𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Angin dingin yang melanggari tubuhnya itu membuatkan ia terpaksa menutup tubuhnya dengan baju sejuknya itu. Yue Yue mengeluh kecil apabila ia teringat tentang dunia lamanya, agak lama ia berdiri di luar biliknya semata-mata untuk berfikir dan terus berfikir tentang kejadian aneh yang ia rasakan tadi. Sekejap ia melihat telapak tangannya, sekejap ia mendongakkan kepalanya ke atas dan tanpa ia sedari dirinya telah diperhati lama oleh seseorang yang berada tidak jauh dari biliknya itu.
Setelah beberapa minit berlalu, Yue Yue tiba-tiba dapat merasakan seperti seseorang sedang memerhatikannya, dan keberadaan orang yang sedang memerhatikannya itu tidaklah jauh dari tempatnya berada sekarang. "Nampaknya kamu sudah tahu" desisnya dalam hati terus turun dari tempatnya berada tadi lalu dia berjalan mendekati Yue Yue.
"siapa kau?" Tanya Yue Yue dengan nada yang tenang, Orang yang memerhatikannya tadi kini berada tidak jauh dari tempat Yue Yue dalam 10 Langkah sahaja dia akan sampai di tempat Yue Yue berdiri. "Berbeza dari yang dicerita, kamu bukan seorang yang lemah" ujarnya sambil berjalan mendekati Yue Yue. "maksud kau?"
"Kau bukan Yue Yue yang sebenar buk-" Belum sempat ia menghabiskan kata-katanya sudah Yue Yue berlari ke tempat orang itu berada lalu ia menekup mulut orang itu agar perkataannya tadi tidak didengari orang lain.
Senyuman sinis mula terukir dibibirnya,
"heh, nampaknya betullah apa yan-"
"shh" Yue Yue kembali menekup mulut orang itu lalu dia menarik orang itu untuk masuk kedalam sebuah almari yang kosong itu. Yue Yue meletakkan Jari telunjuknya dibibirnya mengisyaratkan untuk tidak berbuat bising.
Pada mulanya orang itu tidak memahami perbuatan Yue Yue itu tetapi selepas ia terdengar bunyi tapak kaki sedang berjalan dengan perlahan, Ia pun menganggukkan kepalanya lalu dia mula memfokuskan dirinya untuk mendengar perbuatan pemilik bunyi tapak kaki itu. Setelah beberapa minit berlalu, Bunyi tapak kaki itu pun hilang. "Mereka sudah tiada, ketepi" ujar Yue Yue dengan nada yang sederhana kuat lalu dia berjalan kembali kedalam biliknya namun belum sempat ia memasuki biliknya, Tangannya sudah ditarik oleh orang tadi.
Kalini dia yang menekup mulut Yue Yue lalu dia membawa Yue Yue ke tempat mereka bersembunyi tadi. "shh, mereka bersembunyi di sebalik pintu bilik kau" ujarnya dengan nada yang perlahan.
"Maksud kau? Bukankah mereka sudah pergi?"
"heh, Kau tetap tidak sebijak itu. Duduk diam disini, Aku akan menyelesaikan mereka" ujarnya teruskan berjalan masuk kedalam bilik Yue Yue. Yue Yue pada mulanya ingin mengikuti orang itu tetapi dia dapat merasakan sesuatu yang sangat kuat sehinggakan badannya tiba-tiba berasa lemah jadi dia terpaksa berehat di sana dan hanya menunggu orang itu untuk datang semula.
Bunyi bising seperti orang sedang berlawan antara satu sama lain membuatkan Yue Yue terdiam. Dia tidak menyangka apa yang orang itu katakan tadi adalah betul. setelah 5minit berlalu, suasana kembali sunyi. Pintu Almari tempat Yue Yue berada tadi tiba-tiba dibuka dengan perlahan. Yue Yue sudah bersediakan untuk menyerang tetapi tindakannya itu terhenti apabila ia melihat orang yang membuka pintu itu.
"oh, itu kau"
"Heh, kau mahu menyerang aku? apa kau tidak pandai berterima kasih?" ujarnya sambil menyilangkan tangannya didada. Wajahnya yang terukir senyuman sinis itu membuatkan Yue Yue berasa kesal.
"Pengikut siapa ni?" wajahnya yang berkerut itu membuat dia yang melihatnya tertawa kecil. "Apa yang kau ketawa? Tiada siapa yang buat lawak sekarang" kata Yue Yue kembali kesal dengan tindakan orang itu.
"Tiada. saja." katanya terus mendekati Yue Yue yang sedang melihat-lihat orang yang sudah pengsan itu.
"Pengikut Puak Zhong Zhen"
"Ha?" dia mengerutkan keningnya.
"Mereka pengikut puak Zhong Zhen. Sepatutnya mereka hanya akan muncul bila mereka terhidu kuasa yang susah untuk didapati"
Yue Yue semakin mengerutkan keningnya, dia semakin tidak memahami percakapan orang itu. "apa kau bodoh atau berpura-pura Bodoh?" ujarnya dengan nada yang kesal.
Yue Yue terdiam seketika, setelah itu dia pun memukul kepala Orang itu dengan sederhana kuat apabila dia baru sedar dari blurnya itu. "Ah!" orang itu mengusap kepalanya dengan perlahan lalu dia kembali memandang Yue Yue. "Jadi.. kau siapa sebenarnya? apa tujuan kau untuk menyamar jadi Yue Yue? dan dimana Yue Yue?" soalnya bertubi-tubi.
"apa yang kau mengarut ni?" ujar Yue Yue masih menafikan kata-kata orang itu, namun, orang itu berjaya mematahkan Lakonan Yue Yue. "jangan fikir aku bodoh seperti kau.."
"Ha?!"
"Kau masih mahu menipu dengan orang yang memiliki tahap kuasa lagi tinggi dari kau?" ujarnya dengan nada yang berbisik.
Yue Yue yang semakin geram dengannya terus menolak kasar orang itu untuk keluar dari biliknya. "Jangan masuk campur hal orang. Dasar lelaki pelik" ujar Yue Yue dengan nada yang kesal lalu dia menutup pintu biliknya dengan kuat.
Setelah Yue Yue mula berasa tenang dia pun mendekati orang-orang dari Puak zhong Zhen itu lalu dia mengikat mereka. "Malam yang memenatkan."
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Fiksi Sejarah[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...