TOTS: Y 63

260 35 0
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

"Kau kena tolong adik aku!"

Yue Yue mengerutkan dahinya, dia tidak memahami apa yang dikatakan oleh gadis itu.

Melihat Yue Yue semakin kebingungan dia pun menceritakan hal yang sebenar kepada Yue Yue.

"Sebenarnya..."

[ HER STORY --- ]

Nama sebenar gadis itu ialah Xuan Lin Xi, dia adalah anak sulung daripada tiga beradiknya, sebagai seorang anak pertama dalam keluarga dia perlu memiliki kuasa yang kuat untuk meneruskan hidupnya dan melindungi keluarganya itu.

Oleh kerana itu, dia mengikuti Pemilihan kemasukan ke Long Bai Sekte. Long Bai Sekte adalah sekolah yang didirikan oleh Maharaja Wang di kerajaan Laut itu. Ia merupakan sebuah sekolah yang cukup terkenal di sana.

Lin Xi memiliki sifat yang ingin tahu yang sangat tinggi itu adalah keburukannya dan hal itu membawa padah kepadanya.

Selang setahun ia menjadi pelajar di Long Bai Sekte. Lin Xi diceritakan telah membuat kesalahan yang besar dan kesalahannya itu telah membuatkan kehidupannya berubah 100%.

Ia dikabarkan telah mempelajari Kuasa terlarang daripada orang luar yang menyebabkan ia tidak dapat meneruskan pembelajarannya di Long Bai Sekte.

Kerana kuasa terlarangnya itu adalah milik daripada seorang biksu yang telah dibuang daripada Dunia Dewa Dewi. Biksu itu juga dilarang untuk mengambil pelajar atau mengajari orang mengenai kuasanya itu kepada orang lain kerana dipercayai kuasa itu akan membuatkan orang ramai menginginkannya.

Namun entah bagaimana, Lin Xi berjaya mempelajari kuasa itu dan telah menguasainya sedangkan biksu itu sudah lama meninggal dunia.

Disebabkan kuasa yang ia miliki itu, Dirinya menjadi buruan kuasa-kuasa besar.

Walaupun dia berjaya melarikan diri atas bantuan ayahnya namun keluarganya tidak berjaya melarikan diri dan mereka pada akhirnya mati dibunuh di Kediaman Xuan oleh seseorang yang turut menginginkan kuasa terlarang itu.

Lin Xi tahu keluarganya akan dibunuh jadi dia telah berbincang dengan keluarganya untuk menyembunyikan salah seorang dari adiknya untuk terus hidup.

Jikalau tidak, Keturunan Xuan akan berakhir begitu saja. Seperti yang diputuskan oleh mereka, Ayahnya iaitu Tuan Xuan memilih anaknya yang terakhir yang pada ketika itu baru berusia tiga tahun untuk terus hidup.

Anaknya itu dibawa pergi dengan bantuan seorang kenalannya.

Seperti yang dikatakan oleh Lin Xi, Pada malam pertama bulan purnama, orang yang akan menyerang mereka telah tiba di kediaman Xuan.

Malam itu adalah malam yang tidak dapat dimaafkan oleh Lin Xi. Keluarganya dibunuh dengan kejam oleh orang itu.

Dia menyesal, menyesal kerana mempelajari kuasa terlarang itu.

Dimana Lin Xi sepanjang tahun itu berlalu, dia sebenarnya telah memisahkan rohnya daripada jasadnya dan dia masuk ke dalam sebuah lukisan yang merupakan lukisan dirinya.

Lukisan itu akhirnya dijaga oleh seorang biksu yang tahu akan rahsia gelap Lukisan itu.

Tahun berselang tahun, Lin Xi tidak pernah menua.. Dia hidup bersendirian di Lukisan itu. Ia sering menangis kerana selalu menyalahkan dirinya sendiri atas kematian keluarganya itu.

Namun itu bukanlah pengakhirannya. Dia sebenarnya sedang menunggu seseorang. Seseorang yang akan membantunya. Seseorang yang bukan berasal dari dunianya dan dia baru teringat sesuatu.

Adiknya yang terselamat itu. Melalui kuasanya, ia dapat melihat adiknya sedang hidup dengan aman.

Tetapi dia dikejutkan dengan sesuatu. Adiknya telah merancang untuk membalas dendam terhadap kematian keluarganya.

[ END . ]

Gadis itu yang bernama Lin Xi itu menghentikan ceritanya. Air matanya mengalir deras di pipinya.

- CONTINUEEE

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now