BAB 51

4.1K 278 14
                                        

"Assalamualaikum..." Aiman terlebih dahulu memberi salam di hadapan rumah Ice Girls. Loceng turut sama di tekan. Diam tidak berjawab. "Izzati... Awak ada dekat dalam kan? Keluar lah" jerit Aiman sedikit kuat. "Assalamualaikum... Wahai Ice Girls yang dihormati. Tolonglah keluar. Kami datang nak minta maaf ni" kata Ikmal lembut namun cukup kuat.

"Macam tak ada orang je" kata Adam ada Fire Boys. "Ye lah. Sunyi semacam je. Pagar pun berkunci ni" balas Haffiy sambil menggegarkan pagar rumah Ice Girls. "Panjat je lah pagar diorang ni. Aku yakin diorang ada dekat dalam. Diorang nak sembunyi dari kita je" kata Rizz tenang sambil berpeluk tubuh dan bersandar di keretanya.

Adam mengikut kata Rizz dan mula memanjat pagar yang cukup tinggi itu. "Hey! Apa yang korang nak buat ni hah!? Nak merompak ye? Turun kau" jerit Mak cik Zainab sambil berlari ke arah Fire Boys dan memukul Adam menggunakn payungnya. Diikuti Fire Boys sekali kena pukul. "Mak cik, jangan pukul kami Mak cik. Kami bukan perompak. Kami datang nak berjumpa dengan pemilik rumah ni je" kata Aiman sambil menahan kesakitan dipukul dengan payung.

"Laa... Ye ke? Kenapa tak cakap awal-awal?" soal Mak cik Zainab setelah berhenti memukul Fire Boys. "Macan mana kitorang nak cakap kalau Mak cik tiba-tiba datang pukul kitorang?" soal Rizz geram sambil menggosok bahunya yang sakit. "Maaf lah. Mak cik salah faham" Mak cik Zainab meminta maaf dengan lembut.

"Tak apa Mak cik... Tapi kitorang nak tanya. Ice Girls ada dekat rumah tak? Kenapa rumah diorang nampak sunyi je?" soal Aiman lembut walaupun mukanya berkerut menahan sakit. "Ice Girls? Siapa tu?" soal Mak cik Zainab pelik. "Pemilik rumah ni Mak cik" jawab Adam pula.

"Oh, budak-budak ni... Diorang dah pergi luar negara" jawab Mak cik Zainab. "What!? Bila Mak cik?" soal Haffiy terkejut. "Izzati dengan Nazira baru je pergi 15 minit yang lalu" jawab Mak cik Zainab. "Irin, Maira dengan Aqila Mak cik tak tau lah bila diorang pergi. Tapi yang pasti rumah ni dah tak ada orang" sambungnya lagi.

"Diorang ada bagi tahu tak diorang nak pergi mana?" soal Rizz laju. "Izzati dengan Nazira cakap diorang nak pergi Korea. Yang lain Mak cik tak tahu lah pergi mana" jawab Mak cik Zainab jujur. "Tak apa Mak cik. Kami pergi dulu. Terima kasih bagi tahu kami" kata Aiman laju lalu berlari ke keretanya dan diikuti Fire Boys. Mereka memandu laju menuju ke lapangan terbang.

Perjalanan yang mengambil masa 30 minit untuk sampai ke lapangan terbang menjadi 15 minit. Fire Boys memandu dengan begitu pantas demi mengejar Izzati dan Nazira. Sebaik sahaja tiba Fire Boys berlari keluar dari kereta secepatnya. Walaupun mereka sudah selaju mungkin mengejar Izzati dan Nazira tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. Penerbangan ke Korea baru sahaja berlepas. Aiman berlutut di tempatnya berdiri tadi. Bagitu juga Ikmal.

____________________

"Wah... Japan i'm here!" jerit Irin girang sambil mendepakan tangannya sebaik sahaja keluar dari Lapangan Terbang Haneda. "Irin, orang pandang. Malu lah sikit" kata Maira geram sambil memukul perlahan kepala Irin. "Biarlah diorang pandang. Diorang bukannya tahu bahasa kita pun" jawab Irin selamba.

"Sorry miss, but ada je orang Jepun yang paham bahasa you" tegur seorang lelaki warganegara Jepun yang fasih berbahasa melayu. Irin terpaku mendengar kelancaran lelaki itu berbicara dalam bahasa melayu "Hehe... Sorry. Ingatkan tak ada tadi" balas Irin sambil tersenyum kelat. "Maafkan kawan saya ni encik. Dia memang macam ni. Selalu terlebih aktif" kata Maira lembut sambil menundukkan badannya ke bawah sedikit.

"It's okay. By the way, your name is Maira right? And you is Irin?" soal lelaki misteri itu. Maira kelihatan terkejut manakala Irin pula tidak mengendahkan persoalan lelaki itu. "Macam mana awak tahu nama kami?" soal Maira terkejut. "Oh, lupa pula nak kenalkan diri I. My name is Akitsu. And i'm yours tour guide" jelas Akitsu sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Maira.

Highschool Love [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang