𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Sinaran matahari yang menyinari wajahnya itu membuatkan ia terbangun dari tidurnya. Sebaik sahaja ia sedar dari tidurnya, baru dia perasan yang dia sedang diikat bersama-sama dengan pengikutnya sekali.
Dia menggerakkan badannya memberikan arahan untuk yang lain bangun dari tidur mereka. Selepas beberapa kali menggerakkan badannya, mereka yang turut terikat dengannya itu pun terbangun. "Kenapa kita terikat?!" Ujarnya sambil menahan rasa sakit di kepalanya.
"Shh, jangan kejutkan dia" kata salah seorang dari pengikut Zhong Zhen itu.
"Ketua Hu bagaimana ini?"
"Shh, aku akan menggunakan kuasaku untuk membuka ikatan ini setelah itu kita pergi dari sini secepat yang mungkin kalau tidak Kehadiran kita akan diketahui oleh Keluarga Zhen ini"
"Baiklah"Setelah ia menggunakan kuasanya untuk melepaskan diri mereka, Mereka pun pergi dari Kediaman Zhen itu dengan menggunakan kuasa pemindahan tempat mereka.
Sebaik sahaja mereka pergi, Yue Yue pun terbangun dari tidurnya kerana ia dapat merasakan sesuatu yang aneh dari badannya.
"Ahh, macam mana aku boleh tertidur semalam?" Ujar Yue Yue dalam hati lalu dia memicit-micit bahunya yang terasa sakit itu.
"Selamat Pagiiiiiii Cik Muda Yueeee" ucap Xiao Ba yang baru saja memasuki Bilik Yue Yue itu.
Yue Yue hanya menganggukkan perlahan dengan kepalanya lalu dia meregangkan otot-otot badannya. "Xiao ba, semalam selepas kita bertemu dengan Yang Mulia Qing Yuan, kita terus buat apa?" Ujar Yue Yue dengan raut wajah yang berkerut.
"Mm.. Cik Muda menyuruh Xiao Ba dan Mei Ru untuk berehat.. itu saja, kenapa Cik Muda?"
"Ahh, tiada apa-apa.. Mungkin itu cuma mimpi" ujar Yue Yue terus mengambil tuala basah yang dibawakan oleh Xiao Ba itu.Sebenarnya, sebelum mereka (Pengikut Puak Zhong Zhen) pergi, Ketua mereka telah memadam ingatan Yue Yue malam semalam kerana kehadiran mereka sepatutnya Rahsia tetapi sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku oleh kerana itu mereka terpaksa memadam ingatan Yue Yue pada malam semalam.
"Mm, dimana Mei Ru? Kenapa harini dia tidak datang duluan?"
"Ohh, Mei Ru kata dia ada urusan dan akan kembali sebelah petang."
"Aa.. mm, Xiao Ba harini ada apa-apa kah?"
"Sekejap..hmmm.. rasanya tiada, kenapa Cik Muda?"
"Kalau tiada.. apa kata kita jalan-jalan?"
"Jalan-jalan?"
"Mm, barang perhiasan dan pakaianku sangat sedikit bukan? Jadi marilah kita membelinya."Mendengar kata-kata Cik Mudanya itu, Xiao Ba pun menganggukkan kepalanya lalu dia berjalan keluar dari bilik Cik Mudanya itu untuk bersiap-siap.
Kegembiraan yang terpancar di wajahnya itu membuatkan Yue Yue berasa senang dan Ia tidak dapat menafikan yang dia sangat menyukai Xiao Ba.
Perangai Xiao Ba yang periang itu membuatkan hatinya berasa sedih untuk terus menipunya dan didalam hatinya dia berharap Xiao Ba akan mengikutinya apabila misi membalas dendam terhadap Keluarga Zhen berakhir.
Suasana pasar yang riuh itu membuatkan Xiao Ba tersenyum lebar. Sudah lama ia tidak merasakan kebisingan itu semenjak ia berkhidmat kepada Keluarga Zhen.
