TOTS: Y 52

268 37 0
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

Setelah ia pergi, Xiao ba pun sampai di bilik Cik Muda Yue bersama dengan Tabib Istana Long dan Yang Mulia Long iaitu Bai Feng.

Sampai sahaja ia disana, dia terus meluru masuk ke dalam bilik Yue Yue itu. Namun, raut wajahnya bertukar datar apabila ia tidak melihat Yue Yue disana.

Hanya ada Cui Ling yang terkena kuasa seseorang yang ia kenal. Xiao ba yang terkejut melihat Cui Ling berdiri kaku sambil melihat mereka membuatkan ia semakin cemas. Dia risau Cik Muda Yue-nya telah diapa-apakan oleh seseorang.

"Kamu terkena kuasanya kan? Haih" sempat ia mengeluh kecil sebelum ia melepaskan tubuh Cui Ling itu dari kuasa seseorang yang ia kenal itu.

Saat ia terlepas dari kuasa itu, badannya pun menjadi lemah kerana kuasa itu memakan sedikit tenaganya.

"Cui Linggg!!"

Xiao ba mendakap erat tubuh Cui Ling yang melemah itu lalu ia membaringkan Cui Ling di atas katil Yue Yue.

Sebelum ia berjalan keluar dari bilik Yue Yue itu, Bai Feng memberikan arahan kepada Tabib Istana Long itu untuk merawat Cui Ling.

"Yang Mulia.."

Dengan sedikit tenaga yang masih ada didalam badannya, dia cuba untuk memberikan klu tentang orang yang mengambil Yue Yue itu. Namun...

"Dia.."

Namun bai Feng sudah tahu siapa orang tersebut..

"Aku tahu. Silakan berehat." Ujarnya terus berjalan keluar dari bilik Yue Yue itu, meninggalkan Cui Ling, Xiao ba dan Tabib Istana disana.

Kepalanya yang sakit itu membuatkan ia tidak dapat bertahan untuk menahannya. Akhirnya, ia tersedar dari pengsannya.

Sebaik sahaja matanya dibuka, Ia melihat banyak pokok-pokok dan daun hijau disekelilingnya.

"Shit.. aku sekarang berada dimana?" ketusnya dalam hati sambil memegang kepalanya yang masih sakit itu.

Saat itu dia merasakan kepalanya sedikit berat dan kepalanya seperti dicucuk dengan sesuatu yang tajam.

"Kau sudah bangun? Nampaknya kau hilang kesedaran lagi"

Suara seorang wanita yang lembut itu menyedarkan Yue Yue yang ia tidak keseorangan disana. "Siapa itu?"

"Kau sudah melupakan aku?"

Mendengar jawapannya, Yue Yue cuba mengingati semula pemilik suara itu. Walaupun kepalanya merasa sangat sakit namun ingatannya tidak pernah mengecewakan.

"Ah, aku ingat.. bukan kau yang boleh melihat Masa depan dan masa lalu seseorang? Yang meminta ku untuk membantu adikmu?" (TOTS: Y 35)

Gadis itu menganggukkan kepalanya, menandakan tekaan Yue Yue itu adalah tepat.

"Ohh ya berkaitan hal itu.. Kau kata aku akan memiliki kuasa untuk melihat masa lalu seseorang dengan hanya menyentuh tangannya bukan?"

Gadis itu mengangguk perlahan.

"Jadi.. kenapa aku tidak dapat melihatnya? Apa kau penipu?"

"Ohh.. maaf, aku bukan mahu menipu kau.. cuma kau belum mengaktifkannya.." ujarnya dengan nada yang cemas.

Mendengar jawapannya itu, Yue Yue hanya menggelengkan kepalanya. "Aku tidak mahu kuasa itu"

"Ha?" Jelas kedengaran ia seperti terkejut mendengar kata-kata Yue Yue sebentar tadi.

"Aku tahu badan ini memiliki sesuatu kuasa. Aku dapat merasakannya jadi aku tidak mahu kuasa kamu"

"Eh? Apa kau fikir aku memberikan kamu kuasa itu disebabkan kau lemah?"

Dashhh, jantung Yue Yue seperti dipanah dengan kata-katanya tadi. Dia terasa dengannya.

"apa kau fikirkan aku memberikan kamu kuasa itu disebabkan kamu lemah?"

"Kamu lemah"

"Kamu lemah"

"Lemah....?"

Kata-katanya mula terngiang-ngiang di kepalanya. Bahkan ia dapat merasai seperti ada beberapa malaikat kecil yang serupa dengan gadis itu sedang mengulang perkataan itu berulang-ulang kali.

Raut wajahnya yang frustasi itu membuatkan ia tertawa dan sedikit merasa serba salah terhadapnya.

"Haha, maaf aku tidak bermaksud untuk berkata sebegitu rupa" katanya sambil tertawa kecil.

Walaupun ia tidak memiliki raut wajah yang sempurna tetapi Yue Yue dapat merasakan yang ia seorang wanita yang cantik paras rupanya.

"Ohh yaa.. lupakan hal itu. Nampaknya kau sudah dapat menarik seseorang yang memiliki kuasa dewa antara dewa."

"Maksud kau?" Yue Yue mengerutkan dahinya. Cuba untuk memahami kata-katanya tadi, namun ia gagal.

"Ahh, tiada apa.. baiklah.. sekarang kau patut bangun, kita jumpa lagii"

Belum sempat Yue Yue membalas kata-katanya tadi ia sudah terbangun dari pengsannya.

"Kau sudah bangun?"

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now