𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Seperti yang diberitahu oleh Lin Xi, Yue Yue sampai di sebuah tempat yang kelihatan terbiar dan sangat usang.
"Ada apa dengan tempat ini?! Kenapa aku dapat merasakan sesuatu yang kuat?!"
Tanpa menunggu lama, ia pun menyelinap masuk ke dalam tempat itu, setelah ia masuk ke dalam, habuk-habuk mula berterbangan di udara.
Ketika ia mula mencari jalan rahsia itu tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki dari luar yang semakin dekat dengannya.
"Silakan Yang Mulia"
"Apa dia sudah ada disana?"
"Iya"
Perbualan mereka didengari dengan teliti olehnya. Sebelum mereka masuk ke dalam, Yue Yue sempat menyembunyikan dirinya di belakang sebuah almari pakaian yang ada tidak jauh dari tempatnya berdiri tadi.
Seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang pengawal itu mendekati dinding yang tempatnya berdiri tadi kemudian dia dengan selambanya menekan dinding itu dengan perlahan.
Setelah dinding itu ditekan olehnya, tiba-tiba muncul sesuatu lubang yang kelihatan seperti asap berwarna hitam. Ja seperti pintu yang akan membawa mereka yang memasukinya ke sebuah tempat yang misteri.
Sebelum mereka berjalan masuk ke dalamnya, Dia yang bergelar Yang Mulia itu menolehkan pandangannya ke belakang.
Melihat ia menoleh kebelakang, Yue Yue pun menekup mulutnya sendiri lalu dia menahan nafasnya. Dia berbuat demikian kerana dia tidak mahu kehadirannya disedari olehnya.
"Yang Mulia?"
"Kau ada mengambil bunga teratai?"
"Tidak."
"Oh.. okay" perbualan mereka terhenti begitu sahaja. Setelah itu mereka pun meneruskan jalan mereka.
Sesudah mereka masuk ke dalam, lubang yang seperti asap berwarna hitam itu pun menghilang dan Yue Yue pun akhirnya dapat bernafas dengan lega.
"Yang Mulia? Kenapa wajahnya sama seperti seseorang?" Yue Yue cuba mengingati kembali wajah lelaki tadi tetapi ingatannya pada saat itu tidak berkerjasama dengannya.
Beberapa minit telah berlalu, Yue Yue pun menekan dinding yang menyembunyikan laluan masuk ke tempat rahsia itu.
Setelah ia terbuka, Yue Yue pun berjalan masuk ke dalamnya tanpa berasa ragu-ragu. Ketika ia sudah masuk ke dalam, pintunya itu pun tertutup semula.
Tempat yang Yue Yue berada sekarang kelihatan seperti terowong yang disinari oleh anak api yang berwarna biru putih itu. Tanpa menunggu lama, ia pun meneruskan jalannya untuk mencari tempat yang dikatakan oleh Lin Xi.
Saat ia mencari tempat itu, Yue Yue mula merasakan sesuatu yang aneh. Semakin Ia berjalan ke dalam, semakin kuat aura yang seakan memintanya untuk mendekatinya.
Namun Yue Yue cuba mengendahkannya, Dia mahu fokus mencari adik Lin Xi itu. Setelah lama berjalan, akhirnya dia menemukan tempat yang dikatakan oleh Lin Xi.
Tempat itu besar dan disana ada banyak benda-benda yang lebih besar dari tubuh badannya itu dan semuanya begitu asing dimatanya.
Mana tidaknya jikalau apa yang ia sedang lihat sekarang adalah Ular Hitam bersisik Naga, Serigala Berkepala empat, anak Phoenix, Rubah putih berekor sembilan dan sebagainya.
"adakah ini black market?!"
Black Market adalah sebuah kegiatan haram dan tersembunyi yang dilakukan secara bertutup dan jika ada yang ingin berurusan dengannya, mereka harus mengikuti beberapa peraturan mereka yang ketat itu.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Narrativa Storica[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...