[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ]
[ DALAM PROSES PEMBAIKAN ]
Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...
"Baguslah kalau kamu sudah mengetahuinya" katanya sambil tersenyum kecil.
Yue Yue hanya mendiamkan dirinya, dia tahu apa resiko yang Qing Yuan akan hadapi apabila berlatih di gunung suci itu.
Antaranya ialah Ingatan Qing Yuan akan di padam disebabkan kuasanya yang terkunci itu tidak boleh memiliki apa-apa perasaan.
Jika dia mahu mengembalikan ingatannya semula, dia perlu mengunci kuasanya itu semula tetapi jika dia memilih untuk menguncinya lagi. Tubuh Qing Yuan akan melemah dan tidak lama setelah itu kematiannya akan menghampirinya.
"Kalau aku memilih untuk mengun-"
"Qing Yuan" suaranya yang perlahan itu membuatkan Qing Yuan tidak dapat meneruskan kata-katanya tadi.
Dia memandang gadis yang ia sayang itu dengan tatapan yang sedih.
"Terima kasih atas pertolongan yang kau berikan sepanjang aku masih baru disini. Sekarang, kita boleh menjalankan kehidupan kita seperti biasa. Kau buat Kau dan aku buat aku.."
"Yue Yue?"
"Mari kita tamatkan pertunangan ini"
Kata-kata Yue Yue itu membuatkan Qing Yuan terdiam kaku di hadapannya. Yue Yue sedar dengan kata-katanya tadi tetapi dia tahu itu adalah jalan yang terbaik untuk membuatkan Qing Yuan terus hidup.
"Qing Yuan, aku tidak tahu apa yang akan terjadi nanti.. tapi berkenalan denganmu membuatkan aku sedar yang mencintai tidak seharusnya untuk memiliki
Dengan begitu saja perbualan mereka pun terhenti.
"kalau yang itu kamu mahukan.. jadi.."
Yue Yue menggenggam erat tangannya, dia menundukkan kepalanya ke bawah.
"ZHEN YUE YUE.. MULAI SAAT INI PERTUNANGAN KITA.."
Qing Yuan memberhentikan kata-katanya itu lalu dia mengeluh kecil sebelum ia menyambung semula kata-katanya tadi.
"DIBATALKAN"
Saat ia memutuskan untuk membatalkan pertunangan mereka, Yue Yue hanya mampu terdiam sambil menundukkan kepalanya ke bawah.
"Terima kasih, Selamat Jalan dan Selamat tinggal Yang Mulia Wu"
Dengan tenaga yang masih ada di dalam dirinya, dia cuba untuk mengangkat kepalanya untuk memandang wajahnya buat kali yang terakhir sebelum mereka betul-betul berpisah.
Senyuman yang terukir manis dibibirnya itu menjadikannya sebagai hadiah terakhir untuknya.
"Selamat Tinggal, Mo Yue Yue." Setelah ia berkata sedemikian, Dia pun berlalu pergi dari bilik Yue Yue itu.
Setelah ia menghilang dari pandangannya, Yue Yue tiba-tiba tersungkur jatuh di atas lantai biliknya itu. Air matanya tiba-tiba mengalir deras dari pipinya.
"Eh?"
Yue Yue mengesat air matanya yang mengalir di pipinya itu. Namun, semakin ia mengelapnya semakin laju air matanya mengalir di pipinya.
"I-ini reaksi dari Zhen Yue Yue? Adakah kamu mencintainya, Zhen Yue Yue?" Gumam Mo Yue Yue sambil mengesat airmatanya yang masih mengalir keluar dari matanya itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pada akhirnya, dia mengalah dengan Zhen Yue Yue. Dia membenarkan Zhen Yue Yue untuk terus menangis disebabkan keputusannya untuk berpisah dengan Wu Qing Yuan itu.
"Jadi ini kah di namanya putus cinta? Apakah aku kelihatan kejam dimatamu Zhen Yue Yue"
"Jika kau mahukan kebahagiaan kau perlu menjadi kuat, bukannya memilih untuk mengalah dan membiarkan aku memasuki badanmu!"
"Walaupun ini adalah tubuhmu tetapi aku yang menghidupkan tubuhmu yang malang ini. Dasar Zhen Yue Yue!!!"
Setelah Mo Yue Yue mengetus kesal terhadap Zhen Yue Yue tiba-tiba langit berdentum kuat.