𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Ketika mereka sedang leka berbual tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak asing bagi mereka.
Xiao ba memandangnya lalu dia menundukkan kepalanya ke bawah menandakan ia sedang memberikan tunduk hormat kepada Lelaki itu.
Melihat Xiao ba berkelakuan sebegitu, dia pun menoleh kebelakang. Apabila ia melihat lelaki itu, senyuman yang terukir manis dibibirnya itu pun hilang begitu saja.
"Cik Yue Yue kan?" Ujar seorang lelaki yang muncul secara tiba-tiba dari belakangnya itu.
Yue Yue terkejut tapi dia tetap bersikap tenang. Dia tidak pernah menyangka akan ada seseorang bersama dengannya, kerana setiap kali mereka bertemu hanya dia seorang sahaja yang kelihatan.
"Guo'er" dia memandanganya sambil mengangguk kepalanya sekali.
"Hm? Oh.. Maafkan saya kerana bersikap biadap terhadap Cik Yue Yue. Saya, Guo'er."
"Guo'er?"
"Hmm-mm, Kita pernah bertemu sebelum ini tapi Cik Yue Yue saja yang tidak menyedarinya."
"Kita? Pernah bertemu?"
"Hmm-mm.. Kita pernah bertemu ☺️" ujarnya lagi dengan senyuman yang manis dibibirnya.
"Zhen Yue Yue"
Suaranya itu membuatkan perbualan mereka terhenti.
"Bai Feng?"
"Angin malam sudah semakin dingin, apa yang kau buat disini?" Ujarnya sambil memakaikan Yue Yue Xiu Zi-nya agar badan Yue Yue tidak terkena angin yang dingin itu.
(NOTES : XIU ZI ialah sejenis pakaian yang seperti cardigan panjang yang biasanya dipakai saat menggunakan HANFU)
Saat ia memandang ke hadapan, raut wajah yang pada mulanya kelihatan manis bertukar menjadi serius apabila ia melihat orang yang berbual dengan Yue Yue sebentar tadi.
"Apa yang abang buat disini?" Ujarnya dengan nada yang datar.
Kehadirannya itu seperti tidak disenangi olehnya. Yue Yue yang berada di tengah-tengah hanya mampu mendiamkan dirinya sahaja. Dia tidak mahu masuk campur dalam hal mereka.
"Perlukah aku menjawabnya." Walaupun raut wajahnya kelihatan tenang tetapi suaranya membuatkan sesiapa yang mendengarnya akan berasa ketakutan.
Yue Yue mungkin juga merasakan ketakutan itu tetapi dia tidak mengambil berat tentang perasaan itu kerana baginya mungkin saja benda itu adalah salah satu daripada kuasanya itu.
Manakala, Bai Feng masih menunjukkan reaksi yang sama saat Longyan menjawab pertanyaannya itu.
Reaksi seperti seseorang telah melakukan sebuah kesilapan yang besar.
"Hai Bai Feng. Kita bertemu semula." ia menyapanya dengan senyuman manis dibibirnya.
Seperti biasa, Guo'er tetap memberikan senyuman yang manis kepada orang yang berbual dengannya.
"Kau nampak semakin sihat, guo'er"
"Sudah semestinya." Jawabnya dengan pantas.
"Baguslah. Baiklah, Aku akan mengambil Yue Yue sekarang, Selamat tinggal" ujarnya dengan nada yang perlahan.
"Hm-mm, jumpa lagi Cik Yue Yue"
sebelum mereka hilang dari pandangannya, Guo'er sempat melambai tangan ke arah Yue Yue dengan senyuman lebar di bibirnya.
"Guo'er"
"Hm?"
"Apa yang kau rasa darinya?"
"Bunga teratai."
"Kau menyukainya?"
"Hmm-mm, kau patut mendekatinya."
Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja nama gelaran Longyan disebut oleh seseorang yang mengenalinya.
"Maafkan kami kerana lambat untuk menyambut kedatangan Yang Mulia Long disini."
"Bawa aku ke tempat itu"
"Baiklah. Silakan ikut saya" ujarnya dengan perlahan lalu dia berjalan menuju sebuah tempat yang agak usang.
- CONTINUE.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historical Fiction[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...