Peraturan di kediaman Keluarga Zhen amatlah ketat sehinggakan ia tidak dapat lagi merasai kebisingan itu, Bahkan, dia hampir lupa bagaimana rasa makanan kegemarannya dulu.
"Cik Mud-"
"Xiao Ba, bukankah aku sudah mengingatkan kamu.. Kalau kita berada di luar kawasan Kediaman Zhen, Kamu kena memanggil ku dengan nama Ku bukan dengan gelaran itu kalau tidak.. perjalanan kita akan terhalang" Bisik Yue Yue ditelinga Xiao Ba.Xiao Ba yang baru teringat akan kata-kata Cik Mudanya tadi terus menganggukkan kepalanya dengan perlahan. "Baiklah, Ci- eh, Err.. Yue Yue" Ujar Xiao Ba sambil tersenyum lebar.
Yue Yue membalas senyumannya itu lalu mereka meneruskan perjalanan mereka. Satu persatu gerai kecil mereka datangi, perhiasan dan kain yang dijual begitu unik dan cantik di mata Yue Yue.
Ia tidak menyangka kain yang dijual di gerai kecil lebih berkualiti berbanding kain yang ada di almarinya.
Setelah lama berjalan-jalan, Xiao Ba dan Yue Yue pun berhenti disebuah kedai makan yang kosong.
"Kenapa kedai makan ini kosong? Sedangkan Sekelilingnya tidak memiliki kedai makan? Bahkan, kedai makan lain berada jauh dari sini." Ujar Xiao Ba sambil menggelengkan kepalanya.
"Kasihan pemiliknya, mungkin makanan mereka tidak sesedap yang orang lain mahukan" kata Xiao Ba Sekali lagi.
Mendengar kata-kata Xiao Ba tadi, Yue Yue pun melangkah masuk ke dalam kedai makan yang tiada pelanggan itu.
"Ehh, Yue Yue.." Xiao Ba dengan pantas mengejar Cik Mudanya itu.
Kedatangan mereka di kedai makan itu disambut baik dengan seorang pelayan tua yang bekerja disana.
"Selamat datang Cik Muda berdua.." kata pelayan tua itu dengan nada yang gembira.
"Hua Yee, bersiap-siaplah kita ada 2pelanggan sekarang" jeritnya dengan penuh semangat.
"Heh, nampaknya sakit atuk kembali lagi rasanya.. siapa saja orang bodoh yang ingin mak-" mulutnya berhenti bercakap apabila Ia melihat ada 2 orang gadis sedang memandang ke arahnya dengan raut wajah yang biasa.
"Akh! Maaf.. atuk ambillah pesanan mereka, Hua Yee akan bersiap-siap didapur" ujarnya teruja lalu ia kembali ke dapur dan bersiap-siap untuk memasak pesanan pelanggannya itu.
"Boleh saya dapatkan pesanan Cik berdua?"
"Berikan kami sesuatu yang sedap. Mm, tolong sediakan teh bunga hangat."
"Baiklah, mm, Cik berdua.. kami juga memiliki Teh Bunga Teratai, kamu mahu mencubanya?"
"Ah ti-"
"Hidangkan saja. Kami mahu merasainya" ujar Yue Yue sambil mengukirkan senyuman manis di bibirnya.
Pelayan tua itu tersenyum lebar lalu dia dengan cepat menuju ke dapur untuk menghantar pesanan mereka itu tadi.
Sepanjang mereka menunggu pesana mereka siap, Yue Yue berjalan-jalan sekeliling Kedai Makan itu kerana Lukisan-lukisan yang tersangkut di dinding kedai makan itu membuatkan ia tertarik.
Setelah lama ia memerhatikan lukisan-lukisan itu tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah lukisan yang berada tepat dihadapannya itu.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historical Fiction[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...