[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ]
[ DALAM PROSES PEMBAIKAN ]
Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...
"Berjumpa dengan musuh Yang Mulia Qing Yuan secara senyap-senyap?!" Wajahnya mula berkerut.
Melihat reaksi Tuan Puteri Yuan Yuan itu, Ru Shi pun berasa senang kerana rancangannya telah berjaya.
"Tuan Puteri, Jika Tuan Puteri mahu menghukum Yue Yue, maka hukumlah sekali Ru Shi kerana Ru Sh-"
"silakan."
Ayat Yue Yue itu membuatkan Ru Shi terdiam. Puteri Yuan Yuan segera menoleh ke tempat Yue Yue. Wajah Yue Yue pada ketika itu kelihatan sangat tenang. "Jadi Kamu Yue Yue? Zhen Yue Yue, Tunang Pakcik Qing Yuan?" Kata Puteri Yuan Yuan dengan nada yang serius.
Yue Yue mengangguk kecil lalu dia kembali menatap wajah Puteri Yuan Yuan yang kesal terhadap dirinya itu.
"Baiklah, mari kita bermain. ZHEN RU SHI"
"Apa yang dikatakan oleh Ru Shi tadi adalah benar Tuan Puteri. Jika Tuan Puteri mahu menghukum ku maka Tuan Puteri boleh menghukumnya duluan seperti yang ia inginkan." Ujarnya sambil memandang wajah Ru Shi yang kelihatan gelisah itu.
"Mei Mei tak sangka Jie Jie sanggup dihukum dahulu. Jie Jie jangan risau, Mei Mei akan membalas kebaikan Jie Jie nanti" Kata Yue Yue sekali lagi. Kali ini dia sengaja membuat wajah sedih agar kata-katanya tadi menjadi sedih.
Mendengar Yue Yue berkata demikian, Ru Shi mula ketakutan namun ia tetap berpura-pura sedih.
"Tidak Sopan!"
Dayang tertinggi Tuan Puteri Yuan Yuan mula bersuara. Yue Yue tahu Dayang tertinggi Tuan Puteri Yuan Yuan itu berpihak kepada Ru Shi.
"Zhen Yue Yue, Kamu tidak sedar dengan apa yang kamu katakan tadi?! Ru Shi adalah kakak kamu dan berani kamu mahu dia dihukum dahulu sebelum kamu?!" Ujarnya dengan nada yang lantang.
Yue Yue tahu Dayang tertinggi itu sengaja menguatkan suaranya agar orang lain dapat mendengar apa yang ia katakan tadi.
"Tuan Puteri patut melaporkan Hal ini kepada Maharaja Jika tid-"
"Kamu cuma seorang dayang tertinggi kenapa Adik ku perlu mendengar kata-kata kamu?" Suara yang serius itu membuatkan semua yang disana menoleh ke arahnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dia ialah Li Xia Fei. Puteri Mahkota Dunia Spiritual. Haiwan ajaibnya ialah Phoenix. Dia digelar Dewi Phoenix kerana sikapnya yang Lemah Lembut, baik dan Sopan itu.
"Jie Jie?" Puteri Yuan Yuan agak terkejut dengan kehadiran Kakaknya itu kerana setahunya Kakaknya akan pulang Ke Dunia Spiritual selepas pelatihannya di Dunia Dewa Dewi tamat.
Li Xia Fei sebenarnya sudah lama meninggalkan Dunia Spiritual untuk berlatih di Dunia Dewa Dewi tetapi kehadirannya disana membuatkan semua orang terkejut.
"Eh? Watak baru?" Ketus Yue Yue dalam hati.
"Yuan Yuan, apa sebenarnya yang terjadi di sini?" Ujar Xia Fei dengan nada yang lembut. Semua lelaki yang mendengar suaranya mula tertarik dengannya begitu juga Yue Yue. "Kalaulah aku lelaki.. Aku mesti jadikan dia isteri ku"
"Sebenarnya tadi Yuan Yuan berjalan-jalan disini dan akhirnya, Yuan Yuan terdengar Ru Shi kata yang Yue Yue berjumpa dengan musuh Pakcik Qing Yuan jadi-"
"Sebentar, Yue Yue berjumpa dengan musuh Qing Yuan? Maksud Yuan Yuan?" Wajah Xia Fei yang kehairanan itu membuatkan Yue Yue mula merasakan sesuatu yang tidak bagus.
"Ahh, Yuan Yuan lupa.. Sebenarnya selepas Jie Jie pergi.. Ayahanda menunangkan Pakcik Qing Yuan dengan Zhen Yue Yue, Puteri gagal Perdana Menteri Zhen." Ujar Puteri Yuan Yuan itu sambil menjeling tajam ke arah Yue Yue.
Yue Yue yang melihat jelingan tajamnya itu hanya mendiamkan dirinya saja. Mendengar Puteri Yuan Yuan berkata sedemikian, Xia Fei pun terkejut lalu dia memandang Yue Yue.
Daripada tatapan Xia Fei itu, Yue Yue dapat merasakan Xia Fei tidak senang dengan berita yang ia dengarkan tadi atau dalam kata erti lain. Xia Fei mungkin berharap kepada Qing Yuan.
Tanpa berkata-kata apa-apa lagi, Xia Fei tiba-tiba menarik tangan Yuan Yuan untuk pergi dari situ.
Setelah mereka pergi, Yue Yue pun kembali memandang Ru Shi. Kali ini, Yue Yue sudah tidak mahu berlakon seperti orang bodoh dan lemah dihadapan Ru Shi kerana dia tahu berlakon seperti itu hanya membuatkan dirinya semakin dipandang rendah.
"Maaf, Kau sudah menganggu kesenanganku." Ujar Yue Yue dengan nada yang serius lalu dia meneruskan jalannya.
"Darimana dia dapat keberanian untuk bercakap begitu?! Dasar Perempuan gagal! Kau benar-benar mencabar aku."