TOTS: Y 22

594 77 0
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

Sebaik sahaja dia menoleh kebelakang, dia tiba-tiba dikerumuni oleh beberapa orang yang berpakaian serba hitam itu.

"Berhenti disitu Siluman Rubah Putih !!" Kata mereka dengan tegas.

Yue Yue yang kebetulan berpakaian serba putih itu terus berdiri kaku di sana. Dia mula kehairanan "apa itu nama panggilan ku yang baru?" Bisik Hatinya.

"Heh, sekarang kau mahu lari kemana Ha?!"

"?" Yue Yue memandang mereka dengan wajah yang kehairanan. Dia tidak kenal siapa 'dia' yang mereka maksudkan itu.

"Kau ingat kau menyamar jadi perempuan, kami tidak boleh mengenali kau!"

"Tangkap Dia!"

Sebaik sahaja ia berkata sedemikian, Mereka pun menangkapnya dengan mengunakan Jaring Sutera yang sudah diletakkan racun penenang disetiap jaringannya.

Disebabkan tindakan mereka yang pantas itu, Yue Yue tidak dapat melarikan dirinya lagipun dia masih dalam keadaan yang 'blur' kerana mereka terlampau mengejut.

"Cik muda.. Saya sud- Yang Mulia?!" Langkahnya terhenti, kepalanya ditundukkan kebawah.

"Mei Ru, Kamu kemana saja beberapa bulan ini?" Ujarnya dengan nada yang lembut.

Yang Mulia yang dimaksudkan oleh Mei Ru itu bukanlah Qing Yuan tetapi dia ialah Yang Mulia Bai Feng.

"M-macam m-mana Yang Mulia boleh t-tahu M-Mei Ru boleh berada disini?!" Tanya Mei Ru dengan nada yang tergagap-gagap.

"Long Mei Ru.. kamu lupa identiti kamu?"

Mendengar Ia menyebut Identiti, Mei ru terus menutup mulut Yang Mulia itu dengan mengunakan kuasanya.

"D-diam! M-maaf" dengan cepat Mei Ru menghilangkan Kuasanya itu lalu dia mengalihkan pandangannya ke tepi. Dia tahu dia sudah melakukan kesilapan.

"Nampaknya kuasa kamu sudah semakin meningkat." Ujarnya dengan nada yang tenang.

"Itu.." Mei Ru tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana mereka tiba-tiba didatangi oleh seseorang yang merupakan pembantu Peribadi Bai Feng itu.

"Yang Mulia"

"Zhi wei, kau tidak nampak yang beta sed-"

"Siluman Rubah Putih sudah berjaya ditangkap dan sekarang ia berada di kem kita."

"Siluman Rubah Putih. Heh, akhirnya.. ahh, Mei Ru, Maaf kita tidak dapat berbual panjang lagi. Tapi kamu jangan risau, Aku akan bawa kamu kembali ke Kediaman kita semula nanti. Selamat berjumpa lagi" katanya terus berlalu pergi dari situ.

  Setelah Ia pergi, Mei Ru pun menghela nafas lega tetapi kelegaannya itu hanya berlangsung sekejap apabila dia tiba-tiba terdengar jeritan Xiao Ba.

*Bushhh* Muka Yue Yue disimbah dengan sebaldi air. Simbahan itu membuatkan ia terbangun dari pengsannya.

"Siluman Rubah Putih.. akhirnya kit-"

Dia terdiam seketika apabila dia melihat wajah Yue Yue.

"Haa? Siapa pula Lelaki ni?"

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now