TOTS: Y 69

236 24 0
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄


  Mendengar kata-katanya tadi, Mei Ru pun mengeluh kecil. Dia tidak pernah terbayang yang identitinya akan terdedah begitu saja.

>MEI RU POV< 

 Xuan mei ru, Itu adalah nama sebenarku, dulu aku memiliki keluarga yang bahagia namun semuanya berakhir apabila kakakku tiba-tiba memiliki kuasa yang terlarang, Orang jahat yang meninginkan kuasa kakakku itu tidak pernah berhenti mengejarnya. 

 Pada saat itu aku baru berusia 3 tahun, Aku dibawa lari oleh seorang lelaki yang keluargaku percayai. Sepanjang tahun itu berlalu, Dia lah yang mengajarku dan menjagaku.

 Aku masih ingat lagi kejadian buruk itu, Aku bersyukur ingatanku tidak memadam kejadian itu kerana aku ingin membalas semula kepada orang yang membunuh keluargaku itu. Aku mahu membunuh mereka dengan tanganku sendiri. Bahkan aku ingin melihat mereka mati dengan penuh kesakitan.

 Sebab itulah aku menutup tahap kuasaku dan bekerja sebagai Pembantu anak pertama keluarga Zhen, kerana orang itu salah satu daripada saudara Perdana Menteri Zhen.

<MEI RU POV END>

  Setelah ia menamatkan ceritanya, Yue Yue pun terdiam buat seketika, Dia terlupa sesuatu yang sangat penting. Zhen Yue Yue mula dibiarkan oleh keluarganya bukan bermula daripada saat maharaja Zhou mengahwininya dengan Puteri Chin tetapi beberapa hari sebelum ia bermula. Ia sempat merasakan cinta dari Perdana Menteri Zhen dan semuanya tiba-tiba menghilang apabila pakciknya iaitu abang kepada bapanya datang berjumpa dengannya.

 Jelas teringat dalam ingatannya,

 Pada saat itu, cuaca sangat dingin kerana hari ini merupakan hari pertama musim salju pada tahun itu. Ada seorang gadis yang berpakaian serba sederhana berjalan-jalan disekeliling rumahnya dengan wajah yang penuh terukir dengan senyuman manis dibibirnya. Namun senyumannya itu terhenti apabila dia melihat seorang lelaki yang berpakaian sangat terang dan kelihatan mewah itu.

 Lelaki itu menyedari kehadirannya itu lalu ia memandangnya dengan tatapan yang menjengkelkan seakan dia ada berbuat salah dengan lelaki itu.

"Tsk!"

 Hanya itu yang terkeluar daripada mulutnya dan hal itu membuatkan dia terdiam. Beberapa jam telah berlalu, akhirnya lelaki itu keluar daripada bilik bacaan ayahnya iaitu Perdana Menteri Zhen. Setelah ia keluar, ia pun melimpasinya dengan wajah yang gembira seakan-akan keinginannya akan dituruti oleh Ayahnya dan benar saja, disebalik kegembiraan yang ia nampak tadi adalah permulaan mimpi buruknya.

 Mimpi buruk yang akan sentiasa menghantuinya.

"Sesiapa... tolong hentikan mimpi buruk ini... tolonggg, tolong... a-aku me-merayuuuu..."

 "eh? aku dimana?" Mo Yue Yue mengerutkan dahinya, dia pelik macam mana dia boleh berada di tempat yang gelap ini sedangkan tadi dia masih berada dibiliknya di Istana Long dan dia juga sedang bercakap dengan Mei Ru jadi bagaimana dia boleh berada di tempat ini? Sedang dia dalam kebingungan, tiba-tiba ia terdengar suara seseorang sedang menangis.

"huuuhuuuuuu..huuuuhuuuu"

"h-hantu?!" Mendengar tangisan yang berdayu-dayu itu membuatkan bulu romanya berdiri tegak. Mo Yue Yue walaupun dia seorang yang tidak takut dengan apa apa pun tapi dia tetap kalah dengan Hantu kerana waktu ia kecil, mata keenamnya terbuka dan dia selalu ternampak sesuatu yang sangat mengerikan oleh sebab itu dia sangat takut dengan hantu.

 Namun, tanggapannya itu berakhir apabila ia ternampak seorang gadis sedang duduk di penjuru dinding dengan kepalanya yang ditundukkan kebawah. Mo Yue Yue cuba mendekatinya namun dia seakan terhalang dengan sesuatu.

"si-siapa tu?" jerit Mo Yue Yue, ia berharap gadis itu akan mengangkat kepalanya dan bercakap dengannya.

"Tolong... tolong hentikan mimpi buruk ini.. tolong.. Mo Yue Yu.....e"

"Cik Muda?!"

 Yue Yue membuka matanya dengan perlahan, buat seketika ia merasa kepalanya sangat sakit. 

"Xiao ba, cepat ambilkan air suam untuk Cik Muda" ujar Mei Ru dengan wajah yang cemas.

 Manakala Cui Ling sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu aliran yin yang ada dalam tubuh Cik Mudanya itu kembali tenang.

 Sebenarnya apa yang berlaku beberapa minit sebelum itu adalah... Setelah ia mengakhirkan ceritanya dia pun kembali memandang Cik mudanya, namun saat ia memandangnya, Cik mudanya itu sudah berada dalam keadaan tidak menyedarkan diri dan Suhu badan Yue Yue pada ketika itu tiba-tiba merasa sangat dingin.

 Tanpa membuang masa ia pun membatalkan kuasa kedap bunyinya itu, lalu dia memanggil Cui Ling dan Xiao ba untuk membantunya.

"XIAO BAAAA... CUI LINGGG!!!"

 Mendengar nama mereka dipanggil, Mereka berdua pun masuk ke dalam bilik Cik Mudanya itu. Sebaik sahaja mereka masuk, mereka ternampak Mei Ru sedang mendukung Yue Yue yang tidak menyedarkan dirinya itu.

.

.

. CONTINUE . 

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now