TOTS: Y 06

851 93 3
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

 Saat Mei Ru berjalan masuk ke dalam bilik Yue Yue, dia melihat Yue Yue sedang berdiri termenung di tepi tingkap sambil memandang langit malam yang berawan itu menandakan ia akan hujan sebentar lagi ditambah lagi dengan kehadiran angin yang sejuk itu. 

  Namun semakin lama ia semakin pelik, kerana Sudah beberapa minit berlalu tetapi Yue Yue langsung tidak bergerak seinci pun. "Cik Muda Yue?" Mei Ru mengerakkan sedikit bahu Yue Yue dengan perlahan kerana sudah berkali-kali ia cuba memanggilnya tetapi panggilannya itu tidak diendahkan oleh Yue Yue.

"ada sesuatu yang tidak kena.. Kenapa disini ada bau teratai?" gumam Mei Ru dalam hati. Kerana hatinya mula berasa tidak enak, dia pun mula berhati-hati. Bau Teratai yang dikatakan oleh Mei Ru itu semakin lama semakin kuat apabila dia semakin mendekati Yue Yue.

"takkan bau ini berasal dari..."

"Mei Ru" alur suara yang kedengaran lembut itu membuatkan Mei Ru tersontak. Dia menoleh kebelakang kerana suara itu kedengaran seperti berada dibelakangnya tetapi saat dia menoleh kebelakang.. Ia sedar yang sekarang memang ada yang tidak kena.

"Mei Ru"

 Sekali lagi ia mendengar suara aneh yang memanggil namanya itu. Namun, Kali ini nada suara itu agak sedikit berubah dan ia juga dapat merasakan sesuatu saat ia mendengar namanya disebut. "suaranya.. dia ada kuasa penaikkan Tahap!"

 Sebenarnya, apa yang dirasakan oleh Mei Ru pada ketika itu adalah penaikkan tahap kuasanya. Suara yang memanggil lembut namanya itu telah menaikkan tahap kuasanya secara alami. Perkara ini hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu memiliki kuasa Dewi.

"Mei Ru?" Mei Ru kembali tersedar. Yue Yue yang berada dihadapannya ditatap lama, Mei Ru merasakan orang yang memberikan ia penaikkan kuasa tanpa berlatih itu ialah ...

"Cik Muda Yue"

 Yue Yue yang baru sahaja mahu menutup tingkap biliknya itu terus memberhentikan perbuatannya lalu ia memandang Mei Ru dengan senyuman yang manis. "kenapa?"

"Cik Muda Yue dikenali sebagai salah satu Puteri yang gagal bukan?" ujar Mei Ru dengan nada yang serius. Mendengar ia berkata sedemikian Yue Yue hanya tersenyum kecil, Namun, tidak dinafikan dia memang terkejut dengan kata-kata Mei Ru tadi kerana sebelum ini Mei Ru tidak pernah berkata sebegitu kepadanya. "ha, bukankah kamu tidak berasa bersalah selepas berkata sebegitu? Mei Ru?" Ujar Yue Yue sambil tersenyum kecil.

 Mei Ru yang baru kembali tersedar dari kebiadapannya itu terus menundukkan badannya menandakan ia meminta maaf dengan kata-katanya tadi. "Maaf, Mei Ru cuma.. mm, Maaf, Mei Ru akan menyuruh Xiao Ba untuk menganti Mei Ru" kata Mei Ru dengan nada yang perlahan lalu ia pun berjalan keluar dari bilik Yue Yue dengan langkah yang cepat.

 Melihat tingkah laku Mei Ru yang janggal itu membuatkan Yue Yue ingin menyiasatnya. Belum sempat ia mengikuti Mei Ru dari belakang, Xiao Ba sudah masuk kedalam biliknya sambil memegang sebaldi air untuk Yue Yue mencuci mukanya sebelum tidur.

"Cik Muda Yue"

"mm?" balas Yue Yue sambil memandang wajah Xiao Ba yang manis itu. Dengan senyuman manis yang terukir dibibirnya, Xiao Ba berjalan mendekati katil Yue Yue lalu ia meletakkan bawaannya itu di atas meja yang terdapat disebelah katil Cik Mudanya itu.

"Sudah tiba masanya untuk waktu tidur Cik Muda" ujar Xiao Ba sambil mempersiapkan bahan untuk mencuci muka Cik Muda Yue-nya itu. "Baiklah.." balas Yue Yue lalu ia duduk diatas katilnya sambil badannya menghadap Xiao Ba.

 Tidak lama setelah itu, Yue Yue pun mencuci mukanya dengan perlahan. Aroma herba yang wangi itu membuatkan kepalanya menjadi ringan. "Xiao Ba, Herba apa yang kamu gunakan ini? Kenapa baunya begitu wangi dan ringan?" ujar Yue Yue sambil mengelap perlahan mukanya yang basah itu dengan kain bersih yang diberikan oleh Xiao Ba sebentar tadi.

"Herba bunga 7pelangi, Cik Muda Yue" jawab Xiao Ba dengan senyuman yang manis dibibirnya. Mendengar jawapan Xiao Ba itu membuatkan Yue Yue terdiam buat seketika. Tidak lama selepas itu ia pun kembali bersuara "Bagaimana kamu boleh mendapatkan herba ini? bukankah Herba ini hanya ada di Istana?" ujar Yue Yue dengan nada yang penuh kerisauan kerana ia takut seseorang ingin menjebak mereka.

"Cik Muda janganlah risau.. Orang yang memberikan herba ini kepada Xiao Ba bukanlah seorang yang biasa sebaliknya dia ialah orang yang paling dipercayai oleh Tuan Jenderal Liu."

"Tuan Jenderal Liu?" Yue Yue mengerutkan dahinya.

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now