"Girls!!" jerit Ice Girls di tengah-tengah shopping mall itu lalu berlari berpelukan antara satu sama lain. Pandangan daripada orang sekeliling tidak di hiraukan mereka. "Rindu.." kata Nazira manja. Ceh, baru sehari tak jumpa dah rindu bagai.
"Sama lah" kata Izzati pula lalu mereka melepaskan pelukan mereka. "Dah lah wei. Jom lepak dekat mana-mana restoran. Kita duduk tengah-tengah jalan ni buat apa" kata Aqila sambil melihat sekeliling. "Haah lah baru perasan. Malu lah pulak" balas Irin sambil cuba untuk menyorokkan mukanya daripada dilihat orang ramai.
Ice Girls berjalan menuju ke restoran yang berdekatan dengan mereka lalu Aqila, Irin dan Nazira duduk di meja yang boleh menempatkan sepuluh orang pelanggan. Dah meja tu je yang kosong nak buat macam mana. Izzati dan Maira pergi memesan makanan dan minuman mereka.
"So girls, macam mana tidur rumah parents sendiri?" soal Maira selepas duduk di tempatnya. "Bosan" jawab Irin ringkas. "Not bad" jawab Aqila pula. "Boleh lah" kata Nazira malas. "Okey je" jawab Izzati lalu tersenyum.
"Mesti semua mereput kan tak tahu nak buat apa?" soal Maira lagi. Ice Girls menganggukkan kepala mereka bersetuju. "Wei, korang tahu tak..." kata Nazira tiba-tiba. "Tak tahu" jawab Irin laju memintas percakapan Nazira. "Sebelum aku tampar kau, baik kau diam" ugut Nazira sambil memandang Irin geram. Irin hanya tersengih mendengar amaran daripada Nazira itu.
"Korang nak tahu tak, semalam kan papa aku ada jemput kawan dia makan malam dekat rumah kitorang" cerita Nazira bersungguh-sungguh. "Dah tu apa masalahnya?" soal Aqila bersahaja. "Aku nak cerita lah ni!" jawab Nazira geram. "Lepastu, kau tahu tak anak kawan papa aku tu siapa?" sambung Nazira lagi.
"Siapa?" soal Ice Girls pada Nazira teruja. "I......." kata Nazira panjang. "I... Apa!?" soal Izzati geram. "Iman!" jawab Nazira sedikit kuat. "Oh mak kau!" latah Irin akibat terkejut. "What!!?" kata Ice Girls serentak. "Halimul Iman?" soal Izzati tidak percaya. Nazira menganggukkan kepalanya "Gengster celup dekat sekolah kita tu?" soal Maira pula. "Ye! Halimul Iman. Gengster celup dekat sekolah kita! Dah tu Iman mana lagi!? Iman aku yang semakin menipis ni!" jawab Nazira geram.
"Jadi??" soal Aqila sedikit lembap. "Ish... Kenapa lah kawan aku sorang ni lembap sangat?" Kata Nazira menahan sabar.
Ketika itu pekerja di restoran itu menghantar makanan dan minuman yang mereka pesan tadi. Ice Girls senyap sebentar.
"Aqila, kau tahu kan yang si Iman tu suka dekat aku?" soal Nazira lembut tetapi cuba menahan sabar. Aqila menganggukkan kepalanya. "Kalau papa aku kawan baik dengan papa dia susah lah. Sebelum kau tanya sebab apa, biar aku jawab. Aku risau lah nanti si Iman tu dekat-dekat dengan papa aku sebab nak dapatkan aku" terang Nazira panjang lebar pada Aqila. "Ooo..." jawab Aqila sambil menganggukkan kepalanya. "Faham pun!" kata Nazira lagi.
Baru sahaja Ice Girls mahu memulakan makan, tiba-tiba Izzati berkata. "Weh, tu bukan Fire Boys ke?" soal Izzati sambil menunjuk ke arah sekumpulan lelaki. "Macam ye" jawab Maira . "Macam tak. Sebab Fire Boys kan serabai. Ni macam handsome sikit" sempat lagi Irin mengutuk Fire Boys.
"Tak baik lah Irin" marah Maira pada Irin sambil tersenyum. Irin hanya tersengih. "Lantak diorang lah. Aku dah lapar ni, nak makan" kata Nazira lalu memakan makanannya.
FIRE BOYS POV
Fire Boys berada di kedai yang menjual kasut yang berada berdekatan dengan restoran tempat Ice Girls makan. "Wei, lambat lagi ke. Aku dah lapar ni?" kata Adam dengan nada simpati pada Fire Boys. "Hmm, ye lah kita pergi makan dulu. Nanti sambung beli ye?" putus Rizz. Fire Boys semua bersetuju.
Mereka bergerak menuju ke restoran yang berada berdekatan dengan kedai kasut itu. Ikmal dan Rizz mencari meja kosong. Aiman, Haffiy dan Adam memesan makanan. "Ehh, tu macam Ice Girls?" kata Aiman sendiri namun didengari rakannya. "Mana?" soal Haffiy sambil cuba mencari kelibat Ice Girls. "Tu.." jawab Aiman sambil menunjuk ke arah Ice Girls.
YOU ARE READING
Highschool Love [C]
Teen Fiction[COMPLETE] ICE GIRLS. Siapa je yang tak kenal sekumpulan gadis pengawas yang tegas di SMARK HIGHSCHOOL. Sesuai ke perkataan gadis dengan perwatakan mereka yang serba ganas tu? FIRE BOYS. Fuh, sekali pandang tak cukup punya. Tak kira pelajar perempu...