𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
3 TAHUN LEPAS ~
"Kita harus membatalkan pertunangan Qing Yuan dan gadis lemah itu."
"Tapi mustahil kita dapat melakukannya. Pertunangan itu arahan daripada Maharaja Zhou."
"Betul! Kita tidak boleh membatalkan pertunangan itu begitu saja."
"Ah, mereka sedang bercerita tentang kau"
"Tetap saja orang bodoh" ujarnya dingin.
"Hey Qing Yuan tunggu !!!" Tanpa membuang masa ia pun berlari mengejar Qing Yuan yang sudah berada jauh darinya.
"Zhe Hu, dapatkan maklumat tentang 'tunang' aku itu."
"Tunang? Maksud Kau, Cik Muda Zhen?"
"Jadi dia dari keluarga Zhen? Apa kau tahu apa-apa tentangnya?" Ujar Qing Yuan dengan nada yang ingin tahu.
"Ah, dari apa yang aku dengar.. Dia seorang yang lemah. Dia tidak memiliki apa-apa tahap dan dia juga tidak disayangi oleh keluarganya."
"Oh" mendengar kata-katanya itu, Qing Yuan pun terdiam. Dia tidak sangka Tunangnya adalah orang seperti itu."Zhe Hu.. aku ada urusan, kau kembali lah dulu ke tempat latihan" kata Qing Yuan lalu ia terus menghilang begitu saja.
Setelah perginya Qing Yuan, Zhe Yu pun mengeluh kecil.
"Apa yang kau buat disini?"
"Eh, mahaguru itu.."
"Cepat kembali ke tempat Latihan dan dimana Qing Yuan ?"
"Err.. itu.."
"Hm, sudahlah kembali berlatih."
"B-baiklah" kata Zhe Hu terus berlari menuju ke tempat latihan semula.
Qing Yuan menghentikan langkahnya di depan kediaman Zhen. "Jadi ini kediamannya?" Bisik Qing Yuan dalam hati.
Sekarang Qing Yuan berada di Kediaman Zhen. Kediaman Tunangnya yang dikatakan itu. Walaubagaimanapun, tiada orang dapat melihat dirinya sebab dia menggunakan kuasanya.
"Itukah dia?"
Wajahnya yang lemah dan pakaiannya yang tidak teratur itu membuatkan ia tidak percaya dengan apa yang ia lihat sekarang.
"Yue Yue!"
Jeritan yang kuat itu menyedarkannya kembali. "Jadi dia orangnya?"
"Jangan kau fikir kau dipilih untuk bertunang dengan Yang Mulia Qing Yuan, kau akan selamat begitu saja! Kau takkan pernah menjadi isterinya!" Kata seorang gadis yang berpakaian serba mewah kepada Yue Yue.
"hm, haih, apakah Maharaja Zhou sudah hilang akal? Tsk."
Qing Yuan kembali ke tempat latihannya dengan raut wajah yang kesal. Dia kesal dengan apa yang ia lihat pada harini.
"Macam mana?"
"Hm?"
"Dia?"
"Biasa"
"Eh? -_-' adakah itu satu jawapan?"
2tahun telah berlalu, dan sepanjang tahun itu berlangsung.. Qing Yuan selalu melihat Yue Yue iaitu tunangnya dari jauh.
Pada mulanya semuanya seperti biasa sahaja, dibuli, dihina dan dipukul tetapi sesuatu telah berlaku dan menyebabkan beberapa kekecohan di Kerajaan Langit dan beberapa Kerajaan yang memiliki kuasa spiritual yang lebih tinggi dari kuasa yang dimiliki oleh Dunia Spiritual iaitu Kerajaan perantaraan.
Kekecohan itu terjadi disebabkan ..
"Hm? Kenapa harini kosong?" Ketus Qing Yuan.
Dengan langkah yang perlahan ia mendekati Bilik Yue Yue yang agak jauh dari kediaman Zhen itu dan pada ketika itu, tetiba sahaja badannya menjadi panas.
Kuasa dalamannya juga tidak dapat dikawal, sebelum ia semakin merosot, dia perlu meninggalkan kediaman Zhen dengan segara.
Kalau tidak, dia akan diketahui oleh Keluarga Zhen. Sebelum ia berlalu pergi, dia sempat melihat Yue Yue yang sedang terbaring di atas katil yang tidak tersedia tilam itu. Mukanya pucat seperti..
"Apa dia mati?"
Setelah itu, dia cepat-cepat berlalu pergi dari Kediaman Zhen itu. Apabila dia sampai sahaja di biliknya, Dia mula menenangkan dirinya.
Kuasanya tidak dapat terkawal. Kekuatan terkuatnya mula memberontak dalam dirinya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Seperti ada sesuatu yang akan mengubah dunia penuh kuasa spritual ini. "Zhen Yue Yue"
Itulah perkataan terakhir Qing Yuan sebelum ia akhirnya jatuh pengsan disebabkan kekuatan terkuatnya itu mula keluar dari badannya.
Dan sebelum kekuatannya itu disedari oleh orang-orang lain, Para Pendeta Suci telah membawanya pergi. Mereka berjaya menyelamatkannya.
"Dia sudah datang"
"Kuasanya begitu kuat, dia bahkan mengambil sedikit tenaga dan aura kita."
"Diam, sekarang fokus kepada Dewa Api Suci. Kita perlu mengunci kembali kuasanya ini"
"Baiklah, Ketua Pendeta"
Sebaik sahaja mereka berada diposisi masing-masing. Mereka pun menggunakan Tenaga terakhir mereka untuk mengunci semula Kuasa Api Suci milik Qing Yuan itu.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Fiction Historique[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...