𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
"... dan begitulah kisahnya" kata Yue Yue sambil memandang wajah Qing Yuan yang fokus mendengar penjelasannya tadi.
"Yue Yue"
"Hm?" Yue Yue kembali memandang Qing Yuan yang kelihatan muram itu.
"Kenapa kau begitu mudah menerima tawaran Bai Feng itu?" Ujar Qing Yuan sambil menatap wajah Yue Yue itu.
"Kau lupa? Aku bukan orang di sini dan sudah semestinya Aku-"
"Zhen Yue Yue kau tidak perlu mengulangi ayat kamu itu" katanya sambil menggenggam tangannya. Jelas kelihatan di wajahnya, Dia tidak suka dengan apa yang ia dengar tadi tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tahu gadis yang ada di hadapannya sekarang ini bukanlah berasal dari dunia spiritual ini.
Dan sudah semestinya dia tahu pemikiran mereka akan berbeda. "Jangan risau"
Yue Yue memandang Qing Yuan lalu dia mengalihkan pandangannya ke tepi, tingkap biliknya yang terbuka luas itu menampakkan langit malam yang dihiasi bintang dan bulan itu.
"Aku tahu batas aku. Selagi kau mempercayai ku, aku tidak akan melakukan sesuatu yang memalukan kamu" kata Yue Yue dengan nada yang serius.
Raut wajahnya juga kelihatan seperti ia betul-betul serius dengan kata-katanya tadi. "Baiklah, aku akan mempercayai kau" jawabnya dengan nada yang lembut.
Yue Yue sedikit terkejut dengan kata-kata Qing Yuan itu. Dia tidak menyangka yang Qing Yuan dengan begitu mudah mahu mempercayainya sedangkan mereka baru saja mula memulakan hubungan mereka.
"Tapi aku memiliki satu syarat"
"Apa dia?"
"Cui Ling"
"Cui Ling?"
Mendengar ia menyebut namanya, dia pun dengan segera memasuki bilik Yue Yue itu lalu dia memberikan tunduk hormat kepada Qing Yuan.
Kehadirannya yang secara mengejut itu membuatkan Yue Yue terkejut. "S-siapa kau?"
"Selamat Malam Cik Muda Zhen, Namaku ialah Cui Ling. Pengikut Yang Mulia Wu"
Walaupun suaranya terdengar tegas tetapi raut wajahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Yue Yue tidak dapat menekanya, Apa dia sedang serius atau hanya tidak berminat untuk mengenalkan dirinya kepadanya.
"Cui Ling ialah mata-mata aku."
"Ouh, apakah dia sesuatu yang special?"
"Lupakan saja apa yang kau fikirkan sekarang Yue Yue" kata Qing Yuan sambil menggelengkan kepalanya.
"Cik Muda tidak perlu salah faham terhadap Cui Ling. Cui Ling hanya menjalankan tugas yang diberikan oleh Yang Mulia dengan senyap dan rahsia" ujarnya sambil menundukkan kepalanya.
"Aa, nampaknya aku yang salah faham. Maaf" kata Yue Yue lalu dia kembali memandang Qing Yuan.
"Jadi? Apa tujuannya kesini?"
"Mulai sekarang dia akan menjadi pembantu kamu sama seperti Xiao ba dan Mei Ru" jawab Qing Yuan
Mendengar jawapan Qing Yuan itu membuatkan Yue Yue sedikit terkejut dengannya. "Pembantu? Apa maksud kau Qing Yuan?" Ujarnya dengan nada yang serius.
Menambah lagi seorang pembantu bukanlah sesuatu hal yang susah. Dia boleh saja menerima gadis dihadapannya ini sebagai pembantunya tetapi gadis ini adalah mata-mata Qing Yuan. "Apa tujuan kamu Qing Yuan?!"
"Jangan risau, aku bukan tidak mempercayai kamu cuma kamu tidak memiliki pembantu yang kuat.. lihatlah seperti hari itu, apa kau lupa?"
Mendengar penjelasan Qing Yuan itu membuatkan Yue Yue terdiam buat seketika. Dia teringat kejadian beberapa hari yang lepas, Dirinya tidak dapat melindungi Xiao ba dan Xiao ba juga tidak dapat melindunginya. "Ahh, jika teringat hal itu lagi.. aku.. haishh.."
"Mulai hari ini, Cui Ling akan menjadi pembantu kamu. Dia akan menjadi milik kamu, jadi lakukan sehati kamu" ujarnya sambil memandang Yue Yue yang sudah lama memandang Cui Ling yang berada dihadapannya itu.
"Ahh, kamu sangat cantik, Cui Ling" puji Yue Yue sambil mengukir senyuman manis dibibirnya. Mukanya sedikit memerah setelah mendengar pujian Yue Yue itu. Yue Yue menyedarinya dan hal itu membuatkan ia sedikit senang.
"Cui Ling"
Setelah Cui Ling melihat ke arahnya, Qing Yuan pun memberikan Isyarat kepada Cui Ling untuk keluar dari bilik Yue Yue.
Isyarat Qing Yuan itu difahaminya lalu dia berjalan keluar dari bilik Yue Yue dan meninggalkan mereka berdua di situ semula.
Pintu bilik Yue Yue yang dibuka secara tiba-tiba itu membuatkan Xiao ba dan Zhe Hu sama-sama terkejut kerana mereka berdua sedang memasang telinga untuk mendengar percakapan kedua-dua Tuan mereka itu.
"Xiao ba? Zhe Hu?"
Yue Yue memandang Xiao ba dan Zhe Hu yang berada tepat dihadapan Cui Ling itu. "Apa kamu sedang memasang telinga?" Ujar Yue Yue dengan polos.
"Ha? Ahh tidak tidakk.."
"Xiao baa" Yue Yue menekan sedikit suaranya dan hal itu berjaya membuatkan Xiao ba ketakutan. "M-maafkan Xiao ba Cik Muda (ᗒᗩᗕ), Xiao ba tidak bermaksud untuk memasang telinga tetapi.. Xiao ba mahu mendengar hal sebenar jugaa .·´¯'(>▂<)´¯'·."
Kecomelan Xiao ba itu membuatkan Yue Yue tertawa kecil. "Baiklah, sekarang kamu bercakap dahulu dengan Cui Ling, rasanya kamu sudah mendengarkannya juga kan? Zhe Hu" ujar Yue Yue sambil memandang Zhe Hu yang turut memasang telinga itu.
"Hehe.. betullah.. baiklah.. silakan sambung perbualan Yang Mulia dan Cik Muda" kata Zhe Hu terus menarik tangan Cui Ling untuk keluar dari bilik Yue Yue itu lalu dia pun menutup pintu bilik Yue Yue itu semula.
Setelah Pintu bilik Yue Yue ditutup semula, Qing Yuan pun menggunakan kuasanya untuk membuatkan tiada sesiapa boleh mendengar perbualan mereka berdua.
NEW CAST : TOTS : Y
CUI LING
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historische Romane[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...