𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
"Aura ini seperti-"
"Zhen Yue Yue"
Suara Qing Yuan yang memanggil nama Yue Yue itu membuatkan ia kembali tersedar dan cahaya misteri itu pun hilang.
Tanpa membuang masa Yue Yue pun kembali membuka matanya.
Sebaik sahaja dia membuka matanya, alangkah terkejutnya dia apabila tempat yang dia berada sekarang bukan lagi di dalam gua tetapi di sebuah tempat yang dipenuhi dengan pokok buah pearl tetapi tidak kelihatan pun buah pearlnya dan didepannya ada tasik yang jernih airnya sehinggakan dia boleh melihat apa yang ada didalam tasik itu.
"Ini?"
"Kamu sudah sedar?"
Yue Yue mengerutkan dahinya. Dia kehairanan kerana tadi dia sepatutnya berada di dalam gua tetapi sekarang kenapa dia berada di tempat yang lain?
"Kita dimana?"
"Tasik Naga langit."
"Tasik Naga Langit? Bukankah ini..."
"Aku pernah mendengarnya.. tapi.. dimana aku pernah mendengarnya?" Desis Yue Yue dalam hati.
Tasik Naga Langit adalah sebuah tempat yang terlarang. Tiada sesiapa yang boleh masuk ke dalam tanpa persetujuan Qing Yuan kerana tempat itu adalah tempat dimana Qing Yuan berlatih dan bertapa.
Ada gosip yang tersebar luas, Buah pearl yang terdapat di tempat ini dapat menaikkan tahap kuasa dan buah pearl itu hanya akan tumbuh sekali dalam Seribu Tahun.
Manakala, di dalam tasik yang jernih airnya itu terdapat Naga yang sudah lama tidur. Mereka berkata Naga itu sedang menunggu seseorang yang merupakan pemiliknya.
"Macam mana aku boleh berada disini? Tadi.. bukankah aku.."
"gua itu adalah pintu masuk ke sini. Kamu tidak perlu risau, aku tidak berminat untuk melakukan apa-apa terhadap kamu." Kata Qing Yuan terus berjalan menuju ke suatu tempat.
Mendengar kata-kata Qing Yuan tadi, Yue Yue terus membuat muka meluat. Geli untuknya mendengar kata-kata Qing Yuan tadi.
"Kenapa kau membawa aku kesini?"
Yue Yue memulakan semula perbualan mereka setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri tadi.
"Saja"
"Ha?" Yue Yue mengerutkan keningnya. Dia mula tidak faham dengan Qing Yuan.
Balasan Qing Yuan yang singkat itu, membuatkan Yue Yue hilang kata-kata. Keadaan pun kembali sunyi.
Setelah beberapa minit kemudian, Qing Yuan tiba-tiba mengerakkan badannya. Tangannya perlahan demi perlahan membuka ikatan topeng wajahnya itu.
(GAMBARAN TOPENG WAJAH QING YUAN 😌)
Yue Yue hanya mendiamkan dirinya tetapi dalam masa yang sama dia terkejut dengan tindakan Qing Yuan yang tiba-tiba membuka topeng wajahnya itu.
Setelah Qing Yuan membuka topeng wajahnya tu, Yue Yue pun mengalihkan pandangannya ke tepi. Dia sengaja tidak memandang Qing Yuan walaupun dia sebenarnya mahu melihat wajahnya tanpa topeng itu.
"Kau boleh melihatnya"
Mendengar Qing Yuan berkata sedemikian, Yue Yue pun kembali memandang Wajah Qing Yuan.
Apabila dia melihat wajah Qing Yuan yang sebenar, Yue Yue tiba-tiba terdiam lalu dia mengalihkan pandangannya ke tepi.
Mukanya berkerut, dia kelihatan seperti sedang berfikir panjang.
"Mukanya.. apa aku pernah berjumpa dengan dia tanpa topeng mukanya?" Yue Yue mula berfikir dalam-dalam. Dia cuba mengingati semula, dimana dan benarkah dia pernah berjumpa dengan Qing Yuan tanpa topeng itu.
Qing Yuan tahu apa yang difikirkan oleh Yue Yue. Iya, mereka pernah berjumpa tanpa topeng itu. Namun, ingatan Yue Yue pada ketika itu telah dipadamkan oleh Puak Zhong Zhen.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historical Fiction[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...