𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Bai feng mendekati Yue Yue lalu dia memandang ke arahnya. "Bagaimana kamu boleh ke sini?" Bisik Bai feng dengan perlahan.
"Apa maksud kau?" Balas Yue Yue dengan nada yang berbisik kepada Bai Feng. Mendengar jawapan Yue Yue itu, Bai feng pun mengeluh kecil.
Dia tidak menyangka akan ada orang yang cuba membuatnya dalam masalah.
FLASHBACK
[BEBERAPA MINIT SEBELUMNYA]"Cik Muda Zhen?" Sudah beberapa kali ia menyebut gelarannya itu namun tiada yang menyahutnya.
"Apa kau pasti kau menyuruhnya untuk menunggunya disini?" Ujarnya dengan nada yang dingin.
"B-b-betul, Yang Mulia.. Hamba memang memintanya untuk menunggu Yang Mulia disini" jawabnya dengan nada yang bergetar-getar. Dia ketakutan, itu yang terlihat dari reaksi badannya itu.
"Maaf?"
Suara seorang gadis dari belakang mereka membuatkan mereka segera menoleh ke arahnya. "Bukankah kamu pembantunya?" Ujarnya sambil mendekatinya.
"Benar. Saya ialah pembantu Cik Muda Zhen, kamu ialah Long Bai Feng kan?" Katanya dengan nada yang perlahan.
Mendengar ia menyebut namanya, dia pun tertawa kecil.
"Jadi.. Dimana dia?"
"Kami diminta untuk bertemu dengan Yang Mulia Long. Setahu saya, bukankah orang itu ialah Kamu? Jadi kenapa kamu disini?" Ujarnya dengan nada yang dingin.
Mendengar nama Yang Mulia Long, Bai feng pun berlari menuju ke arah Yue Yue berada sekarang. Dia tahu siapa Yang Mulia Long itu dan dia tahu dimana ia berada.
Setelah beberapa saat kemudian, dia pun sampai di tempat itu dan tekaannya betul kerana dia dapat merasakan auranya disekitar tempat itu.
"Y-Yang Mulia Long"
Dia cepat-cepat berlutut dihadapannya, badannya kelihatan bergetar. "Tsk! Siapa yang menyuruh kamu untuk membawanya ke sini?!" Ujarnya dengan nada yang marah.
"I-i-itu.."
"Yang Mulia Long?"
"Ahh ka- Bukankah kamu salah satu daripada pembantunya?"
"Benar.. saya ialah Xiao ba. Bukankah..?"
"Dia berada didalam?"
Xiao ba mengangguk perlahan, Bai feng memahami anggukannya itu lalu dia pun Berjalan masuk ke dalam tempat itu.
"Chin Zhu.. bunuh dia" ujarnya dengan nada yang dingin.
Dia yang bernama Chin Zhu itu menganggukkan kepalanya lalu dia mengeluarkan pedangnya dari sarungnya.
Lelaki itu mula ketakutan, dia cuba untuk meminta maaf darinya tetapi raut wajahnya menunjukkan dia tidak akan memaafkannya.
Dengan sekali libasan, separuh dari pedangnya itu telah dimandikan darah milik lelaki itu.
"Xiao ba?"
"Cui Lingg" Cui Ling mendekati Xiao ba lalu dia memeluk Xiao ba yang kelihatan ketakutan itu.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Ficción histórica[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...