TOTS: Y 64

263 38 0
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

Setelah Yue Yue mendengar ceritanya, dia hanya mampu terdiam dan menenangkan Lin Xi dengan cara memeluknya.

"Jadi apa sebenarnya kuasa terlarang itu?" Ujarnya sambil meleraikan pelukan itu.

"Melihat Masa Depan dan Masa Lalu"

"Ehhh?? Hanya dua itu saja??" Kata Yue Yue dengan raut wajah yang kelihatan sedikit hampa itu.

"Bukankah kau juga menginginkan kuasa ini supaya kau lulus dalam ujian pengiraan (matematik) kau?"

Mendengar ia berkata sebegitu, Yue Yue pun terdiam. Apa yang dikatakan oleh Lin Xi tadi benar.

Di dunianya, Dia sangat benci dengan pengiraan. Dia tidak suka X dan Y. Di alam persekolahannya, dia selalu mendapat keputusan yang cemerlang di subjek lain tetapi tidak pada subjek pengiraan.

Jika Kelas Pengiraannya itu diduduki 36 pelajar, maka dia lah pelajar yang terakhir. Oleh itu, jika ujian pengiraan berlangsung dia berdoa kepada Tuhan agar dia diberikan kuasa yang dapat melihat masa depan agar dia boleh mendapat Jawapan bagi ujian pengiraannya itu.

Namun sayang doanya tidak pernah ditunaikan dan tentu saja hal itu mustahil.

"Tunggu. Lin Xi.. berapa banyak yang kau tahu pasal aku?"

"Hm.. sikit saja, aku juga tahu kau seorang pembunuh upahan."

"Ha?!"

"Aa.. aku akan ceritakan hal itu nanti tapi sekarang aku perlukan bantuan kau"

Sebelum Yue Yue kembali fokus dengan permintaan Lin Xi itu, dia cuba menenangkan fikirannya.

"Baiklah. Jadi apa rancangan kau?"

"Di Istana Langit, ada sebuah tempat yang sudah di biarkan lama dan disana ada jalan rahsia."

"Kemudian?"

"Kalau kau jalan lurus ke dalam, kau akan berjumpa dua laluan iaitu kiri dan kanan, kau ambil bahagian kanan kemudian masuk ke dalam bilik. Disana kau akan berjumpa dengan adik ku."

Setelah mendengar rancangannya, Yue Yue pun menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

"Adik kau diculik atau??"

"Dia diculik. Ohya, sebelum kau berjumpa dengan adik ku.. aku mahu kau cari sebuah ubat yang terletak di sebalik Racun bunga 7warna."

"Ubat?"

"Hmm, itu adalah tanda terima kasih daripada aku."

"Erk.. tapi aku belum.."

"Shhh.. jangan buang masa.. jumpa lagi, Mo Yue Yue."

"Eh? Ha? K-Kejappp!!!"

Belum sempat ia menahannya, dia sudah tersedar dari pengsannya.

Saat ia membuka matanya, Xiao ba dengan pantas mendekatinya lalu ia menangis disebelahnya. Sudah kebiasaannya untuk mendengar Xiao ba menangis sebab Xiao ba akan selalu menangis jika dia tiba-tiba tidak menyedarkan dirinya.

"Yue Yue, kau sudah bangun?"

Permaisuri Chua memandang Yue Yue dengan raut wajah yang penuh kerisauan.

"Cik Mudaaaa!!!"

Tangisannya yang semakin kuat itu membuatkan Bai Feng segera masuk ke dalam bilik yang Yue Yue berada itu.

"Zhen Yue Yue?!"

Yue Yue memandang ke arahnya lalu dia mengeluh kecil. "Sudahlah Xiao ba.. aku belum mati lagi" ujar Yue Yue cuba menenangkan Xiao ba daripada terus menangis itu.

Mendengar ia berkata sedemikian Xiao ba pun cuba menenangkan dirinya itu. Walaupun Yue Yue berkata begitu tetapi Xiao ba tetap risau akan kesihatan Cik Mudanya itu.

Mana tidaknya kalau kebelakangan ini Yue Yue seringkali pengsan secara tiba-tiba dan bila diperiksa badannya, Tabib yang memeriksanya hanya mengatakan badannya lemah.

Dia pernah kehilangannya sekali, mana mungkin dia mahu kejadian itu berulang kembali.

Setelah dia diperiksa kembali oleh tabib Diraja itu, mereka pun meninggalkan Yue Yue seorang disana untuk merehatkan dirinya setelah pengsan beberapa jam itu.

Hari sudah semakin larut malam, Dia berjalan keluar dari biliknya itu dengan langkah yang perlahan. Pakaiannya yang serba hitam itu membuatkan pergerakannya tidak disedari oleh Pengawal-pengawal yang berhampiran.

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now