Adam bersemangat.

"Start now!" kata Irin kuat lalu memulakan larian. "Tak adil. Kau main tipu" kata Adam geram lalu mengejar Irin yang jauh meninggalkannya.

Nazira berjalan ke arah jambatan yang berada tidak jauh dari pondok tempat mereka tunggu itu. Ikmal mengekori Nazira dalam diam. "Segar je udara dekat sini ye?" soal Ikmal tiba-tiba pada Nazira. Nazira memandang Ikmal disisinya. "Ya, segar sangat. Kan best kalau tiap-tiap hari dapat keluar macam ni" jawab Nazira sambil tersenyum.

"Keluar je lah setiap hari. Apa yang susahnya?" soal Ikmal pelik. "Mana ada orang nak teman aku. Tak kan aku nak pergi sorang-sorang pulak?" jawab Nazira mendatar. "Aku kan ada. Kau cakap je lah dengan aku, bila kau nak pergi sini. Aku akan sentiasa ada untuk kau" kata Ikmal jujur. "Kau buat aku terharu" kata Nazira perlahan.

"Nangis lah" kata Ikmal selamba. "Untuk?" soal Nazira pelik. "Tadi cakap terharu. So, menangis je lah" jawab Ikmal selamba. "Memang kalau terharu kena menangis ye?" soal Nazira pelik. "Selalunya macam tu" jawab Ikmal yakin. Nazira memandang Ikmal geram. "Hilang mood aku nak fefeeling dekat sini. Blah lah" kata Nazira geram dan berlalu pergi meninggalkan Ikmal sendirian.

RIZZ DAN AQILA POV

"Kau dah pergi klinik?" soal Rizz pada Aqila disisinya. "Tak nak" jawab Aqila sambil menggeleng. "Kenapa?" soal Rizz mendatar. "Malaslah nak drive. Aku pergi sini pun naik Nazira tau. Aku tak nak lah asyik menyusahkan diorang je" jawab Aqila perlahan. Aqila duduk di sebuah kerusi panjang yang betul-betul berada di tepi tasik buatan itu. Rizz turut duduk di sisi Aqila. Namun, masih ada lagi ruang di tengah-tengah.

"Kenapa kau tak cakap dengan aku. Aku kan boleh tolong hantar dan tolong teman jumpa doktor sekali" kata Rizz jujur. "Tak apa lah. Aku dah nak sihat dah pun. Balik ni makan ubat lepas tu tidur, esok bangun elok lah tu" jawab Aqila menolak lembut.

"Haih..." Rizz mengeluh perlahan. "Degil" kata Rizz geram. "Biarlah" balas Aqila lalu memuncungkan bibirnya. Rizz mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. "Nah" kata Rizz sambil menghulurkan sepaket Cool Fever kepada Aqila. "Untuk apa?" soal Aqila pelik. "Tampal dekat dahi kau lah, tak kan tampal dekat ketiak pulak" jawab Rizz berseloroh. Aqila diam kurang mengerti.

Rizz mengeluh lagi kemudian mengoyakkan sendiri bungkusan luar Cool Fever itu. Lapisan plastik di atas Cool Fever itu juga turut ditanggalkan. "Sini, dekat sikit" arah Rizz mendatar. Aqila memandang Rizz pelik. "Lembab betullah kau ni" kata Rizz selamba lalu mendekatkan dirinya dengan Aqila. Rizz meletakkan sendiri Cool Fever itu di dahi Aqila. Keadaan mereka rapat sangat. Kalau Aqila bergerak ke depan sikit rasanya dah bercium dah dengan dada Rizz.

Aqila bagaikan terpaku. Jantungnya berdegup laju. 'Macam dekat sangat je' kata hati Aqila. Semasa tangan Rizz masih di dahi Aqila, Rizz melihat wajah Aqila yang kelihatan terkejut dan pelik memandangnya. "Kenapa pandang aku macam tu?" soal Rizz sengaja sambil menurunkan tangannya. "Err..." pantas Aqila melarikan pandangannya dari Rizz.

Highschool Love [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang