𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Walaupun Yue Yue tahu dia semakin sesat di hutan itu namun dia tetap berjalan dengan langkah yang berhati-hati.
Angin lembut yang melanggar tubuhnya itu membuatkan ia merasa kesejukan. Kedua-dua telapak tangannya itu digosok dengan perlahan untuk mengekalkan haba badannya panas.
Xiao ba yang sedar Cik Mudanya itu sudah hilang di depan matanya terus berlari kembali ke kediaman Zhen untuk meminta pertolongan.
Pintu masuk kediaman Zhen itu dibuka secara mengejut olehnya lalu dia berlari menuju ke aula utama untuk meminta pertolongan dari Perdana Menteri Zhen.
"Tuan Perdana Menteri Zhen!!" Jeritnya dengan nada yang tercungap-cungap.
Jeritannya itu membuatkan mereka yang berada disana terkejut. "Mengapa kamu terjerit-jerit seperti orang gila?!" Kata Ru Shi yang kebetulan berada di sana.
"Tuan Perdana Menteri Zhen, Tolonggg!! Cik Muda tadi.. sebenarnya.." Xiao Ba mula menceritakan apa yang berlaku kepada Perdana Menteri Zhen dan dia berharap Perdana Menteri Zhen akan segera menghantar orang untuk mencari Cik Mudanya itu.
Namun, tanggapannya itu salah. Perdana Menteri Zhen bukan sahaja tidak terkejut dengan hal itu tetapi beliau juga menyuruh Xiao Ba untuk berehat dan menenangkan diri di biliknya.
"Kamu berehatlah dahulu. Nanti Aku akan mengarah orang untuk mencarinya"
"Ta-tapi Tuan.. hari sudah semakin gelap.. macam mana kalau nanti Cik Muda di-"
"Biadab! Apa kau tidak dengar apa yang Ayahku katakan?!" Katanya dengan nada yang lantang.
"T-tapi.."
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Ru Shi tiba-tiba menampar pipinya dengan kuat, membuatkan ia terdiam.
"KAMU HANYA MENGGANGGU PERDANA MENTERI ZHEN! YU HUA, KURUNG DIA DI BILIKNYA!"
Dia yang bernama Yu Hua itu menganggukkan kepalanya lalu dia menarik tangan Xiao Ba untuk keluar dari aula utama itu.
Sampai sahaja dia di bilik Xiao Ba, Dia pun menolaknya untuk masuk ke dalam Bilik itu lalu dia mengunci pintu bilik itu. Xiao ba yang jatuh di atas lantai itu terus berdiri mendekati pintu biliknya yang sudah terkunci itu dengan jeritan meminta tolong pintu biliknya dibuka.
"Yu Huaaa, Tolonglah buka pintu ni! Yu Hua! Tuan Perdana Menteri Zhen.. Cik Muda Ru Shi (😭) Tolonglah.. sesiapaaa disanaaaa tolonggggg.. Cik Muda Yue memerlukan bantuan sekarang!!"
Walaupun dia sudah menjerit sekuat hatinya tetapi jeritannya itu tetap tidak diendahkan oleh mereka. Hatinya sudah semakin gelisah kerana langit sudah semakin gelap.
"Ahh, bila mereka mahu dat- bodoh! Sudah semestinya ini rancangan mereka.. takkan kau masih mahu berharap yang mereka akan mencari kau disini, dasar perempuan bodoh" ketus Yue Yue dalam hati sambil menendang batu sederhana besar dihadapannya itu.
"Hey!"
Yue Yue segera menoleh kebelakangnya untuk melihat siapakah yang menegurnya tadi.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Ficción histórica[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...