𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Kepulangan Yue Yue yang secara mengejut itu membuatkan mereka terkejut. Kebahagiaan yang mereka nantikan hanyalah untuk seketika sahaja, dengan langkahnya yang ringan itu, dia berjalan masuk kedalam aula utama kediaman Zhen itu.
"ZHEN YUE YUE!!" Suaranya yang lantang itu membuatkan orang-orang yang berada disana terkejut. Yue Yue masih bersikap tenang walaupun pada waktu itu, Kediaman Zhen sedang menerima tetamu entah darimana. Ru shi yang kebetulan berada disebelah Ibunya itu terus membuat muka terkejut dan tidak puas hati.
"Sial! macam mana dia boleh kembali ke sini?! Bukankah hutan itu penuh dengan siluman yang bahaya! tck!"
Dengan wajah yang bersahaja ia berjalan menghampiri ayahnya itu lalu dia memberikan tunduk hormat kepada ayahnya. "BIADAP! BERANINYA KAMU MASUK KE AULA UTAMA INI DENGAN PENAMPILAN YANG KOTOR DAN TIDAK TERURUS!" Ketusnya dengan nada yang marah.
"Maaf kerana menganggu ayah sekarang tetapi Yue Yue mahu menanya ayah sesuatu sebelum Yue Yue berinjak keluar dari aula utama ini boleh?" Kata Yue Yue dengan nada yang lembut dan perlahan.
"Apa yang kau mahu katakan?"
"Semalam Yue Yue tidak kembali ke rumah kerana tersesat, apakah ayah ada menghantar orang untuk mencari Yue Yue?" Ujar Yue Yue dengan wajah yang dingin.
Perdana Menteri Zhen terdiam sebaik sahaja ia mendengar Yue Yue berkata sedemikian, Wajahnya juga turut berubah. Tetamunya yang mendengar kata-kata Yue Yue itu mula berbisik-bisik antara satu sama lain. Melihat mereka semua dalam keadaan yang penuh tanda tanya, Yue Yue pun mengukirkan senyuman yang kecil dibibirnya lalu dia memainkan semula lakonannya, wajah sedihnya mula terlihat diwajahnya semula.
"Apa Ayah lupa yang Yue Yue hilang ingatan setelah kejadian itu?"
"Kejadian itu?"
"Apa sebenarnya terjadi dengan keluarga Zhen ini?"
"Takkan khabar tentang Puteri Pertama Zhen sudah berubah itu betul?"
"Wah, menarik.. sangat menarik"
"Eh, apa kau tidak perasan? Dia (yue yue) memiliki sesuatu aura kan?"
Bisikkan mereka yang pada mulanya tidak kedengaran kini semakin kedengaran jelas oleh Mereka. Yue Yue tersenyum puas dalam hati, ia tidak menyangka dramanya menjadi.
"Mungkin betul apa yang Yue Yue dengar selama ini, Yue Yue cumalah putri yang terbuang, Tidak disayangi dan tid-" belum selesai ia menghabiskan kata-katanya tiba-tiba seseorang memintas percakapannya.
"Ketibaan Yang Mulia Qing Yuan"
"Qing Yuan? Kenapa dia ke sini?"
Yue Yue terkejut dengan kehadiran tunangnya disana. Dengan langkah yang perlahan, ia berjalan masuk ke dalam aula utama dengan tatapannya ke arah Yue Yue.
Melihat ia menatapnya, Yue Yue pun kembali menoleh kehadapan, dia tidak mahu menatap lama wajah Tunangnya itu kerana dia dapat merasakan sesuatu darinya.
"Cik Muda Yue?" Mata Zhe Hu turun naik turun naik apabila ia melihat penampilan Yue Yue yang agak kotor dan tidak terurus itu.
Yue Yue hanya mampu tersenyum kecil apabila Zhe Hu memandangnya dengan raut wajah yang kehairanan. Manakala, Qing Yuan tidak lagi memandangnya sebaliknya ia memandang Perdana Menteri Zhen yang kini berdiri di hadapan mereka bersama dengan tetamu yang lain begitu juga Ru Shi dan Ibunya.
"Selamat datang Yang Mulia Qing Yuan" Ujar mereka sambil memberikan tunduk hormat kepadanya.
Qing Yuan hanya mengangguk kecil lalu dia secara tiba-tiba menarik tangan Yue Yue untuk berdiri disebelahnya. Tindakan Qing Yuan yang mengejut itu membuatkan Yue Yue dan semua orang yang berada disana terkejut.
"Perdana Menteri Zhen, Yang Mulia Qing Yuan mahu mengisikan harinya pada hari ini dengan tunangnya iaitu Cik Muda Yue, Semoga Perdana Menteri Zhen mengizinkan Cik Muda Yue untuk mengikuti kami pada harini." Kata Zhe Hu sambil tersenyum manis.
Mendengar Pembantu peribadi Qing Yuan berkata sedemikian, Ru Shi pun mula mengenggamkan tangannya. Perasaan bencinya terhadap Yue Yue semakin membuak-buak kerana dia tahu hanya dia yang layak bersama dengan Yang Mulia Qing Yuan itu.
"err.. boleh tapi-"
belum sempat ia menghabiskan kata-katanya, Qing Yuan sudah menarik tangan Yue Yue untuk berjalan keluar dari aula utama itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/251246463-288-k545780.jpg)
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Ficțiune istorică[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...