𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Langit malam yang kosong itu membuatkan Yue Yue mengeluh kecil. Xiao Ba yang baru sahaja masuk kedalam bilik Yue Yue itu terus menghampiri Cik Mudanya yang sedang duduk di tepi jendela biliknya itu. "Cik Muda" suaranya yang kecil dan lembut itu membuatkan Yue Yue tersedar kembali dari dunia lamunannya itu.
"Xiao Ba" senyuman yang manis terukir mekar dibibirnya, Hubungannya dengan Xiao Ba semakin rapat dan dia juga mulai menyayangi Xiao Ba kerana pada hari pertama ia didunia ini hanya Xiao Ba dan Mei Ru yang menjaganya dan melindunginya.
Hal itu kadang-kadang membuatkan Yue Yue terfikir untuk tidak berjauhan dengan mereka berdua namun ia sedar suatu hari nanti apabila misinya telah selesai ia pasti akan meninggalkan dunia ini. Oleh kerana itu, Ia telah berjanji dengan dirinya untuk melindungi mereka berdua sehingga tugasannya berakhir.
"Cik Muda, apa cik muda bosan sekarang?" soal Xiao Ba dengan raut wajahnya yang polos itu. Yue Yue hanya mengangguk kecil lalu ia kembali menikmati langit malam yang kosong itu. "mm, Apa Cik Muda mahu bersiar-siar?" ujar Xiao Ba sekali lagi tetapi kali ini ia hiasi raut wajahnya dengan senyuman yang manis di bibirnya.
Mendengar kata-kata Xiao Ba itu, Yue Yue pun kembali memandang Xiao Ba dengan wajahnya setuju dengan kata kata Xiao Ba. Xiao Ba memahami maksud raut wajah Cik Mudanya itu lalu ia pun menganggukkan kepalanya.
"Baiklah.. Kalau begitu mar-" belum sempat ia menghabiskan percakapannya, seseorang tiba-tiba menerobos masuk kedalam bilik Yue Yue dan hal itu membuatkan Xiao Ba terkejut.
"Ayooo, Mei Mei (Adik)"
Raut wajah Yue Yue yang pada mulanya terhias senyuman kini menjadi dingin apabila orang yang berada dihadapannya adalah orang yang dia benci iaitu
"Jie Jie (kakak)" Yue Yue mendekati Ru Shi iaitu kakak tirinya yang berperwatakan kejam itu. Ru Shi yang sememangnya tidak suka didekati oleh Yue Yue terus menjauhi Yue Yue dan menyuruhnya untuk berdiri jauh darinya. "Jie Jie?" Yue Yue memberhentikan langkahnya lalu ia membuat muka sedih dihadapan Ru Shi.
Melihat Raut wajah Yue Yue yang sedih itu membuatkan Ru Shi bertambah geli dan takut untuk mendekati Yue Yue. "AH, sudahlah.. Yue Yue, jangan kamu fikir aku datang kesini untuk menjumpai kamu!" ujarnya dengan nada yang kuat.
"Kalau begitu mengapa kamu kesini?" ujar Mei Ru yang baru saja sampai di bilik Yue Yue itu. "Mei Ru" Xiao Ba menarik Mei Ru agar ia berada dekat dengan mereka. Ru Shi memandang Mei Ru lalu ia menjelingnya. "Yang Mulia berada disini. Kamu patut menjumpainya dan meminta untuk memutuskan pertunangan kamu" Ujar Ru Shi dengan nada yang angkuh.
"cih, dasar perempuan tidak tahu malu.. sebegitu mudah kau mahu aku untuk memutuskan pertunangan itu" monolog Yue Yue.
"Apa Kau dengar atau tidak?!" kata Ru Shi sambil memandang Yue Yue yang hanya mendiamkan dirinya itu sahaja.
"Bukankah, Jie Jie menyuruh Yue Yue untuk menjumpai Yang Mulia tadi? Kalau begitu terima kasih atas pemberitahuannya. Yue Yue akan pergi menjumpainya sekarang" Ujar Yue Yue terus berjalan keluar dari biliknya itu tanpa menoleh kebelakang untuk memandang Ru Shi.
Saat Yue Yue berjalan melalui Ru Shi, Ru Shi dapat merasakan sebuah aura yang sangat kuat dari badan Yue Yue dan aura itu membuatkan kuasanya tiba-tiba melemah. "Apa benda itu?"
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historical Fiction[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...