𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
"Yue Yue Mei Mei?" Langkah Yue Yue terhenti, Di tengah-tengah pasar itu semua orang memandangnya dengan tatapan yang terkejut. "shit! suara Perempuan tak guna tu"
Rupanya Pemilik suara yang memanggilnya tadi itu ialah "Jie Jie" Yue Yue mengukirkan senyuman paksa dibibirnya. Ru Shi yang berada tidak jauh darinya terus berjalan menghampirinya. Orang-orang yang berada disana mula berbisik antara satu sama lain. Mereka tidak pernah menyangka gadis manis yang mereka layan tadi adalah orang yang selama ini mereka gosipkan.
"Benarkah dia Zhen Yue Yue?"
"Bukankah dia Puteri yang gagal itu? Kenapa dia berada disini?"
"Lihatlah perbezaan mereka"
"wah, ini kali pertama aku melihat Puteri Tiri dan Puteri Kandung Tuan Perdana Menteri"
"Mei Mei, apa yang kamu buat disini?" ujar Ru Shi dengan nada lembut. "ahh, Yue Yue sudah lama tidak keluar berjalan-jalan jadi Yue Yu-"
"Bagaimana kamu boleh keluar begitu saja? Oh, apakah kamu berniat untuk berjumpa lagi dengan Jenderal Liu secara diam-diam?" Ujarnya sambil membuat reaksi muka yang terkejut. Mendengar kata-kata Ru Shi tadi, orang disekeliling mereka terus terkejut kerana mereka tahu yang Yue Yue sudah bertunang dengan Yang Mulia Qing Yuan dan mereka juga tahu yang Jenderal Liu adalah Musuh utama Yang Mulia Qing Yuan.
"Bagaimana dia boleh pergi berjumpa dengan Jenderal Liu sedangkan dia sudah bertunang dengan Yang Mulia Qing Yuan"
"Bukankah dia sudah bertunang dengan Yang Mulia Qing Yuan?"
"Beraninya dia buat begitu kepada Yang Mulia Qing Yuan"
"Dasar Puteri Gagal, Melihatnya saja menambahkan kesalku"
Mendengar mereka mengutuknya membuatkan Ru Shi berasa senang kerana Rancangannya untuk memburukkan imej Yue Yue berhasil lagi. Namun kali ini dia berasa sedikit berbeza dari yang dulu kerana reaksi Yue Yue yang kosong itu.
"Kenapa Cik Muda Yue Yue diam saja? Apa andaian Cik Muda Ru Shi tadi betul?" Ujar Pembantu Setia Ru Shi itu dengan raut wajah terkejut yang dibuat-buat. Melihat wajah Ru Shi yang senang itu membuatkan kesabaran Yue Yue semakin berkurang.
"Andaian? Kenapa Jie Jie berfikir sebegitu?' Ujar Yue Yue sambil menatap Ru Shi dengan tatapan yang penuh teka teki bagi Ru Shi. "Tatapan ini.. Sejak kejadian itu.. tatapannya semakin berubah, Yue Yue tidak ada tatapan ini tapi kenapa.." Melalui tatapan Yue Yue itu, Ru Shi mula merasa curiga dengan Yue Yue. "ah, mana tahu kamu mahu berjumpa dengannya lagi.. Mei Mei kamu patut tahu yang Jenderal Liu adalah musuh Yang Mulia Qing Yuan dan kamu tidak patut berjumpa dengannya seperti semalam" ujarnya dengan nada yang kuat agar orang disekeliling mereka dapat mendengar percakapannya itu.
Seperti yang diharapkan oleh Ru Shi, Orang disekeliling mereka terus mengutuk perbuatan Yue Yue yang berjumpa dengan Jenderal Liu itu. Keadaan semakin rumit apabila datang seorang gadis di tempat mereka dengan raut wajah yang kesal.
"Ketibaan Tuan Puteri Yuan Yuan"
Mendengar laungan ketibaan Tuan Puteri Yuan Yuan dijerit. Mereka semua yang berada disana terus memberikan tunduk hormat kepadanya. Puteri Yuan Yuan itu berjalan terus sehingga ia berada tepat di depan Ru Shi. Kedatangan Tuan Puteri itu disini membuatkan ia semakin berasa senang kerana dia tahu Tuan Puteri Yuan Yuan sangat menyukai Yang Mulia Qing Yuan dan dia juga tahu yang pertunangan Yang Mulia Qing Yuan dengan Yue Yue tidak setujui oleh Tuan Puteri Yuan Yuan.
Xiao ba semakin ketakutan. Dia tidak takut kalau dia dihukum tetapi dia takut Cik Mudanya yang dihukum kerana berjumpa dengan Jenderal Liu semalam. Melihat ketakutan di raut wajah Xiao Ba, Yue Yue pun mengenggam perlahan tangan Xiao ba sambil mengukirkan senyuman yang manis dibibirnya. Dia tahu Xiao ba takut dirinya akan diapa-apakan oleh Tuan Puteri itu.
"Jelaskan apa yang kamu katakan tadi Ru Shi!" Katanya dengan nada yang marah.
Ru Shi mengangkat kepalanya lalu dia memandang tepat anak mata Puteri Yuan Yuan itu. Dalam sesaat ia terus mengubah raut wajahnya kepada raut wajah yang sedih. "Tuan Puteri Yuan Yuan.. Ru Shi minta maaf kalau apa yang dikatakan Ru Shi tadi membuatkan Tuan Puteri marah tapi semua itu memang betul dan itulah yang terjadi. Adik Ru Shi iaitu Yue Yue berjumpa dengan Jenderal Liu secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Ayah kami dan pengawal kami yang lain." Ujarnya sambil membuat nada suara yang sedih.
"Wah, dilraba juga kalah dengan lakonan dia"
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Fiksi Sejarah[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...