𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Semenjak kejadian itu, Qing Yuan dan Yue Yue tidak pernah lagi berjumpa.
Beberapa hari telah berlalu, tidak lama lagi bulan purnama akan tiba.
Yue Yue menghela nafas panjang, semalam baru saja dia membuatkan Ru Shi semakin membencinya kerana..
"Cik Muda"
"Hm?"
"Tuan Zhen ingin bertemu dengan Cik Muda dan xiao ba nampak ada orang lain disana."
"Orang lain?"
"Hmm" ujarnya sambil mengangguk perlahan. "Baiklah, mari kita pergi"
Beberapa minit kemudian, mereka pun tiba di aula utama.
"Kita berjumpa kembali Zhen Yue Yue"
"Erk.. Bai Feng?!" Yue Yue terkejut. Dia tidak menyangka Bai Feng berada dihadapannya sekarang.
Wajahnya yang terukir senyuman lebar dan manis itu membuatkan Yue Yue menjadi geli, kerana dia sudah tahu raut wajah sebenar bai feng😌.
"Cik Muda Yue, siapa dia?" Bisik Xiao ba dengan nada yang perlahan.
"Oh, sekarang kamu semakin cantik berbanding beberapa hari yang lepas" ujar Bai Feng sambil mendekati Yue Yue.
"Ha?" Kini Bai feng berdiri dekat dengannya. "Maaf, tapi apa tujuan kau kesini?" Kata Yue Yue dengan nada yang perlahan.
"Kau lupa? Perjanjian kita?"
"Perjanjian kita?"
"Hmm betul, Bedak Pemerah pipi Naga Putih. Apa kau lupa itu?"
"Oh! Ituu!!" Mata Yue Yue mula bersinar-sinar. Dia sudah lama menunggu bedak pemerah pipi itu.
"Bedak pemerah pipi Naga Putih?! Tsk! Macam mana lelaki itu boleh mendapatkannya untuk dia!" Gumam Ru Shi dengan wajah yang marah bercampur kesal.
"Bukankah bedak itu hanya boleh didapati di Kerajaan Laut? Apa lelaki ini berasal dari sana? Kalau begitu ini peluang Ru shi untuk mendapatkannya sekali" ujar Puan Zhen sambil memandang Yue Yue yang sedang gembira itu.
"Ehem, Tuan Long.. Ini Ru Shi, Zhen Ru Shi. Dia ialah Kakak Yue Yue, boleh Tuan Long memberikan Bedak Pemerah pipi itu kepada kakaknya juga?"
"Eh" -_-
Yue Yue memandang Puan Zhen lalu dia memandang kembali Bai Feng. "Apa dia tidak dengar kata-kata perempuan sihir itu tadi atau dia buat pura-pura tidak mendengarnya?"
Benar, apa yang difikirkan oleh Yue Yue memang benar. Bai Feng memang dengar apa yang dikatakan oleh Puan Zhen tadi tapi dia langsung tidak tertarik untuk mengenali Ru Shi kerana tujuannya hanya satu.
Iaitu berjumpa dengan Yue Yue.
"T-tuan Long? Itu.."
"Puan, kami tidak mahu bertindak kasar tapi Tuan kami langsung tidak tertarik untuk mengenali atau memberikan bedak pemerah pipi itu untuk Anak Puan." Kata pembantu Bai Feng dengan nada yang serius.
Mendengar ia berkata sedemikian, Puan Zhen pun terdiam, Begitu juga Ru Shi. Perasaan marah semakin membuak-buak.
"Bagaimana? Apa kau masih mahu menerimanya?"
"Ahh itu.. sudah semestinya.. Terima Kasih Bai Feng" kata Yue Yue sambil tersenyum manis.
"Baiklah kalau begitu, Yue Yue..." Bai feng mendekatkan dirinya kepada Yue Yue lalu dia membisikkan sesuatu ke telinga Yue Yue.
Setelah beberapa minit kemudian, dia pun berjalan keluar dari aula utama Kediaman Zhen itu.
"Baiklah. Terima Kasih sekali lagi Bai Feng" ujar Yue Yue lalu dia berjalan pergi dari aula utama itu.
Kerana dia dapat merasakan aura kebencian dari belakangnya. "Xiao ba berjalan laju" bisik Yue Yue.
Xiao ba yang mendengar bisikan itu terus berjalan laju. Tidak lama setelah itu, Kedengaran Jeritan kuat berserta tangisan dari Aula Utama kediaman Zhen itu.
"Itu.."
"Heh, nice.. sekarang tinggal tunggu waktu yang tepat untuk melakukan itu"
![](https://img.wattpad.com/cover/251246463-288-k545780.jpg)
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Ficción histórica[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...