TOTS: Y 46

328 43 0
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

Beberapa minit telah berlalu, Seorang lelaki tiba-tiba memasuki bilik yang didiami oleh Yue Yue itu.

Cui Ling dan Xiao ba sudah bersedia untuk melindungi Yue Yue. "Cik Muda Zhen"

Lelaki itu memberhentikan langkahnya apabila dia melihat wajah Cui Ling yang serius itu. Tanpa ia sedari, Pedang yang dimiliki oleh Cui Ling itu sudah dihalakan kearahnya.

Dia tersenyum janggal. "Tuan, bukankah kamu sudah bertindak biadap?" Yue Yue memandang wajah lelaki itu dengan tatapan mata yang dingin.

Dia menghirup perlahan air teh yang disediakan untuknya itu.

"M-maaf.. Saya sedar atas sikap saya yang biadap sebentar tadi" ujarnya sambil menundukkan kepalanya sedikit. Postur badannya menunjukkan dia sedar atas kesilapannya tadi.

Yue Yue mengeluh kecil lalu dia bangun dari tempat duduknya. Perlahan ia mendekatinya, Setelah ia sudah berada dihadapannya.. Yue Yue pun memandang lelaki itu dengan raut wajah yang dingin.

"Apa yang kau mahukan?"

"Maaf kerana menganggu, Saya dihantar oleh Yang Mulia Long untuk membawa Cik Muda Zhen ke tempatnya." Ujarnya dengan kepala yang masih menunduk ke bawah itu.

"Lantai itu biasa sahaja. Kau boleh mengangkat semula kepalamu" suaranya kedengaran begitu dingin.

"B-baiklah"

"Cui Ling"

Cui Ling mengangguk perlahan lalu dia memasukkan semula pedangnya itu di dalam sarungnya. Seperti arahannya tadi, Lelaki itu membetulkan posisi badannya lalu dia memandang wajah Yue Yue yang berada tidak jauh darinya itu.

"Bawa aku ke sana" arahannya yang simple itu difahaminya. Tanpa membuang masa, dia pun membuka langkah untuk Yue Yue keluar dari bilik itu dan bertemu dengan Yang Mulia Long seperti yang dikatakan olehnya tadi.

"Cui Ling seorang yang pantas. Patut saja, dia menjadi mata-mata yang dipercayai oleh Qing Yuan" gumamnya dalam hati sambil memandang langit yang cerah itu.

"Cik Muda Zhen, Yang Mulia Long sudah lama menanti kedatangan anda" ujar lelaki itu dengan posisi kepalanya yang menundukkan sedikit. "Terima kasih atas masa kamu" Yue Yue mengukir senyuman kecil lalu dia berjalan menuju ke arah Yang Mulia Long itu.

Dia menggenggam kedua-dua tangannya, dia tidak tahu kenapa hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Sebelum dia masuk ke tempat yang dikatakan oleh lelaki itu, Cui Ling dan Xiao ba telah diminta untuk berada di luar dan hanya dia sahaja yang boleh masuk ke dalam.

Bahkan lelaki itu juga tidak terkecuali daripada arahannya itu.

"Siapa Kamu?" Suaranya yang kedengaran dingin itu membuatkan Yue Yue sedikit terkejut. Suara itu kedengaran dari belakangnya.

Perlahan demi perlahan, bunyi tapak kakinya itu mendekatinya. "Siapa kamu? Aku tidak pernah meminta sesiapa kesini?" Ujarnya lagi dengan nada suaranya yang dingin itu.

"M-maaf, bukankah ini arahan kau sendiri?" Kata Yue Yue tanpa menoleh ke belakang. Dia sudah mengambil keputusan untuk tidak menoleh ke belakang. "Aku?"

Dia mengerut keningnya. Nada suaranya kedengaran seperti ia dalam kehairanan.

"Boleh aku tahu, apakah kau Yang Mulia Long?" Ujar Yue Yue perlahan.

Mendengar kata-kata Yue Yue sebentar tadi itu membuatkan dia terdiam seketika. "Siapa kamu?"

"Maaf, aku agak lambat dalam mengenalkan diri ku. Aku ialah Zhen Yue Yue" Kata Yue Yue sambil menoleh kebelakang.

  Yue Yue sedikit terkejut apabila dia melihatnya. "Apa kau sakit?" Tanpa ia sedari, pertanyaan itu meluncur keluar dari mulutnya.

Tentu saja Yue Yue cepat-cepat menutup mulutnya dan dia meminta maaf atas kelancangan mulutnya sebentar tadi.

"Maaf, aku tidak sengaja untuk menanyai soalan itu" Yue Yue menundukan sedikit kepalanya menandakan ia sedang meminta maaf kepadanya.

"Tidak. Sudah tentu kamu akan terkejut, lagipun ini adalah kali pertama kita bertemu Cik Muda Zhen" ujarnya dengan nada yang perlahan. Wajahnya yang kini terukir senyuman kecil itu membuatkan Yue Yue merasa sedikit lega.

"Jadi.."

"Hm?"

"Apa tujuan kamu kesini? Siapa yang memberikan kamu arahan untuk kesini?" Katanya sambil memandang ke arah Yue Yue.

Walaupun matanya tertutup dengan kain putih itu, namun reaksi wajahnya tetap kelihatan bahkan auranya juga tidak boleh dilindungi.

"Abang!!"

"Abang?"

"Bai feng?"

NEW CAST , TOTS; Y

(Sila nantikan next chapter)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sila nantikan next chapter)

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now